Sunday, September 25, 2011

Pergi FOTA

Assalamualaikum.


Hari ni pergi FOTA. Macam safari lahh. Seronok. Lepas tension. Lupakan kerinduan kat mak ayah along angah aishah mira thaqif danish firas nabil and husna. Weyhhh nama yang dimentionkan, aku SANGAT RINDU korang. Huhu. T_T


So, gambar dah upload kat facebook. So boleh lah pi tengok kat facebook kan. Tapi still sebab ni blog aku, of course kena letak sikit gambar pemandangan dan gambar aku. Eheh. Oh jugak some videoss. Hehe. Kalau internet korang laju, boleh laa play.


video

video

video

video




Ok, lets the story begin.


Ain ariffin,roomate penulis,penulis,farahin ayob,nasrah ariff ni semua budak full course duk kat castlewhite.



Pukul 9.30 pagi, kitorang budak castlewhite aku, tipah and ain ariffin dah gerak dah pergi bus stop dekat brookfield. And from situ nampak gak lah budak-budak yang tinggal kat vic lodge pun ke bus stop gak. Time tu memang hujan lebat gila. Tu pasal pakai rain coat boria dengan roomate aku.


Penulis dan roomate penulis. HAHA.



Pastu kul 10 something, baru bas no. 5 datang, and kitorang pun naik lah hingga ke Kent Station. Stesen train lah. So, sekarang dah tahu lah camne nak sampai Dublin. So budak dublin, jangan lupa bentang red carpet bila kitorang nak visit korang.


Penulis di fota.


Penulis suda pandai main drum afrika. Tahniah.


Penulis bersama kak syahirah adnin.


Penulis bersama roomate penulis.



Then naik train ke FOTA. 15 minit camtu je lah. Sembang bla bla bla, dah sampai. Masa sampai tu pun still hujan gak. So, nak ambil gambar waktu mula-mula tu pun payah sebab takut kena air. Papepun, lama-lama hujan reda.


Selain tengok-tengok makhluk indah ciptaan Allah s.w.t, ada satu sesi belajar main drum afrika. Oh cool lah. First time laa tepuk benda-benda alah itu. So, satu pengalaman baru walaupun masa main, aku rasa tangan aku dah lari tempo. Hehe.


Penulis kelihatan sangat gembira di belakang kak Syahirah Adnin.


Teddu bear zirafah adalah hak milik penulis. Ia lebih cute dari dua ekor zirafah kayu itu milik kak Syahirah Adnin dan roomate penulis.



Dah jalan-jalan semua tu, pergi gifts shop and aku beli giraffe yang comel ni. Oh ni bukti aku sampai FOTA okey. HAHA. Okey then pergi makan lunch yang dibawa khas oleh senior, nasi lemakkkkk! Wohoooo! Sedap. Rindu nasi lemak ky setiap pagi ahad. RINDU KY TETIBA!


Pastu ada sesi pengisian lepas solat zuhur. Pasal parti-parti jamuan makan-makan, pasal samak, pasal apa lagi, lupa. Duhhh. Tapi baguslah. Means that enjoy-enjoy jalan, at the same time, ditarbiyah(tiru ayat erna) jugak. Alhamdulillah.


Solat zuhur berlantaikan surat khabar.


Oh sangat ramai malaysian girl. Abang-abang senior cork kemungkinan confuse untuk memilih calon isteri. Roomate, all the best k!


Siapa datang cork, sila lah ke FOTA, okey! View sangat cun.


Hari yang penat tapi seronok. Mengeratkan ukhuwah sesama sisters. So, moga Allah berkati silaturahim yang dijalinkan. Moga-moga juga Allah permudahkan urusan kita di bumi asing ini. Ceewaah.


Okey, malam ni kena study lahhh!ANATOMY, i love you so much! Sekian, wassalam.

4 comments:

minye said...

amboi..seronok ber-FOTA ye ko.. hahaha.. enjoy ur life to the fullest as much as u can. psl study, i'm sure u can handle it well.. take care!

ainthanish mom said...

WE MISS U TOOO MAKCUUU.....

mama mira ni jeles tgk makcu dpt jenjalan negara org...best apa...nikmati 5 tahun di sana seadanya...sian kitorg kt sini x merasa doee....

AreHadi82 said...

hehehehe... ain, ku nak teddy bear giraffe jugak...
isyh, apsal asyik along jer yg comment ko dulu ni, jelesnye...ehehhe..

najwa said...

ok.ain..aku da tinggal 2 jejak...dari manipal..ok..hohoh