Friday, April 23, 2010

cinta sebelum nikah


salam..saya memang nak update blog lagi hari ni..penat saya perah otak nak tulis apa dalam blog...lalu saya menyelak magazine DARA yang saya beli di R&R sungai buloh minggu lepas..(mahu pegi tioman lagi!)..lalu terselak sebuah ruangan soal jawab agama di bawah konsultansi kapten hafiz firdaus abdullah..


ada seorang reader bertanya, "bolehkah dua pasangan bercinta sebelum bernikahh? Ada yang berkata ia diharamkan selagi belum bernikah, benarkah? "..lalu beliau menjawab....




" jika hendak bercinta sebelum bernikah, hendaklah disusun pada tertib terbawah selepas cinta kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa dan sesama umat Islam. Cinta kepada Allah dan Rasulullah hendaklah berada di tangga paling atas agar pasangan belum bernikah tidak akan melakukan maksiat yang melanggar hukum hakam Allah dan Rasulullah yakni agama Islam.."


"cinta kepada ibu bapa hendaklah diunggulkan agar masing-masing tidak derhaka kepada ibu bapa dalam persoalan pilihan pasangan, tarikh pernikahan dan sebagainya. Cinta kepada sesama umat Islam tetap berada di tangga lebih tinggi agar pasangan tidak lalai dalam percintaan antara satu sama lain sehingga mengabaikan kepentingan dan urusan sesama umat Islam. Kedudukan cinta kepada pasangan pada tertib terbawah menyebabkan pasangan masing-masing tidak akan mengabaikan kecintaan kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa dan umat Islam.."


"realiti alam cinta membuktikan amatlah sukar untuk bercinta mengikut tertib di atas sebelum pernikahan, maka disebabkan kesukaran inilah ramai mukminin dan mukminat yang berpengalaman menasihatkan, jangan bercinta sebelum bernikah.."


itulah yang dijawab oleh beliau..saya rasa susah nak tengok pasangan yang mengamalkan tertib di atas..kalau ada pun, mungkin satu dalam sejuta..jadi, renung-renungkan ok...tapi, mesti ada yang akan tanya balik,habis tu macam mana nak kawin?..




hantar je lah rombongan merisik..tapi tak kenal hati budi?..saya fikir, sebelum kita nak merisik seseorang tu, mesti lah sedikit sebanyak kita tahu hati budinya kan?..ala,yang bercinta bagi nak rak tu, yang kenal hati budi bertahun pun boleh cerai..!jangan nak bagi alasan nak kenal hati budi ..


yang si perempuan pulak macam mana?..kalau takde siapa hantar rombongan merisik?..berdoa sajalah kepada Allah..sekali lagi saya berfikir, tak salah perigi cari timba kalau kena gayanya..ibu bapa si perempuan bertemu dengan ibu bapa si lelaki..kalau ibu bapa si lelaki setuju, ibu bapa si lelaki tu balik akan datang merisik...


jadi,tu je yang dapat saya bebelkan untuk malam ini..fikir-fikirkan..sekian...salam.......

2 comments:

zue said...

stuju 500%..hrap2 kita dpt praktikkn cara mcm ni dlm idop aku..insyaAllah..

Norain Ishak said...

@zue-sama kita parkttikan zue..