Monday, February 21, 2011

A Tribute To Erna Firdzalina


Assalamualaikum.

Actually, hari ni, tanggal 21 Februari, genaplah usia 4 tahun persahabatan kami. Kenapa 21 Februari? Sebab empat tahun lepas, yakni 21 Februari 2007, adalah hari pertama kami bertentang mata.

Seingat saya, pada hari pendaftaran di Mrsm Taiping, Erna memakai baju maktab yang warna kuning coklat tu. Entahlah, saya tak berapa nak ingat. First time saya tengok muka Erna, saya dalam hati berkata, apsal lah budak ni nampak excited semacam. Muka Erna masa tu gembira gila jumpa saya, macam saya ini orang popular pula.

Disebabkan kami sama-sama budak dari sekolah kementerian dan juga homeroom dan kelas yang sama, kami jadi rapat. Rapat-rapat macam mana pun, Erna dan saya mesti tergigit lidah masing-masing. Saya tak ingat berapa kali saya bergaduh dengan Erna, tapi apa yang pasti, saya rasa, saya lah punca pergaduhan tersebut.


21st Feb 2007--> forever


Ada suatu hari tu, mungkin saya PMS. So, saya terkata dengan lancang dekat Erna. Dan Erna pun apalagi, pun merajuk. Saya sedar itu salah saya, dan untuk minta maaf secara face-to-face bukan satu perkara yang mudah. Lalu saya kirimkan surat. Saya pun tak ingat, saya bagi surat tu direct atau macam mana.

And antara isi penting dalam surat tersebut adalah :

" Kawan bila dekat bau busuk(alih bahasa), bila jauh bau wangi,"

Dan sejak itu, kami pun berbaik semua. Sesungguhnya bertuahnya Erna dapat kawan seperti saya yang sweet. Kan kan? Tell me, ada ke kawan korang mintak maaf bagi surat? Siap dengan peribahasa lagi.

Dan usia perjumpaan kami masih panjang. Kami sama-sama mendapat tempat di kolej di lembah yang beringin. Dan saya nampak Erna lagi, setiap hari. Dah lah sama House, chalet sebelah-menyebelah.


Erna yang macho.


Jadi, to Erna, selamat ulangtahun persahabatan kita yang ke-4. Nampaknya nanti kita akan berpisah selepas A-level. Erna insyaAllah ke Kent, UK dan saya insyaAllah ke Ireland. Tapi, saya akan memastikan bahawa persahabatan kami tidak akan terputus kerana jarak jauh. Jauh di mata, tapi dekat di hati.

Erna bagi saya adalah seorang sahabat yang baik, manja, mengada, terlebih semangat dan bising. Semoga beliau berjaya di dunia dan akhirat. Ameen.

Sekian, wassalam.

2 comments:

Nina Mazlan said...

rainnnnnnnnnnnnnnnnnn............kenapa letak gambar terencat tuhhhhhhh T.T

Norain Ishak said...

erna, comel perrr!

ummu, hhaa.baru tahu mu aku sweett..haha.