Sunday, June 12, 2011

Duit Hantaran Kahwin Lah Pulak


Assalamualaikum.


Semalam, cousin aku yang umur 21 tahun bertunang. Oh dia perempuan. Kerja as polis bantuan dekat KLIA. And tunang dia pun kerja sama jugak lah dengan dia. Bukan apa, bila tengok cousin lebih kurang sebaya bertunang, tiba-tiba otak aku dah berangan hari pertunangan aku pulak. HAHA.


Cousin aku.


Dulu-dulu aku pernah cerita pasal aku nak hantaran ferrero rocher je. Tapi aku belum cerita lagi pasal duit hantaran. Cup, duit hantaran ni budaya Melayu je, kan? Yang mas kahwin tu macam hadiah dari pengantin lelaki ke pengantin perempuan kan? Betulkan kalau aku salah.


Okey, masa dulu-dulu, kalau orang tanya aku nak hantaran berapa ribu, mungkin aku akan sebut atleast empat angka ringgit malaysia tak termasuk titik perpuluhan. Tapi sekarang ni, kalau orang tanya, aku nak cakap, terpulanglah nak bagi berapa. Aku terima je. Ceh!


Kenapa taknak letak berapa duit hantaran sekian-sekian? Entahlah. Sesetengah orang mungkin lah kisah. Contohnya anak dia ada degree, so hantaran dia kena lah up dari yang ada diploma. Sesetengah orang kisah jugak sebab dengan duit hantaran tu lah nak buat kenduri kendara.


And ada jugak sesetengah orang rasa, kalau hantaran dia tinggi, kononnya nilai anak dia pun tinggi. Kalau camtu takyah ada hantaran lah pasal anak dia disamakan dengan duit. Bukankah anak perempuan ni tidak ter-nilai harganya?


Apa yang penting, kemampuan bakal suami tu lah. Jangan sampai preparation kahwin tu jadi beban, sudahlah. Bersederhana tu kan lebih afdhal.


Okeylah, nak sambung berangan suasana hari kahwin pulak. Lol. Sekian, wassalam.


4 comments:

cik bunbun said...

haha ingtkan dia yg tunang =P


betul tu. tak kisah la nak bg berapa. *dah masuk mode berangan jugak* LOLOLOLOLOL

Norain Ishak said...

bunbun, haha.berangan2 jugak.untuk menjadikan angan2 jadi kenyataan ayuhle kiter belajo rajin2!wohooo!

Ateey said...

fusyooo!! hahahaha

ain ko da ade calon ke asik berangan nak kawin je eh kebelakangan ni?

pasni mesti keluar entri cerpen kahwin plak haha

Norain Ishak said...

atiqah,

haha.takde cerpe.otak beku.