Tuesday, February 22, 2011

Minggu Best Gila


Assalamualaikum.

Minggu sibuk. Chup, bukan tiap-tiap minggu sibuk ke? But, aku rasa minggu ni minggu yang mendera aku. Banyak betul benda nak kena prepare. Tension betul.

...RABU...

Esok, ada test statistik. Dan berita baiknya aku cuma ulangkaji topik hypothesis test je. Type 1 and Type tu error dah lah lupa nak buat macam mana. Tak masuk lagi topik stats yang lain. Memang note-note stats dalam kepala aku ni agak berkarat dan perlu dipolish dengan kadar segera. Tapi takkan baru sekarang nak polish? Mana sempat.

...KHAMIS...

And then, tadi kelas Islamic Studies. Ustaz boleh buat kejutan macam dalam rancangan realiti pulakk. Ustaz nak buat test Islamic khamis ni! Bapak lah! Dua hari sebelum, baru ustaz nak inform. Dah lah aku dalam kelas ustaz, selalu melayang je pikiran aku. Haa, sekarang ni baru nak kelam kabut selak handout nota ustaz bagi tu.

...JUMAAT...

Pastu apa lagi, oh tidak. Jumaat ni, result ielts keluar. Wahahahahaha. Cuak gila baba lah. Aku harap lepas lah requirement untuk IUMC tu. Kalau tak, tak pasal-pasal je kena re-sit. Okey-okey, tawakal je lah Jumaat ni.

...AHAD...

Tapi takpe. Penat lelah minggu ni akan aku gantikan dengan keseronokan pada Ahad ni. Aku join trip club Arabic Fellowship. Pergi mana entah, pun aku tak tahu. Tapi FREE! Haha. Benda free, suka jer en.

...BULAN APRIL...

Trial pulakkk. Trial nak kena pulun betul-betul ni. Sebab Mr Vroege pesan, if we get good marks in our trial, we will be more confident to answer the questions during the real exam. Baik, sir. Saya buat elok-elok lah kali ni.

Sekian, wassalam.


1 comment:

minYe said...

selamat berstudy! jgn pikiran dok melayang je!