Sunday, August 7, 2011

Macam biasa lah, selagi results tak keluar, memang takde points nak cerita.


Assalamualaikum.


Dah lama gila tak online guna skrin besar. Kalau tak online guna skrin semakfon yang kecik bagai tu je. Baru sampai dari Lenggong and sekarang kat rumah kakak aku kat Putrajaya. Pinjam lah broadband dia kejap. Fuhhh.


Macam biasa lah, selagi results tak keluar, memang takde points nak cerita. Hari-hari duk fikir results results results. Memang kalau google perkataan 'results' tu, confirm-confirm otak aku yang google recommend kan. Ok, it's lame.


Dalam nak menghampiri tarikh 11 Ogos tu, standard lah semua baru nak ingat Allah, nak doa panjang-panjang, sujud lama-lama. Gamaknya kalau 11 Ogos tu tak wujud, entah-entah ramai yang alpa pada Allah termasuk lah aku. Tapi, cepat-cepat lah ubah, yang kita ni, sepatutnya sepanjang masa kena ingat Allah.


Aku tak ingat kat tv mana, ada ceramah dia kata, " orang yang merasa cinta Allah ni adalah orang yang sebelum tidur dia ingat Allah, bangun tidur,  first sekali dia ingat Allah,". Jadi kiranya nak cakap, tak kisah laa waktu susah ke senang, ingat Allah selalu.


Budak ky ada buat pantun 3 kerat, "kau cuak, aku cuak, semua orang cuak...". Memang tipu lah cakap dalam hati aku rileks gila nak dapat results kan. Tapi bila fikir balik, apa faedahnya nak cuak-cuak ni? Cuba cerita. 


Cuak ni perasaan yang boleh dikawal sebenarnya, KOT. Jangan fikir sangat pasal results, just terus khusyuk dengan ibadah puasa and ibadah sunat lain. And just terus tidur nyenyak, walaupun selepas baca surah tiga qul sebelum tidur, akan pikir results lagi sampai termimpi-mimpi.


Dan biarkan 11 Ogos datang dengan sendirinya. Cewwah. Tak usah kita countdown. Sebab ianya akan tiba jua, insyaAllah. Waktu-waktu macam ni, berdoa je yang kita mampu usaha. Sekian, ini mungkin update terakhir sebelum hari keluar result A-level.


Goodluck, all the best, wassalam.

2 comments:

jar_of_heartzzz said...

pantun sekadar nak buat korang semua pikir kite berkongsi situasi yang sama...yes apa2 pown Allah perlu kite ingati sentiasa bukan hanya ketika susah

Ateey said...

kau gempak doh ain