Wednesday, September 21, 2011

Kini Anda Boleh Agak Siapa Yang Visit Blog Anda

Assalamualaikum.


Lupa nak cerita semalam. Kan aku and tipah beli printer kan, sangat sengal lah dia tak bagi USB cable sekali. Macam apa je. Sebab kalau kat Malaysia, kita beli printer, of course dia include sekali USB cable ni. Nasib baiklah ada member yang ada benda tu, kalau tak, tak dapat lah buat kerja print meprint ni.


Oh masa nak pergi pulangkan USB and then balik apartment balik, kat dapur ada dua irish guy dengan irish girls yang lain. Party ke apa entah ke lepak-lepak ke, aku tak sure. Cuma pagi tadi tengok ada minuman ehem-ehem bergelimpangan(hyperbola). HAHA. Bukan bergelimpangan lah, tapi adalah. Ni kalau mak aku tengok ni, mesti dia samak sinki, sofa semua ni padahal botol minuman ehem-ehem je.


Another random thing. Sekarang ni boleh lah tahu siapa visit blog sebab banyak friends dah fly kan. Contohnya,

kalau DUBLIN,,, ah ni mesti ummu lah ni. Haha.

kalau CORK and guna Mozilla,,, ah ni mesti tipah.

kalau CORK and guna chrome,,, okey itu aku!

kalau BELFAST and guna apple,,, itu atiqah.

kalau ABERDEEN,,, zuli lah kan? HAHA.

oh aku juga ada visitor dari LONDON yang menggunakan apple tapi orang putih mana plak baca blog aku ni, haha, nak kata eju, eju belum fly lagi.

oh ada from EDINBURGH from blog erna, eh aku rasa izzudin, HAHA.


Honestly lah aku cakap, aku keep on writing kat blog sebab ada visitors bila tengok kat Feedjit Live. Kalau Feedjit aku tu statik je, mesti aku malas nak berblogging dah. Papepun, dalam merapu-rapu, aku harap adalah benda-benda yang dapat bagi faedah kat visitors.


Eh okeylah, bye. Sekian, wassalam.

5 comments:

AreHadi82 said...

hahahah, tapi aku masih musykil, siapakah dr pasir gudang tuh, yg dok search nama aku hari2... uhuuhuh..

Amanina said...

kalau ipoh, perak. confirm aku. hahahaha

Norain Ishak said...

hanis, ok noted.haha

Saya Piya said...

hahaha, okay.. itu sengal., tp mesti visitor from dublin antara yg tbanyak kan>? hehe.

Norain Ishak said...

ummu, haha.kalo aku tak nampak visitor dari dublin, siap ah.cehh.