Monday, November 21, 2011

Cabaran Seorang Tukang Masak Pre-Beginner

Assalamualaikum.


PLAY!!!



Apahal nak update dua kali hari ni? Banyak betul masa senggang. Assignment anatomy pun tak buat lagi. Duhhh. bagi lah chance kejap. Aku baru habis memasak kot. HAHA. Beruntung mak mentua aku dapat menantu pandai masak macam aku. [hmmm bajet gila]


Hari ni turn aku masak. So, aku plan nak masak ayam ah. Perut mengidam ayam masak merah. Tapi tu lah, nak kisar bawang, halia semua guna apa pulak? Tapi bantai je lah potong bawang kecik kecik. Tapi kuah dia macam kuah kasar lah. Tak gravy and tak tempting. And then bantai je lah letak sos, serbuk cili bagai. Tak tahu lah apa rasa, asal boleh makan sudahlah. Hehe.


Aku bukan tukang masak beginner, tapi pre-beginner. Ok. Admitlah. Ala, bukan korang dah tahu ke aku memang derrr jarang gila masuk dapur untuk memasak time kat rumah? So, aku datang cork, dengan zero skill memasak. Serius! Jadi bila time nak memasak tu, pelbagai kesukaran dihadapi.





Cabaran #1 : Merasa

Erm. I'm such a bad taster. Ianya tak bererti aku mempunyai taste yang teruk dalam soal jodoh kahwin ok. Budak ohana aku pun tahu, lidah aku tak boleh pakai dalam bab bab nak rasa makanan. So, bila time memasak tu, kadang konfius, ni masin ke payau ke tawar ke takde rasa ni? Jadi, kepada mereka yang makan masakan aku, maafkanlah atas kekurangan masakan hamba. Tapi as time passed by, taste buds aku punya function sedang dalam proses pemulihan.


Cabaran #2 : Tahap kemasakan

Tak kisah lah masak goreng ayam ke, sup ke kari ke daging ke, ini agak sukar jugaklah. Kadang tu aku pening untuk identify sama ada ayam/daging/ikan dah masak ke belum. Tadi aku goreng ayam, habis ayam tu aku dissect sebab nak tengok isi dia dah masak ke belum. Aku kurang mahir identify dia dah masak ke belum dari segi fizikal, jadi apa aku buat, aku makan dulu sikit. Kalau takde rasa mentah, masak la tuh kot.




Ada lagi lah cabaran cabaran lain. Contohnya potong bawang. HAHA. Aku tak tahu kenapa aku rasa bawang yang aku hiris senget benget and tak sama tebal. Kalau bawang putih lagi la kesian. Suppose potong vertical, aku bantai potong horizontal.


Kalau ayam pulak, memang beli yang dah siap potong. Kalau ikan, beli yang takyah siang. Tapi semalam dah beli keli, kena siang pulak. Aduhaiii. Mana reti.


Okey people. Aku nak beranatomy. Sekian, wassalam.

4 comments:

Iera Daniera said...

hehe..taper dik. y penting cuba. cantik jer rupe ayam masak merah tu. nampak sedap lagi :)

minye said...

hahaha.. xpe. even ko fail masak at first but make sure by final year in ireland, ko da pro masak da!

ainthanish mom said...

doe..alamak sowii la..sblm ko fly patutnya aku da ajar ko skill memasak nih...tu plg penting yek..maybe sbb aku dok ingat ko still duk hostel yang mana makananya diprovidekan..hahaha...ko nk resepi apa..ko tnye je aku...hehe

Norain Ishak said...

kak iera, haha.yep yep akan terus mencubaa.

min, haruslah!

ahfong, hmm tunggu je la aku balik mesia, aku maasak kaw kaw punya.