Monday, August 22, 2011

Dalam Usaha Menyiapkan Dokumen

Assalamualaikum.

Semalam penat betul. Pukul 7 pagi dah keluar dari rumah kakakda di Putrajaya ini. Pukul 8 macam tu dah sampai Hospital Pantai kat Lembah Pantai itu. Register dulu, pukul 9 baru doktor ada untuk buat medical check up semua tu. Results dia hari ni baru dapat. RM191. Cup, aku pelik apsal ummu RM291 buat kat Hospital Pantai kat Melaka?

Pukul 11 pagi, gerak pergi HQ Mara. Baru je minggu lepas pergi, semalam pergi lagi. Pergi ambik offer letter. Tawaran Pinjaman Di Bawah Skim Pelajar Cemerlang adalah sebanyak RM 1 117 000.00. Oh kalau belajar kantoi tu, bapak sengal gila nak mengganti semuanya. Mintak jauhhhh! Jadi, sila belajar rajin-rajin ya! Teruskan sifat kiasu itu ya frens.

Kat HQ Mara, pergi pejabat pesuruhjaya sumpah, untuk sahkan ayah aku and kakak aku bukan bankrap. Oh kalau ada yang ter-google pejabat pesuruhjaya sumpah kat mana, meh aku bagitahu jawapan. Kat tingkat 2 bangunan MARA tu, sebelah eskalator.

Okey dah selesai benda alah kat HQ Mara, pergi matikan setem kat Wisma apa entah nama dia yang kat Kg Atap tu. Pergi tingkat 20. And tanya lah brother kat Kaunter Kemusykilan tu. So, tadi ada 5 surat perjanjian, jadi RM 50. And settle.

Aku plan nak pergi KY hari ni untuk ambil statement of results and sijil-sijil lain, tapi ayah aku lah kata pergi je lah semalam. So, pergi jugaklah. And terjumpa lah 4 orang gadis ayu, tipah, ummu, eju dengan kira. Pastu ada jumpa cikgu-cikgu jugak. Mrs B, Puan Halijah dengan Mr Amran. Mr Amran siap pergi jumpa ayah untuk shake hands and cakap tahniah kat ayah and jugak cakap, "Ain ni budak pandai ni," LOLOLOLOL. Tolong jangan ada sesiapa muntah kat sini. =D

Nak gerak blah dari KY, kereta ayah pulak problem. Dah lah hujan gila lebat, biasalah KY kan. HUJAN mana pernah renyai. Mesti nak ada sound effect kilat sekali. Entah apsal entah kereta bunyi macam bunyi motor. Kuat gila. Pastu bila check, ada plak apa entah tercabut, bila pasang balik, dah okey! Dah boleh blah dari Lembah Beringin.

Paling tak menahan pasal 3 orang gadis ayu, tetiba terjah masuk kereta dalam hujan lebat itu. Tak tahu masa tu kereta ayah aku stay kat parking sebelah Great Hall sebab ada problem. Nama 3 orang gadis ayu itu, terpaksa dirahsiakan kerana saya khuatir mereka malu-malu kucing. Hehe! And then bila dah tahu kereta ayah aku prob, dengan sifat sopan santun mereka yang tinggi, mereka pun keluar dari kereta semula. Okey, actually kejadian itu sangat kelakar.

And kereta dah okey, pergi rumah kakak kat KKB. Pastu malam tadi sampai Putrajaya pukul 10 lebih. Oh serius penat. Dah selesema dah ni pun.

Hari ni plannya nak pergi kedai buku UM. Tengok buku medic yang nak kena beli. So, kalau aku dah beli, hari Rabu yang diorang plan nak pergi Kedai Kamal tu, boleh lah guide cari buku apa nak kena beli. Pastu nak pergi renew passport kot.

Okeylah banyak pulak ceritanya. Sekian, wassalam.

3 comments:

latifah said...

hahah..gadis ayu der..spe la tu? anyway, parents kau sgt sporting n serius one in a million experience..heheh..=)

Norain Ishak said...

tipah, entah.seorang budak ayu tu sama uni ngan aku kot.lol!

Norain Ishak said...

ummu, ya, aku izinkan!