Thursday, November 4, 2010

Yang Pergi Takkan Kembali Lagi

Salam. Hari ini, rakan sekolej saya, Syazwan Asyraf telah pun meninggal dunia selepas koma hampir dua minggu. Jadi, saya minta ikhsan pembaca sama ada mengenali arwah ataupun tidak untuk menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan umat yang soleh. Ameen.


Petang tadi, semasa tunggu orang naik bas, tiba-tiba dapat mesej dari Afwa, dan lepas tu dari rakan-rakan yang lain. Aku tergamam. Speechless. Sebab aku dan rakan-rakan yang lain, sudah pastinya mengharapkan berita Syazwan sedar dari koma, but Allah lebih menyayangi dia. =’(


Peristiwa yang terjadi hari ni, bagi aku sangat memberi pengajaran dan hikmah kepada aku dan aku pasti pada semua yang berada di sekeliling dia. Kita kena sentiasa sedar, bila-bila saja malaikat maut boleh mencabut nyawa. Hari ni, saat ini, kita mungkin sedang huha huha, but siapa yang boleh jamin, esok roh kita masih bersama jasad kita.


Oleh yang demikian, aku menyeru diri aku sendiri dan diri pembaca juga, jangan terus lalai dibuai keseronokan dunia. Sedarlah mata hati bahawa kehidupan kita di dunia ini adalah sebagai sebuah perhentian untuk kita mengutip seberapa banyak bekalan untuk di bawa ke alam sana. Sedarlah!


Jangan dalam mengecapi nikmat dunia, kita terlupa akan alam yang kekal. Alam selepas kematian. Kematian itu pasti. Orang pesan, jangan takut mati. Tapi, macam mana tak takut, amalan pun sekecil cuma. Moga aku dan pembaca diberi kesempatan untuk melakukan seberapa banyak amal soleh untuk bekalan di akhirat kelak.


Penutup kata, insaflah. Aku harap keinsafan yang aku rasa ni kekal untuk tempoh yang lama. Ameen. Sekian, salam.


Setiap Insan Pasti Merasa
Saat Perpisahan Terakhir
Dunia Yang fana Akan Ditinggalkan
Hanya Amalan Yang Dibawa

Terdengar Sayup Surah Dibaca
Sayunya Alunan Suara
Cemas Di Dada

Lemah Tak Bermaya
Terbuka Hijab Di Depan Mata

Selamat Tinggal Pada Semua
Berpisahlah Kita Selamanya
Kita Tak Sama Nasib Di Sana
Baikkah Atau Sebaliknya

Amalan dan Takwa Jadi Bekalan
Sejahtera Bahagia Pulang

Ke Sana

Sekujur Badan Berselimut Putih
Rebah Bersemadi Sendiri
Mengharap Kasih Anak dan Isteri
Apa Mungkin Pahala Dikirim

Terbaring Sempit Seluas Pusara
Soal-bicara Terus Bermula
Sesal dan Insaf Tak Berguna Lagi
Hancurlah Jasad Dimamah Bumi

Berpisah Sudah Segalanya
Yang Tinggal Hanyalah Kenangan
Diiring Doa dan Air Mata
Yang Pergi Takkan Kembali Lagi


p/s-mahu sunyikan diri dari dunia blog dan facebook.

5 comments:

Nur Areefah said...

takziah utk anda.. :(
btw, knp sepikan diri?
moga anda tabah ^_^'

Izyan Hanis said...

syazwan kawan kte mase kitorg dekat KKB. :(

Siti Nadzirah Zakariah said...

takziah..
Allah lebih sayangkan die..

Unknown said...

salam takziah...
ain, aku memahami situasi kau..
bersabarlah wahai sahabat..
patah tumbuh hilang berganti..
ayuh kita renungkan dan muhasabah diri kita atas bukti-bukti kekuasaan Allah ini..
semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mukmin insyaAllah..
alfatihah..

sh. said...

Ain..aku rasa sedih. Tetap rasa kehilangan ;(