Wednesday, July 21, 2010

Perlu Ke Stress?


Salam. Hari kedua kelas. Erm, okeylah. Otak pun tengah warm up. Mr Vroege tetap ajar Biology. Miss Aqilah tetap ajar Chemistry. Cuma Mr Madhadzir je tak sudi nak ajar aku Pure Math dengan Statistics. Jadi Pn Sheila lah yang kena ajar. Pn Zaihan pulak mesti rindu aku yang dah tak masuk kelas Economics dia lagi. Eheh.


Untuk Semester Tiga ni, memang sem yang menyeronokkan untuk budak-budak yang nak ambik medic. Seronok ada makna tu. Budak nak ambik medic ni anak emas kolej tahu. Kitorang kena siapkan Personal Statement awal. Kitorang ada Medic Forum. Kitorang ada Mock Interview. Jangan jeles budak course lain ya.


ikan emas yang stres.


Dan pastinya, tak semua budak nak study medic, mesti ada beberapa kerat yang stres. Contohnya budak Ummu ni. Aku tak tahu lah nak dikatakan stres atau tak. Aku cuma mahu menghadapi semua onak duri semester ini dengan tenang dan cool je. Takde faedah pun stres-stres ni kan. Buang perasaan je.


Oleh itu, untuk yang stres, buangkan stres itu. Stres tak elok itu minda. Jiwa pun tak tenteram. Dan cara paling efektif nak hilangkan stres, baca Quran. Banyak berdoa dan ingat pada Allah. Korang mesti tahu ayat ni, dengan mengingati Allah sahaja, hati menjadi tenang. Dan doalah agar dipermudahkan urusan kita itu.


Orang stres sebab ada masalah. Jadi, kena carilah jalan nak menyelesaikan masalah tu. Kalau pikir pasal masalah, tapi tak usaha nak settle kan, takde maknenya jugak kan. So, take a rest, pandang pepohon menghijau dan fikirlah dengan logik dan warasnya. Ewah. Dah macam kaunselor tak bertauliah pulak.


I'm cool like that. Ahah.


Dan macam orang yang suka makanan macam aku, kalau dah mula rasa nak stres, cepat-cepat serbu cafe beli aiskrim Cornetto tu. Takpun makan coklat. Makanan ini manis dan harapnya muka korang pun jadi manis dan tak kelat macam buah salak. Macam korang sedia tahu, coklat ni merangsang hormon gembira. So, hilanglah duka lara kat dalam hati tu, insyaAllah.


Macam kes Ummu, sebagai rakan seperjuangan, sama-sama kita meraih kejayaan. Usaha tangga kejayaan. Ya, tujuan kita kat sini adalah berjaya fly study medic, but at the same time kita terikat dengan jawatan Exco yang memerlukan komitmen. Tak perlu gila komited. Just buat macam biasa dan teruskan study seperti biasa.


Sekian. Jangan stres. Aku dah penat stres sem lepas. Sem ni aku nak cool. Jadi, tolong jangan ada orang nak bagi aku hot. Salam.


3 comments:

Caramel Foxx said...

xperlu2~

M. Faiz Syahmi said...

huihhhh~ susah gila dengarnya amik medic ni..~
ye dop.? bukan mcm org amik tesl.. perguruan..

tp aku rasa semuanya ada tension memasing an.
tekanan memasing.
camna kita handle ja yg membezakan.

suma ni test. jangan ingat ingatan kecekapan ja kena test. psikologi pon kena test apa... ni baru sem3, belom housemanship yg akan kena buli lg. hehe.

Norain Ishak said...

supa jelli, yeah.10 markah tuk jawapan yg betul tuh.hehee.

faiz syahmi, medic tu memang mencabar.jalan nak ke luar negara tu lagi satu hal cabarannya.huhu.oh waktu houseman, konpem aku nanges waktu tu nanti.haha.