Sunday, October 30, 2011

Apa Khabar

Assalamualaikum.


Apa khabar iman hari ni? Hehe. Soalan common kalau pergi usrah. Tapi akak usrah aku tak tanya lah. Erm actually soalan ni patutnya jadi soalan lazim dalam kehidupan seharian kot sebab you know iman bolah bertambah dan juga berkurang. Ada masa kita rasa nak buat semua ibadah sunat, ada masanya liat benar nak buat solat dhuha yang senior selalu text pesan suruh buat solat dhuha. Jadi tanya tanya kan soalan itu selalu everytime lepas solat, moga moga kita tak go astray from the right path.


Okey. Hari khamis hari tu pergi kelas bahasa arab for beginner. Belajar alif ba ta semua tu laa. And cikgu tu banyak kali gak ah point dekat aku. Dah laa point huruf huruf yang macam complicated sikit nak sebut kan macam zal, zai, pastu yang sukoon tu. Maluuuu sebab sebut tak betul tapi bajet cool je lah time tu.


Kenapa nak malu? Memang lah dah 20tahun hidup jadi muslim, pronouce pun macam tak confidence. Ni mesti tak rajin baca Quran ni. Fine fine. Memang tak rajin. Rajin masa bulan puasa je. Duhhh.


But aku ada jugak reason untuk tak malu. Manusia ni kan sentiasa belajar. Belajar dari kesilapan. Jadi takpe buat silap, but make sure betulkan silap tu and jangan buat lagi. Ni dah laa buat silap, pastu buat lagi. Huhhhh.


And aku rasa dari dulu kot nak khatam baca tafsir quran. Dari zaman ky kot. Hehe. Tapi tak terkhatam khatam. Banyak sangat komitmen dunia sampai aku yang kurang arif ni lupa nak selitkan komitmen untuk akhirat sana. Ermm mungkin sebab tu lah Allah hantar aku kat cork ni, sebab ada program quranic circle. Kalau tak dapat khatam semua pun takpe lah. Dapat tadabbur ayat quran sikit sikit pun jadilah dari tak ada langsung. Alhamdulillah.


Bila flashback zaman kat mrsm taiping dulu, hari hari before tidur mesti kena pegang quran tapi kalau period pegang tafsir lah. Sebab before lights off kan ada bacaan quran. Semua wajib kot or kalau tak orang akan pandang slack kat kau. Jadi nak taknak, baca quran. Tapi bila dah keluar ky, takde siapa pun nak paksa suruh baca. Takde LDP a.k.a lembaga disiplin pelajar nak pergi paksakan. Suka hati engkaulah labu.


And dalam kehidupan sehari hari, there will be time yang kita akan rasa omg omg banyaknya lah dosa aku. And kita memang nak jadi baik. Dan bukan nak jadi baik je, tapi kekal baik. Jadi baik tu memang senang, tapi nak istiqamah tu lah yang payah. Hari baik gred A+, esok kurang jadi gred B, C.


Ermm sama macam nak dapatkan kejayaan itu mudah, nak kekalkan itu yang lebih mencabar. Eh eh.


Jadi err sama sama lah jadi orang lebih baik dan kekal baik. And apa kata masa lapang hari ni bukak tafsir surah al mukminun. Ohh suka. Ada tips tips nak jadi insan berjaya. Wohooo!! Aku nak berjaya jugaaa. Korang pun kann. And surahnya panjang, but slow slow lah okey. Yang penting usahaaa tu.


Eh come on study 5hours non stop boleh, takkan tengok tafsir sepuluh minit pun takde masa kan, ain, kan kan?


Okeylahh, nak peri town, beli groceries.


Ohh chup chup, aku tinggalkann persoalan, kita muslim tapi adakah kita mukmin? Sekian, wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

suka sgt surah mukminun tu, tp nak buat susahnyalah rasa. takpe2. Allah nak kita usaha sehabis daya la tu.

and cane nak jawab soalan tu? kena tepuk dada n tanya iman lah eh?

Norain Ishak said...

Yup yup usahaa tu pentinggg. Hehs. Tepuk dada, tanya imann. :]

shknhssn. said...

AIN NAK PERI TOWN? APA TUUUU?? :p

Norain Ishak said...

Hhaha.typo laa cikinn.