Thursday, November 7, 2013

Panasnya Atmosphere Meskipun Winter Menjelma



Assalamualaikum people!!


Wahhh rindu. Haha. Puas aku cari masa nak update blog sebenarnya. Kalau nak kira berapa banyak benda nak kena buat, memang sampai cuti winter lah tak update blog ni. Hehs.

Begitulah awan nanonano~ 



Pertamanya nak bagitahu yang anak buah ke-9 aku sudah pun selamat dilahirkan. Alhamdulillah. Welcome to the world, baby!! Makcu miss you eventho makcu tak jumpa lagi dengan baby... Kakak aku pun satu, lambat sangat bagi nama. Orang suruh bagi nama Uwais Darwisy (pemberian yang warak) taknak pulak. Takpe, it's okay, I'm gonna reserve that name for my son insyaAllah. Hehe.




Next, antara isu yang gempak last week ialah mengenai BOB. 




Buat orang bersalah. BOB. Aku rasa ni macam sangat common kot. Bukan kawan kita je yang buat, kita pun sama buat sekali. Unconsciously! And then bila detect je ada orang buat BOB, laju je kita, "kau BOBed kan dia bla bla". Hehs. Well done, Matluthfi! Mesejnya sampai kepada anak muda. So, next time kita lebih berhati-hati dengan tutur kata kita ni.


Dah nak masuk 7 November dah bro. Tak sampai sebulan lagi je nak exam. Atmosfera terasa panas padahal winter sedang berkunjung tiba. Banyak assingments (ada 3 je lagi tapi sebab more than one, dikira plural laa). Tambah pula dengan 38 topik pathology dan 18 topik pharmacology. Tambah lagi 24 lectures notes epidemiology dan 12 lectures topics. Apa lagi yang pelajar medik ucc mahu?


Setiap tahun menjadi pelajar perubatan, ada cabarannya tersendiri. Tahun 1 nya lain. Tahun 2 nya lain. Tahun 3 je lain. Walaupun kadang aku cuba untuk berfikiran positif bahawa semua ini ada hikmah, tapi dalam hati, aihh bengang betul dengan medschool ni. Sebab utama kebengangan ini sebab medschool crampkan topik-topik pathology yang panjang dalam satu lecture selama sejam. Macam semalam pun, lecturer dah warn cakap dia akan go thtough slide very fast sebab sejak beberapa tahun kebelakangan ni, medschool yang crampkan camtu. Hari ni pun lecturer tell us the same thing. Oh my God... Sigh.


Memang lah best lecture cuma sejam tapi tapi tapi...................macam comel jee, macam cantik jee. Haha. Takpe lah, usaha lah untuk adapt dengan sistem yang ada. La hawla walla quwwata illa billah! After end of module, aku complaint.
Gambar after makan makan raya aidil adha. Suka. Suka ayat kat papan tu. Simbolik bila dah tersesat jalan, kembali ke pangkal jalan. Ih dina siratal mustaqim...


Sungguhnya rasa stress itu perlu disalurkan pada sesuatu yang lain. Stress ni satu energi. Masalahnya kalau kita gunakan energi kepada tempat yang tak kena. Ada yang gunakan energi stress untuk kemas bilik, untuk shopping dan lain-lain. Aku kalau stress, aku suka duk kat dapur haha. Either aku akan baking untuk procrastinate, ataupun vacuum carpet ataupun kemas pinggan periuk belanga. If you thing stress is a problem, you will feel more stress. It is okay to be stress, but depend on how we cope with it!


Jadi pelajar medik juga, selain kecekapan mengendalikan stress, kena pandai motivate diri sendiri. Yes, it is a must! Orang lain boleh bagi kata-kata semangat kat sendiri, but encouragement from your ownself is much much more important! Sebab kita sendiri je tahu kebolehan kita. Nak share hari tu ada junior cerita, kadang-kadang kita boleh share masalah dengan orang, tapi hakikatnya, diri kita sendiri yang kena handle masalah tu, kena bear with the pain bla bla, jadi pergantungan yang ultimate adalah dengan Allah s.w.t. 


So, always, dear myself, dear you and you, yes you... Whatever hardship yang kita sedang encounter, bear in mind, Allah is with us. Allah nampak apa je yang kita buat. Kalau kita sabar, kita usaha, ada ganjarannya. Dan jangan sekali berputus asa dari rahmat Ilahi. Moga Allah redha.


Sekian, wassalam..



ps: tajuk entry tak boleh nak sastera lagi.. =P

No comments: