Tuesday, March 24, 2015

Angin Kencang


Assalamualaikum semua! Haha bajet je macam ada reader, heheh.


Sebulan dah tak update blog ni, jadi terpaksa juga update..


Aku tak tahu nak cerita apa sebenarnya, tapi hari ni aku terbaca satu kisah yang ditulis oleh Encik Watermelon dan rasa kisah ini begitu dekat di hati.. Quoted from here -->  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=954943831207226&set=a.185701924798091.42679.100000748559148&type=1&theater 



***

Berborak dengan seorang senior. Dia berkulit gelap, chubby dan boroi. Macam mamak sikit. Isterinya juga lebih kurang dengan dirinya.

Disebabkan dia ni sporting, sengaja ku ajukan soalan kepadanya. Masa tu isterinya pergi mencari sayur. Dia duduk di sebelah membelek-belek tembikai. 

"Maaf tanya, bang. Abang tak terfikir ke masa nikah dulu, nak dapatkan isteri yang cantik?"

Dia tersentak. Maybe soalan tu agak direct. Tapi, dia senyum saja. Orang matang, kan.

"Siapa yang tak nak isteri cantik. Lelaki mana yang tak nak?

Tapi, bukan sekadar itu yang patut kau nilaikan. Bukan setakat rupa dan fizikalnya. Kau patut pergi lebih jauh dari skop sempit tu."

Aku berkerut kening.

"Maksud abang?"

Dia tergelak.

"Macam tembikai-tembikai depan mata kau ni. Adakah kau nilainya semata-mata dari kulit luaran? Tidak, kan?

Untuk bahagia, kau kena letakkan ketepi soal rupa. Soal agama letak yang utama. Soal jawab dia, sekurang-kurangnya solat 5 waktu tu cukup. Aurat tutup. Sempurna atau tak tu belakang kira, sebab tugas mendidik di bahu kau.

Then, kau kena fikir keluarganya. Kau boleh masuk tak dalam keluarga dia? Kau boleh kamceng ke tak dengan mak ayah dia, adik-beradik dia? Kau jangan pilih mentua yang pernah menyindir, menghina diri kau. Contoh, pekerjaan kau dipertikaikan, gaji kau diungkitkan. Lama-lama, sabar kau cuma akan membawa kepada sakit hati, akhirnya jadi dendam bila benci mulai bertapak di sanubari. Mulalah kau tak nak balik rumah mentua sebab tak suka dengar, tak suka tengok muka. Dengan adik-beradik dia pun begitulah juga. 

Nilaikan semua.

Bernikah ni, bukan setakat dengan dia. Tapi, seluruh keluarga dia. Dia saja baik, tapi keluarganya layan kau dengan buruk, kau jangan keraskan hati nak jugak. Kau berundur saja.

Pilih yang menyenangkan hati kau. Keluarga yang boleh menghormati dan menyayangi kau, menerima kau seadanya kau. Barulah kita rasa suka ziarah mentua, hati lapang. Bukan kau saja yang mereka terima, tapi keluarga kau juga mereka reda terima. Timbul rasa syukur dapat keluarga baru macam tu. 

Seterusnya, kau kena nilaikan. Dia sendiri. Dia cerewet atau tidak. Kalau cerewet, kau jangan teruskan. Pilih yang lain.

Kau takkan senang duduk, nak berehat sikit pun tak boleh asyik membebel. Suruh itu dan ini. Queen control kau. Tak boleh macam tu.

Pilih yang bertolak ansur dan sederhana. Dia tak kisah tak ada aircond, janji ada kipas meja pun dah ok. Tak ada meja makan, makan bersila pun tak mengapa. Tak ada kereta, naik motosikal pun tak jadi masalah baginya. Tak ada duit, dia tak mengeluh. Dia ada duit, dia kongsikan dengan kau. Kau ada duit, kau pula belanja dia macam-macam. 

Begitulah hidup suami isteri dan nak bentuk keluarga yang bahagia.

Bukan kerna rupa.

Bila hati tenang, ibadah pun lenang. Dia tenang, keluarga dia tenang. Semua orang tenang.

Apa lagi yang tak cukup?"

Aku senyum saja mendengar kata-kata abang tu. Dia menambah sedikit di hujungnya,

"Sebab itulah aku pilih isteri aku. Atas sebab-sebab yang aku sebutkan tadilah. Kulit hitam ke putih ke, lemak banyak ke sikit ke, takkan pernah memuaskan nafsu mata.

Kalau kau nak ikut nafsu mata, mata takkan pernah puas.

Tapi kalau kau ikut kata iman, kau akan hargai segala yang kau ada. Segala yang realiti di depan mata."

Aku salam tangannya. Hulurkan tembikai padanya sebagai hadiah. Ilmu yang lebih mahal harganya dari tembikai-tembikai yang aku jual.

Aduh. Bila Tuhan mahu menjentik hati.


***

Bercakap soal kahwin ni, bukanlah soal manisnya cinta ke apa. Ada isu yang lebih besar sebenarnya. Ianya bukan soal aku suka kau, kau suka aku tak? 


Perkahwinan melibatkan komitmen, tanggungjawab, persefahaman, tolak ansur. Andainya orang kata, mula-mula kahwin memang lah indah bercinta, selebihnya adalah tanggungjawab. Itu je?


Matlamat perkahwinan dalam Islam, aku percaya lebih dari itu. Ianya adalah untuk sama-sama mengumpul bekalan agar sama-sama dapat bertemu kembali di syurga dengan dasarnya cinta kepada pasangan dan anak-anak hanya kerana Allah s,w,t.


Nak cakap lebih pun, diri sendiri pun tak kahwin lagi. Tapi sebab sedar tak sedar, umur pun dah 24 tahun... Jadi hehs valid je la kan.


Bila cakap bab kahwin, maka berkait rapat lah dengan bab jodoh. Kata ustaz UAI, macamana nak tahu seseorang tu jodoh kita ke tak, adalah masa akad nikah kita. Kalo kita kahwin dengan dia, maka dia lah jodoh kita. Hehs.


Ada orang jodohnya cepat. Ada orang jodohnya lambat. Kenapa? Aku pun tak tahu. Sebab yang Maha Tahu ialah Dia, Allah, Tuhan kita. Tuhan yang menetapkan takdir setiap dari kita. 


Ada orang jodohnya mudah. Ada orang jodohnya berliku-liku sikit. Ada orang yang menunggu agak lama, tapi tiada khabar berita. Ada orang yang approach crush, sekali crush sudah bertukar borang baitul muslim dengan orang lain. Ada orang yang family aturkan, takde cinta, tapi cuba menerima. Dan macam-macam lagi lah kot.


Dan sebab aku belum kahwin pun, makanya tak mampu nak cerita lebih-lebih, cuma mampu berusaha dan berdoa dan beristikharah agar Allah menetapkan yang terbaik. Jangan diikutkan sangat perasaan, tapi pinta panduan dari Tuhan. Tawakal, tawakal, tawakal~


Kalau ada lah yang randomly baca blogpost ni dari kaum lelaki, nak katanya hangpa ni bab nak cari jodoh ni takde lah susah sangat sebab budaya kita normal je lah timba cari perigi, cuma satu isu untuk hangpa dalam bab bab wang hantaran, tak boleh nak tolong lah kalau bakal mertua demand tinggi, hehs, berhikmahlah~


Untuk gegirls yang randomly baca blogpost ni pulak, aku pun perempuan. Faham sahaja perempuan itu pemalu dalam bab perigi cari timba. Tapi saranan saya (eh tetiba saya) sebagai seorang kakak, kalau dah berkenan sangat kepada seseorang, janganlah sia-siakan rasa itu dengan memendam dan memendam sampai nanti tiba tiba dapat fb invitation dari seseorang yang anda minat tu. Kalau ada kenal wakil urus baitul muslim, pergi je tanya. Dan kemudian redha kan hati akan apa jawapan dari wakil urus... Kan senang? Ni tak faham kenapa nak pendam lama-lama, boys are not mind readers. 


Berbicara dari pengalaman, yang mana baik ambil, yang mana tak, jangan ambil. 


Last but not least, jangan lembikkan diri dengan asyik fikir "siapakah makmun ku" "siapakah imam ku", mantapkanlah diri jadi anak soleh, persiapkan diri jadi isteri/suami soleh, persediakan diri ilmu mendidik anak, tingkatkan kemahiran pengurusan kewangan dan rumah.


"Mati tu pasti, kahwin belum tentu"


Sekian, 

Alhamdulillah 'ala kulli hal :D



Wassalam,

p/s-tajuk entry takde kena mengena.

2 comments:

nazrinafifi said...

tapi aku nak tau jugak. asal angin kencang?

Norain Ishak said...

fifi, haha sebab suka lagu Angin Kencang by Noh Hujan.