Thursday, April 30, 2009

jangan kau lepaskan(part1)

Huh! Bosannya aku menapak seorang diri untuk pulang ke kolej kediamanku. Kalau ada Ayu, boleh juga nak berborak,nak bergosip. Tapi sebaik sahaja tamat kuliah, abang angkat Ayu sudah menunggunya untuk keluar makan tengah hari. Ayu ada mengajak aku, tetapi segan pula aku nak kacau pasangan yang sedang hangat bercinta. Abang angkat Ayu ini pun satu, hari itu pula dia nak dating dengan adik angkat dia.

Cakap pasal abang angkat, tiba-tiba aku teringat kepada seorang abang senior di sini. Suka sangat dia membuli aku semasa minggu orientasi dua minggu yang lalu. Mentang-mentang aku budak baru, suka-suka je nak kenakan aku. Dek kerana itu, aku jadi populare di kalangan pelajar baru. Apa taknya, setiap aktiviti yang dijalankan pleh seniors, pasti abang senior itu memilih aku untuk mengambil bahagian.

Aku memang bengang betul dengan abang senior itu dan bila tiba satu permainanwaktu akhir minggu orientasi, aku nekad untuk membalas dendam. Aku tergelak seorang diri bila mengenangkan insiden aku membaling telur tepat pada mukanya. Habis wajah hensemnya dilumuri telur. Kesian abang…

Pin! Pin! Sebuah kereta MyVi putih berhenti di sebelahku. Cermin kereta diturungkan. Lalu aku menunduk sedikit melihat gerangan pemandunya.

“Abang Aliff?” kataku sebaik melihata abang senior yang aku fikirkan tadi. Aku terus menapak ke hadapan.

“Abang nak apa lagi? Tak puas-puas lagi nak buli saya?” kataku marah.

“Alin! Tunggu dulu. Abang nak belanja awak makan dekat luar sebagai tanda abang minta maaf dengan perlakuan abang dekat awak dulu,” kata abang Aliff merayu pada aku. Aku mendengus perlahan. Nak terima atau tidak? Argh! Aku kena berkeras.

“Tak payah! Saya dah maafkan,” kataku ringkas.


“Alin, please! Abang akan rasa bersalah kalau tak dapat belanja amak makan. Please!” rayu abang Aliff lagi. Aduh, kenapa lah hati wanita ini lembut sangat nak menerima ajakan abang Aliff? Lalu aku membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya dengan wajah serius. Abang Aliff tersenyum lebar lalu memulakan perjalanan.

“Awak budak sains hayat ke?” tanya abang Aliff memulakan perbualan.

“Ha’ah,”jawabku pendek.

“Duduk kat kolej 12?” tanya abang Aliff lagi.

“Ha’ah,”kataku lagi.

“Alin ni, jawab pendek-pendek je. Tak best la macam ni,”ujar abang Aliff.

“Habis tu nak jawab macam mana? Jawapan pada soalan abang tu memang kena pendek pun,”kataku dengan tegas.

“Alin taknak pun tanya abang ni budak course apa? Tinggal dekat mana? Umur berapa?” kata abang Aliff dalam nada merajuk.

“Okeylah. Saya tanya ya. Tanya panjang-panjang. Abang course apa? Student tahun berapa? Umur berapa?” tanyaku tak ikhlas.

“Haa.. macam itu lah. Abang budak engine. Last year student. Umur baru je 23. muda lagi,” kata abang Aliff sambil tersengih-sengih.

“So?” kataku.

“So, abang taklah tua sangat nak kawan dengan budak 18 tahun kan,” kata abang Aliff pula. Aku senyap. Abang Aliff pun kelihatan ketandusan idea unuk bersembang dek keranan sifat pendiamku yang datang tiba-tiba.

Beberapa minit kemudoan,kami pun sampai ke Restoren Syed yang terletak di Bangsar. Setelah pelayang restoren mengambil pesanan makanan, aku menghalakan pandangan ke luar restoren. Tak sanggup rasanya nak bertentang mata dengan abang Aliff .

“Alin nak tahu kenapa abang selalu suruh awak waktu orientasi?” tanya abang Aliff.

“Kenapa?” tanyaku semula.

“Abang suka tengok cara awak, reaksi awak. Kelakar gila abang rasa,”jawab abang Aliff lalu tergelak kecil.

“Oh, suka lah tengok saya macam tu. Ingat saya suka?” kataku sedikit marah.

“Abang rasa suka sebab abang suka awak kot. Alin kenalah bangga. Juniors lain beriya-iya suruh abang pilih dia orang waktu orientasi. Tapi, abang pilih awak juga,” ujar abang Aliff lagi.

“Kenapa nak rasa bangga pulak?” tanyaku lurus bendul.

“Alin ni. Abang ni famous, lepas tu kacak pulak. Kalu awak nak tahu, kawan-kawan abang panggil abang ni Gambit UM tau!”kata abang Aliff lagi.

“Ye ke?”tanyaku lagi. Perasan betul mamat seorang ini.

“Itulah Alin. Tak sudi nak tengok muka abang ni. Awak lebih rela tengok kereta-kereta buruk kat jalan tu,”kata abang Aliff.

“Seganlah,”kataku ringkas.

“Kenapa nak segan pulak? Sekarang ni, abang bagi green light untuk Alin,”kata abang Aliff lagi. Lalu aku menghadap muka abang Aliff. Matanya penuh misteri. Hidungnya mancung. Bibirnya merah petanda tidak merokok. Kulit wajahnya bersih, barangkali lebih bersih dari aku. Aku terpaku seketika.

“Alin! Alin! Alin!”panggil abang Aliff sambil tangannya melambai-lambai di hadapan aku. Aku lihat ke atas meja. Makanan dan minuman sudah terhidang. Ya Allah! Malunya aku. Macam mana aku boleh langsung tak sedar yang aku merenung abang Aliff terlalu lama. Aku segera menjamah makananku menghilangkan gugup di hati
.

No comments: