Sunday, March 21, 2010

A Poyo Short Story : Nobody


Assalamualaikum.. Walaupun kat rumah kena kiasu, tapi aku sempat lagi curik masa untuk tulis cerpen. Idea tengah banyak, sayang pulak nak biarkan accumulated kat otak ni. Jadi aku pun curahkan lah idea-idea poyo yang ada dalam short story nie.


Aku bagi tajuk dia Nobody. Sebab dapat ilham waktu dengan lagu Nobody nyanyian WonderGirls tu.Ceh, tak boleh blah punya reason. Haha. Okey, sebelum tu aku nak pesan, pada rakan-rakan terdekat, tolong jangan imagine aku yang tulis cerita poyo ni ok.


Perhatian : Jalan cerita dan watak-watak hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia….


Aku merenung jauh ke luar bangunan. Memikirkan kata-kata emak yang menghubungiku sebentar tadi. Aku melepaskan keluhan berat. Mahu atau tak. Itu sahaja pilihan jawapan yang ada untuk emak.


Bahuku tiba-tiba ditunjal. Aku menoleh ke belakang melihat siapa gerangan orang yang suka-suka mencuit bahuku.


" Cik kak, berangan ke? Berangan dekat siapa tu? Dekat aku eh? " kata Izhar memulakan bicara sambil melangkah ke hadapanku.


" Helo, berangan dekat kau? Nak buat apa. Buang masa adalah," jawabku acuh tak acuh. Aku kembali menulis laporan perubatan pesakitku.


" Janganlah marah-marah. Aku tahu, kau mesti ada masalah ni. Ceritalah kat aku, mana tahu aku boleh tolong," kata Izhar pula.


" Mak aku. Dia call tadi, ada orang datang merisik aku, " jawabku ringkas. Bulat mata Izhar memandangku. Apahal pulak dia ni. Macam terkejut beruk je.


" Biar betul orang nak merisik kau? Ke kau saja nak buat cerita so that aku cepat-cepat masuk meminang kau ni?" tanya Izhar ingin meminta kepastian. Aku memberi pandangan tajam kepadanya.


" Takde maknanya aku nak kau masuk meminang aku. Poyo je lebih. Dari aku mula-mula buat housemanship sampai lah aku dah jadi medical officer kat sini, itu je lah ayat kau. Tapi tak pernah buat pun, " kataku membidas kata-kata Izhar. Izhar buat muka tak puas hati, lalu mengambil fail pesakit dihadapanku dan berlalu dari situ. Nak merajuk lah tu!

***

Nombor Izhar didail berulang kali. Tiada jawapan. Lama pula dia merajuk. Di hospital pun, dia tak menegur aku. Berbisa sangatkah ayat aku tempoh hari. Aku buat dia terasa kah? Tapi memang itu kenyataannya.


Aku mengenali dia melalui alam cyber. Namun, siapa sangka, daripada hubungan rakan cyber, kami bertemu empat mata di universiti dan sama-sama menuntut dalam course yang sama. Dia sentiasa memberi semangat kepada aku. Faham sajalah, kehidupan sebagai pelajar perubatan kadangkala sangat tertekan.


Semangat yang diberi adalah atas tiket sebuah persahabatan. Tiada kata-kata cinta terbit dalam persahabatan kami. Betapa putihnya hubungan tersebut. Walaubagaimanapun, sebaik tamat pelajaran, dia cuba mencorakkannya dengan kata-kata cinta. Aku hanya pura-pura tidak memahami, kerana aku punya cita-cita yang lain yang harus aku capai.


Handphone ditangan dihempas ke atas katil. Hatiku geram dengan tingkah laku Izhar yang sejak dari dulu berjaya mencuri hatiku. Tapi hingga kini, aku kaku untuk mengakui perasaanku dihadapannya.

***

Shift bekerja ku telah tamat. Jam ditangan menunjukkan pukul 8.30 pagi. Perutku sudah mula melambungkan ombak tsunami. Lalu segera aku membawa langkah ke medan selera di tingkat dua hospital.


Sebaik sahaja aku melangkah masuk, ku lihat kelibat Izhar bersama seorang perempuan. Doktor pelatih kalau tak silap aku. Lagaknya penuh mesra berbicara. Perempuan itu tersenyum manja. Izhar pula ketawa sakan.


Hatiku tiba-tiba rasa hiba melihatkan kegembiraan mereka berdua. Hibakah? Atau sebenarnya aku cemburu? Perasaan itu menjadi satu. Nafsuku untuk makan sarapan menghilang begitu sahaja. Kunci kereta Honda CRV di dalam handbag ku diambil, segera membawa diri ke parking kereta dengan perasaan bercampur-baur.

***

" Eh muka Dr Izni ni ada iras-iras macam muka Dr Izhar, adik-beradik ke nak?" tanya seorang pakcik yang merupakan pesakit di bawah kawalanku. Aku hanya tersenyum.


" Ramai yang cakap macam tu pakcik, tapi takde pertalian darah pun. Kawan biasa je," jawabku ringkas sambil tanganku ligat menulis laporan.


" Orang tua ada cakap, kalau muka kita ada iras dengan orang yang berlainan jantina dengan kita, panjang jodohnya, " kata pakcik itu lagi dengan penuh semangat. Aku ketawa kecil. Alangkah bagusnya kalau ada penjelasan saintifik mengenai kenyataan tersebut.


Memang tak dinafikan, jodoh aku dengan Izhar sangat panjang. Dari zaman universiti hinggalah ke alam pekerjaan, kami tak pernah sekalipun berpisah jauh. Tapi, aku sendiri tidak pasti dimanakah titik noktah hubungan kami. Selamanya sebagai seorang rakan ataupun dengan ikatan yang sah.


" Assalamualaikum pakcik. Pakcik sihat hari ni?" ucap Izhar tiba-tiba masuk ke ruangan pesakitku.


" Waalaikumsalam. Pakcik sihat. Haa, memang wajah kamu berdua ni ada iras benar. Apa lagi, cepat-cepatlah kahwin, " kata pakcik tersebut selamba. Izhar menahan ketawa umpama kerang busuk. Aku tak menunjukkan sebarang reaksi. Selesai membuat catatan, aku mengundur diri.


" Ala pakcik, orang tu dah berpunya, takkan lah nak kahwin dengan saya pulak," kataku sebelum beredar. Wajah Izhar tak semena-mena berubah. Lalu dia terkocoh-kocoh mengikuti jejakku keluar. Pakcik sekadar menggeleng-gelengkan kepala melihat tingkah kami.


Aku berjalan tak pandang kiri kanan. Entah mengapa aku rasa sangat menyampah pada Izhar. Aku memang sengaja mahu menjauhkan diri daripada dia. Dia milik orang, aku tak mahu menjadi perosak dalam hubungan dia dengan wanita yang ku lihat hari itu.


" Izni! Izni! " panggilannya tiddak ku jawab. Izhar berjalan pantas dan berhenti di hadapanku. Aku turut terpaksa menghentikan langkahku.


" Kau nak apa? Kau tak nampak aku nak cepat ni? " kataku dalam nada sedikit meninggi sambil wajahku memaling ke arah lain.


" Kau ni kenapa ha?" tanya Izhar pula. Aku tanya dia, dia tanya aku balik.


" Aku takde apa-apa. Sihat walafiat. Puas hati? Dah, ke tepi," ujarku untuk meneruskan langkah. Tapi Izhar masih cuba menghalang langkahku.


" Kau kata aku dah berpunya tadi kan? " tanya Izhar lagi.


" Memang itu kenyataannya kan. So what? " kataku pula.


" Kau perhatikan aku dengan Amira lah kan?"kata Izhar lagi.


" Maaf, aku takde jawapan untuk soalan kau. " jawabku pendek. Kenapa perlu Izhar memberi pertanyaan yang bertalu-talu. Sengajakah dia untuk melukakan hati aku?


" Kau cemburu tengok aku dengan Amira kan? Kau cemburu sebab sebenarnya kau simpan perasaan dekat aku kan? Jawablah! "kata Izhar meninggi suara kepada aku. Bibir ku kelu untuk menjawab setiap pertanyaan Izhar. Mana mungkin aku akan menjawabnya. Aku tak sanggup berhadapan dengan dia lagi. Lalu ku tepis bahunya dan meneruskan langkahku dengan jiwa yang berkecamuk.

***


" Jangan ditanya kemana aku pergi,
Jangan ditanya mengapa aku pergi,
Usah kau pinta ku menanti lagi,
Usah disesal ku tak sabar menanti,

Putuslah tali, putus sudah ikatan
Pecahlah piring, hancur sudah harapan,
Tamatkan saja riwayat nan sedih,
Selamat tinggal ku bermohon diri.. "


Bait-bait lagu Jangan Ditanya nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, benar-benar menusuk jiwa. Lagu keroncong itu menggambarkan keadaan diri aku sekarang ini. Sejak persitiwa hari itu, aku tidak lagi bertegur sapa dengan Izhar. Izhar pula tak menunjukkan sebarang tanda untuk menjernihkan hubungan kami.


Egokah aku mahu menunggu Izhar memujukku? Jatuhkah martabatku jika aku yang memulakan bicara dengan dia? Ah, fikiranku kacau memikirkan itu semua.


Berjauhan dengan Izhar mungkin alternatif terbaik untuk aku melupuskan perasaan aku padanya. Tapi acap kali, aku gagal untuk menghapuskannya walau secebis. Dia bermain dengan ingatanku sepanjang masa. Tiap patah kata semangat yang dilemparkannya masih bersemadi di kotak minda. Dan kata-katanya itulah yang membuatkan aku jatuh hati padanya .


Bunyi mesej masuk. Segera aku mencapai handphoneku.


" Aku nak jumpa kau pukul 9 malam kat tempat biasa malam ni "


Mesej dari Izhar membuatkan hatiku tiba-tiba berdebar-debar. Pasti ada perkara penting yang ingin dia beritahu. Berita perkahwinan mungkin. Ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk bertemu dengan dia malam ni. Berikanlah aku kekuatan untuk menerima segala takdir dari-Mu.

***

" Mak, Izhar nak kahwin dengan orang lain mak ," kataku tersekat-sekat. Emak menghubungi aku tepat pada masanya. Pada masa aku memerlukan seseorang untuk melepaskan duka di hati.


" Mungkin memang telah tersurat, jodoh kamu bukan dengan dia Izni. Kamu sabarlah nak. Mungkin ada insan yang lebih baik yang untuk kamu, "pujuk emak.


" Mak, Izni cintakan dia sejak 10 tahun yang lalu mak. Inikah balasan yang Izni dapat setelah 10 tahun Izni mengharap pada dia mak? Apa, dia tak nampak kah Izni sayangkan dia, mak?" ujarku sambil menangis teresak-esak. Aku tahu, mak sendiri tidak punya jawapan untuk pertanyaanku ini.


Pertemuanku dengan Izhar sebentar tadi kurasakan satu peristiwa yang tak akan aku lupakan. Kata-katanya lembut tapi cukup tajam menghiris kalbuku.


" Aku akan berkahwin bulan depan dengan pilihan emak aku. Kau tahu kan, mak aku adalah segala-galanya bagi aku. Aku baru saja kenal pilihan hati emak. Dia baik macam kau, dan aku tak teragak-agak untuk terima pilihan hati mak aku,"


Tatkala itu, air mata ku berjujuran jatuh membasahi pipi. Hujan turut membasahi bumi seperti menemani aku menangisi takdir yang ditetapkan Ilahi.


Pedihnya menanggung rasa umpama orang putus cinta sedangkan aku tidak pernah pun menganyam cinta dengan Izhar. Tapi pedihnya itu tetap sama. Hanya sepatah kata yang dapat menggambarkan keadaan ku tika ini, yakni aku, kecewa!

***

Hari-hariku tak seceria dulu. Aku umpama kehilangan matahari yang memberi sinar mentari setiap hari. Aku dan Izhar tak ubah seperti orang asing. Izhar cuba untuk memulakan bicara, tapi aku yang sengaja menjauhkan diri. Bagiku, persahabatan kami sudah hilang serinya dengan kehadiran Amira dalam hidup Izhar.


" Saya tengok hubungan Dr Izni dengan Dr Izhar semakin dingin je sejak kebelakangan ini," ucap jururawat yang membantuku.


" Dingin? Dingin tak, panas pun tak Azima. Saya dengan Dr Izhar tu sekarang ni macam ni tau, "kataku sambil mendepakan tangan menunjukkan betapa jauhnya hubungan aku dengan Ariff.


" Apsal macam tu pulak doktor? Dr Izni dah ada boyfriend baru ke?" usik Azima lagi.


" Saya ni dah nak masuk 30-an Azima. Orang panggil apa, andartu. Anak dara tua. Siapa lah yang nak? Dah tu asyik sibuk je, takde masa nak mencari. Awak ni, cepat-cepatlah kahwin. Jangan tunggu lama-lama, nanti kekasih awak dikebas dek orang. Siapa yang susah hati nanti? Awak jugak," kataku memberi nasihat atas pengalaman sendiri.


" Tak sangka Dr Izni sporting dalam bab-bab macam ni. Macam ada experience je. Apa-apa pun terima kasih atas nasihat Dr Izni. Nanti saya kahwin, mesti saya jemput doktor, " balas Azima sebelum mengundur diri. Aku tersenyum. Cuba menceriakan hariku sendiri. Aku tahu, hidup perlu diteruskan. Tiada erti untuk terus bersedih.


Di balik pintu, Izhar mencuri dengar perbualanku dengan Azima. Terasa hati mungkin?

***

Amira leka meneliti buku-buku di rak dalam bilik Izhar. Tersusun rapi semuanya. Tangannya lincah membelek setiap buku. Tangannya beralih pula ke meja study Izhar. Ada laci. Dia membukanya. Dilihat terdapat sebuah diari berwarna merah jambu. Hai, mamat merah jambu rupanya! Tanpa rasa segan silu, diambilnya diari itu yang dirasakan bakal menjadi miliknya beberapa hari lagi.


" Aku sayangkan emak. Pada masa yang sama aku juga sayangkan Izni. Tapi permintaan emak untuk menyuruh aku berkahwin dengan Mira, umpama satu perintah yang tak boleh aku tolak. Emak pasti kecewa kalau aku tak bersetuju dengan permintaannya.


Di luar aku nampak tabah, tapi hati lelaki aku menangis kerana impian aku untuk sehidup semati Izni bakal berkubur begitu sahaja. Izni pasti menganggap aku lelaki yang tak guna. Lelaki yang lemah kerana tidak dapat menegakkan pendirian sendiri. Lelaki yang telah menghancurkan harapannya selama ini.


Entah bagaimanalah dapat aku menyayangi Mira sebagaimana aku menyayangi Izni. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan menghadapi dugaan ini., "


Amira menutup diari itu sepantas kilat. Terasa air mata jernih bakal mengalir. Tegarkah aku berkahwin dengan insan yang kasih sayangnya pada orang lain ? Berkahwin atas dasar permintaan keluarga? Aku sendiri sebagai seorang wanita, sanggupkah aku melukakan hati seorang wanita lain? Hati Amira merintih.

" Mira! " tegur Izhar mengejutkan Amira tiba-tiba. Dilihatnya diarinya dipegangan gadis itu. Apakah dia telah membaca isi hatinya?

***

Izhar menyarungkan cincin pernikahan ke jari manisku. Terasa indah benar detik bergelar isteri orang.


" Izni! Izni! Bangun! Bangun cepat! " jerit emak tiba-tiba. Aku menggosok-gosok mata. Bermimpi rupanya aku. Mimpi yang takkan terjadi. Mungkin mimpi untuk Amira. Dia dan Izhar bakal diijabkabul hari ini.


" Apa yang mak bising-bising ni. Hari ni saya kan cuti. Cuti berkabung sebab kekasih hati saya nak berkahwin hari ni," kataku sambil berjenaka.


" Apa-apa aje lah kamu ni. Cepat bangun, ada tetamu nak datang merisik ni. Malu lah sikit, " kata emak lagi. Apa, orang nak datang merisik? Biar betul nak merisik andartu ni? Aku berjalan menuju ke tingkap bilik. Ada sebuah kereta Toyota Wish merah metallik. Macam aku kenal. Lalu aku menyarungkan kepalaku dengan tudung ekin dan menjengah ke luar pintu rumah dengan berbaju t-shirt dan berkain batik.


Rasa bagaikan anak mataku nak tercabut melihat gerangan insan yang berda di hadapanku ini.


" Izhar?" Izhar datang bersama keluarganya. Tapi bukankah hari ni dia patut menikahi Amira. Apa pula ceritanya ni?


" Kau terkejut ke aku datang nak merisik kau ni? By the way, cantik kain batik," ujar Izhar sambil memerhatikan aku. Cis, sempat lagi nak kenakan aku. Aku tak memberi sebarang respon. Sebaik bersalaman dengan emak Izhar, aku membawa diri ke dapur untuk membuat air minuman.


Fikiranku masih ligat memikirkan situasi yang sedang berlaku. Sudah berkahwin kah? Atau apa? Aku menggeleng-geleng kepala tanda putus asa akan jawapannya pada persoalan itu.


Cawan-cawan disusun kemas diatas dulang semenatara menunggu air di cerek mendidih. Tiba-tiba terdengar bunyi derapan kaki . Aku menoleh. Izhar ?


" Aku nak merisik kau sebagai isteri kedua aku. Kau tak kisah kan? Sharing is caring , " kata Izhar memulakan kata.


" Kau dah buang tebiat ke? Baru kahwin, nak kahwin lagi. Tolonglah, sharing dalam hal ni bukan caring tau. Tapi scary! "balasku pula.


" Janganlah marah intan payung. Aku tipu je. Aku tak kahwin lagi lah. Aku dengan Amira dah sepakat untuk tak meneruskan majlis perkahwinan. Mak aku pun dah tahu cerita dari A to Z. Kau kena bangga tau ada suami yang taat pada mak dia. " kata Izhar panjang lebar sambil mnghadiahkan senyuman manisnya kepadaku.


" Suami? Bila masa pula aku terima proposal kau ni?" tanyaku endah tak endah.


" Ala, tak payah lah buat-buat tak paham. Macam lah aku tak tahu kau menangis sakan sebab tak dapat kahwin dengan aku, " kata Izhar lagi.


" Bajet lah kau ni,"kataku tak berdaya untuk menafikan kata-kata Izhar.


" Yang bajet ni jugaklah yang kau rindu, kan," ujar Izhar. Aku senyum padanya. Rasa kekok pun ada untuk melemparkan senyuman pada insan di hadapanku yang ku rindu sepanjang masa.


Cerek berbunyi. Tanda air cukup mendidih. Juga petanda hubungan yang dulunya keruh sudah kembali jernih. Izhar tanpa segan silu, menuang air panas dari cerek ke dalam teko.


" Terima kasih tolong buatkan air, " ujarku lembut.


" Rindu aku nak dengar suara lembut kau. Tapi cuma ada satu tak kena, " kata Izhar pula.


" Apa yang tak kena? " tanyaku.


" Kau aku. Aku kau. Tak rasa ke kata pengganti diri kita ni kasar, "


" Habis tuh nak tukar jadi apa? "


" Saya awak ?"


" Yew..geli aku"


" I and You ?"


" Macam poyo je,"


" Izhar Izni? "


" Skema lah! "


" Oit, buat apa tuh budak tua bangka kat dapur tuh, kami kat depan ni dah dahaga ni," teriak emakku di hadapan. Aku dan Izhar ketawa terbahak-bahak mengingatkan tingkah kami umpama kanak-kanak ribena. Aku membawa dulang berisi cawan, Izhar pula membawa teko air teh panas.


" Abang, tolong hulurkan air, "ucapku sengaja untuk melihat reaksi Izhar. Izhar membulatkan mata. Eh, tak suka ke?


" Abang dan sayang! Abang dan sayang! Aku suka yang tu! Erk, abang suka panggilan tu," kata Izhar dengan excited. Kami sekeluarga tergelak besar melihat gelagat Izhar.


Aku tersenyum gembira. Siapa sangka, hubungan aku dengan dia berakhir ke jinjang pelamin jua. Penantian selama 10 tahun berbaloi rupanya. Apa yang lebih penting, aku percaya kata orang bahawa kalau ada jodoh, takkan ke mana!



6 comments:

Yasmin Yahaya said...

hahaha..sempat lg ko wat cerpen lg eh?? x bley bla tol..kasi study tok trial as ko la weyh.. hakhakhk.. ala, ain.. cerpen awat pasal doc aje.. kasi tuka la...

adila said...

ain, cerita cinta lagi..hehe..btol ckp mInYe.kenapa cerpen pasal doc je? :P

Norain Ishak said...

@minye-tak boleh la min..aku kalo watak yg bekerja kat ofis ni, mcm takde feeling je..hakhak..
@adila-haha..oh adila,kau nak watak cikgu bercinta ngan anak murid ker?hehe.

Lily said...

hehe...
best2..
basah gusi aku duk gelak je..

Norain Ishak said...

@amira-bukan gusi kita sentiasa basahkah?hehe.

Anonymous said...

I didn't understand the concluding part of your article, could you please explain it more?