Tuesday, February 15, 2011

Kepuasan Yang Dicari.

Assalamualaikum.

Gila penat. Aku baru balik dari pekan Tg Malim. Teman Najwa buat gambar passports, settlekan medical report untuk application PMC-Dublin dia. Pastu, Najwa belanja aku makan KFC siap dengan Cheezy Wedges lagi. Mantoplah!

Pertolongan aku bukan seberapa pun, just text pakcik teksi, pastu teman and follow Najwa buat benda-benda alah tu jer, tapi maybe beliau rasa pertolongan aku ni sangat besar, plus aku yang offer untuk temankan beliau, and plus lagi beliau memerlukan medical report and gambar tu a.s.a.p. , beliau pun belanja aku. Rezeki jangan ditolak. Mekasih lah Najwa!

Aku nak cakap, bila kita dapat hulurkan pertolongan tak seberapa, kita sedikit sebanyak mesti rasa gembira. Macam aku. Haha. Seronok bila dapat tolong orang yang betul-betul memerlukan pertolongan aku. Satu kepuasan ya!

And kepuasan itu lah yang aku carik. Kepuasan tu lah yang buat aku gila beria nak jadi doktor. Walaupun aku tahu, liku-liku nak dapatkan kepuasan itu amatlah mencabar. Tapi takpe, asalkan niat kita ikhlas nak tolong orang, insyaAllah Allah permudahkan urusan.

Okeylah, pesanan aku, jadilah kawan masa senang dan masa susah. Sekian, wassalam.

p/s-Aku memang kawan yang sweet kan?Please, don't deny that fact.

3 comments:

M. Faiz Syahmi said...

"Aku nak cakap, bila kita dapat hulurkan pertolongan tak seberapa, kita sedikit sebanyak mesti rasa gembira. Macam aku. Haha. Seronok bila dapat tolong orang yang betul-betul memerlukan pertolongan aku. Satu kepuasan ya!"

Nour Fariqatuzzahra likes this post.

mInYe said...

haha.. pertolongan aku kat ko?? muahaha! jom prgi sunway!

Norain Ishak said...

faiz, aku like comment kau tuhhh.

minye, ala,berdalih plak.cakap je la nak TOLONG bayarkan fee masuk sunway amusement park nanti. :P