salam..nyummm..nyumm...baru sahaja selesai makan aiskrim coklat..tujuan saya makan aiskrim coklat hari ni ada makna ok..sebab saya down pasal swimming gala petang tadi..kelam kabut dengan swimmers sekejap ada, sekejap takde..by the way team dress the dummy, mereka dah buat a very gudjob!..yang paling terkilan tu, diamond tak sempat hantar team medley..dushhh!
ok..takpe..takpe..jadi, selepas makan spaghetti kat dining hall senja tadi, saya pun melangkah ke cafe..sebab nak beli aiskrim coklat untuk mendapat sensasi gembira!! erk, macam pelik je bunyinya....kenapa mesti aiskrim coklat?..
kat cafe takde jual coklat, yang ada hanya aiskrim coklat..jadi ,motif saya di sini adalah untuk memakan elemen coklat..kenapa coklat?..saya tak ingat lah di mana saya baca, tapi yang saya ingat, coklat ni boleh membuatkan kita rasa happy..jadi tadi saya pun google dan jumpe ini..
1-Coklat untuk kesihatan
Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.
2- Coklat Kaya Vitamin
Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.
3- Coklat Itu Menenangkan
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.
4- Coklat Untuk Kecantikan
Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.
5- Coklat Bibitkan Rasa Cinta
Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengapa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.
jadi, makanlah coklat untuk gembira dan gembira..!sekian, salam.......
p/s-tolong hadiahkan saya segunung coklat!
3 comments:
nak toblerone?
@hanis amanina-nak bagi ker?boleh je..pos ok!nak address?nanti aku bagi..huahua.
coklat mmg best!
p/s : time SPM '10 pun kene wat rumusan pasal kelebihan coklat. ^_^
Post a Comment