Wednesday, July 20, 2016

Pasca-Medschool : Common Mistakes As A Medstudent

Assalamualaikum..

Boleh tahan 'meroyan' duk rumah saje ni. Jadi dengan menulis serba sedikit ni dapatlah sikit mengubat sindrom yang melanda penganggur seperti diri ini.


Ok, actually dah lama dah nak tulis pasal common mistakes by medical students in medschool. Well, entry hari ni bukanlah generalisation kepada semua medical students, lebih kepada muhasabah diri sendiri, although dah habis medical school pun. Sebab kalau boleh, taknak lah jejuniors buat common mistakes ni. Being a senior, kita mesti lah nak junior kita jadi lebih performmm dari kita, ye dop?




So, common mistakes seperti di bawah...


#1 Revision planning yang too idealistic

Being a planner myself, selalu buat juga kesilapan seperti ini. Kadang plan tu jadi tak realistik. Bajet macam boleh cover so muchhhh topiccsss in a day, but end up tak mampu pun sebenarnya sebab schedule penuh dah tak realistik pun. Apa yang penting, revision planning kena lah yang berkemampuan untuk dicapai dan pada masa yang sama fleksibel. Sebab kalau buat plan yang tak realistik ni, silap-silap banyak buang masa asyik nak kena adjust plan sedia ada. Jadi, merancanglah dengan realistik, ok!



#2 Just for the sake of logbooks

Ada sesetengah departments semasa di medschool, memang ada suruh siapkan logbooks yang ada beberapa tasks yang kena buat and then kena hantar. Benda baiknya bila ada logbooks ni, medstudents jadi kuranglah sikit malasnya. Tapi yang jadi tak best, bila kita buat tasks tu for the sake of nak dapatkan signed off je. Buat pun ala kadar and cincai. Kurang daya initiatif untuk buat all out. Tak kata kat sesiapa la, haha sebab kata kat diri sendiri. So, in case la ada yang masih ada habit macam ni, tak terlambat la untuk berubah agar buat sesuatu tu sebab kita betul betul nak belajar, nak gain a skill, bukan semata-mata nak dapat sign and hantar logbook je.



#3 Malu dan takut dikecam semasa bedside tutorials

Amboi tak menahan sangat guna takut dikecam, dah macam hashtag #jangankecamsaya pula. Masa bedside tutorials, selalunya Reg/SpR/Consultant akan suruh any medstudents in the small tutorial groups untuk volunteer ambik history or perform physical examination. Dan almaklumla juga selalunya orang yang lack of self confidence ni kadang malu malu nak volunteer sebab takut kalau salah buat nanti, confirm confirm dapat kritikan daripada senior doctors depan kawan kawan yang lain. So, punyalah avoid eye contacts, last last kena point out juga kena ambik history and examine patient (haha true story). If I can re-do my medical schools (of course memang taknak laa), I would like to volunteer myself to examine patient kalau doktor suruh. Sebab pentingnya biasakan diri ambik history and examine patient depan consultants, sebab masa the real final short cases exam, memang kita kena buat exam depan consultants. So kalau dah biasa buat, tak kekok nak examine patient on the real exam day and consultants pun akan impress eh students ni macam pro je examine patients.



#4 Tak fully utilise outpatient clinics

Pergi outpatient clinics memang kadang kadang, boleh tahan bosan. Especially kalau duk dengan doktor yang jenis yang tak entertain students. Bila nak dekat finals exam hari tu, baru lah macam sedar kepentingan pergi OPD (outpatients department) ni sebab kat OPD ni la sumber sumber patients untuk exam shortcases exam. Terutamanya neuro patients, rheumato patients, thyroid patients, endocrine patients, cardio patients, respi patients, and etc. Orang kata, kalo pergi OPD, duduk la dengan consultants. But I beg to differ sikit. Sebab pernah ada pengalaman, duduk dengan SHO or Reg, lagi banyak mengajar dari duduk dengan Consultants. Bergantunglah. And prepare la some 'intelligent' questions to ask. Sebab kadang doktor ni bila tak tahu nak ajar apa, dia yang akan tanya, kalau kita ada soalan nak tanya. My mistakes, tak prepare apa nak tanya, sebab tu rasa useless je pergi OPD, hoho. So, dear adik2, bersemangatlah pergi OPD, tanamkan diri OPD ni best and you will learn a lot then!



#5 Practise for written papers

Kalau tanya rata rata medstudents, paling sikit pun, maybe dah 5 kali khatam OHCM. Tapi tu la, kadang kadang kita asyik baca buku, buku itu, buku ini, sampai lupa nak test knowledge kita sendiri. Tup tup, bila nak dekat written exam, haa baru la mula nak practise, and itu sebenarnya kinda da terlambat... Sebab bila nak dekat exam tu sepatutnya tinggal nak polish bahagian bahagian yang kita kabur je. As for me, practise MCQ je throughout the final year, tapi neglect sikit bahagian soalan short essays and essays, so memang running out of time, memang struggle buat latihan last minute. So, kalo boleh, plan your time wisely untuk dapat buat latihan essays time awal awal sem sikit.



#6 Menonong sahaja semasa ward rounds

Haha ni especially memang sengsara la kalau masa rotation surgery. Ward round 7pagi kot. Pukul 6.30am dah nak kena keluar di kala housemates masa lagi boleh berlegar di atas katil. Dah sampai ward 7pagi, nak kena tunggu team sampai pulak. Kadang on time, kadang lewat. Lumrah medical students memang asyik perlu menunggu orang orang besar. Hehe sedih betul. So kadang tu disebabkan dah penat tunggu, time ward round, semangat pun macam acuh tak acuh. Last last tak belajar apa apa pun masa ward round. Sedih. Itu laa yang selalu rasa. Only bila lepas jawab soalan MCQ time finals hari tu baru sedar kepentingan ward round tu sendiri. Sebab masa MCQ, banyak soalan yang tanya "what is the most immediate action" etc etc. So kepada yang masih di medschool, pastikan sel sel berhubung semasa ward round, alert, and fikir apa soalan yang sesuai untuk tanya, have a conscious mind like kenapa macam ni macam tu, ada ke effect dia macam ni ke macam tu. I rarely did that during my time, sebab selalu rasa terpaksa bila pergi ward round. Tu la orang tua pesan, buat kerja kena ikhlas, baru ada berkat. Ni tak ikhlas pergi ward round, tu pasal masa terbuang macam tu jerrr.


#7 Tak ambik port masa tutorials

Bila masuk final year, memang kurang sangatlah tutorial spoonfeeding ni, memang asal consultant masuk nak bagi tutorials, memang sesi soal jawab memanjang saje. Kadang tu kita ni macam tahu jawapan kepada soalan consultant, tapi tak berani nak jawab atas alasan takut salah. Kalai tengok style budak irish, deme takde lah level genius ke apa, tapi konfiden jawab walaupun actually boleh nampak dia pun goreng je jawapan tu jugak. So, kena la belajar speaks out dalam tutorial, mula mula rasa segan, tapi kalau dah biasa buat, kita akan gain confidence yang diperlukan semasa sesi viva exam ke apa. And I pulak kalau tak tau jawapan, memang suara, ekspresi muka buat je confident, walaupun tahu dah bukan jawapan tu dia nak hehe. Kalau BSN kata yang penting ikhlas, I pulak kata yang penting confident.....je goreng :')



Hmmm. Rasanya tu je la yang dapat difikirkan buat masa ni. Semuanya dari hati sebab memang buat pun kesilapan ni semua. Only masa nak final year, baru lah rasa sudah terhantuk baru nak tergadah and alhamdulillah Allah beri rezeki dapat habis medschool jugak.



Merenung kembali life as a medical student, memang tak mudah la. Kalau orang kata budak medik ni sekadar menghadap buku and menghafal saje, pun tak betul juga. Skills lain pun diperlukan jugak.


Bak kata omputih, "I  am not saying it's going to be easy, but I am saying it's going to be worth it."


Sekian, catatan seorang penganggur..


Wassalam..

1 comment:

ASTraveller said...

salam singgah dan follow. awk dijemput join GA sy! :D

http://www.akuseorangtraveler.com/2016/07/travelog-faghuzi-giveaway-by-aku.html