Tuesday, January 1, 2013

Berkongsi Rasa : Berlin, Istanbul, PUISI 2012

Assalamualaikum.


Baiklah, hari ni saya akan menunaikan lah janji untuk update blog tentang ibrah yang saya peroleh sepanjang percutian hampir dua minggu saya. Nak cerita kisah jaulah satu per satu, dah tak berdaya dah sebab dah lama sangat simpan, hehe.


Berlin, JERMAN (16-18 Disember 2012)



Di bumi Berlin ini, banyak jugak sejarah yang menarik. Pasal perang dingin antara Jerman Timur dan Jerman Barat dan struktur pentingnya yakni Berlin Wall. Pasal Hitler yang membunuh Jews beramai-ramai. Dan macam-macam lagi sejarah lain. Saya masih ingat lagi, lelaki tourist guide itu kata, di Jerman lah tempat di mana banyak penemuan teknologi diperolehi.

Betul lah kan. Kalau kita tengok, student Malaysia pun banyak buat engineering kat Jerman sana, Cuma satu perkara yang terdetik di pemikiran saya, apa gunanya kehebatan kejuruteraan yang hebat tanpa berpegang kepada akidah yang benar, akidah Islamiyah sejati. Alangkah indahnya, ketinggian ilmu duniawi dipandu dengan penduduk yang berpegang kepada agama Islam yang syumul, pasti menjadi negara yang penuh barakah.

Refleksi nya sebagai pelajar, tiada gunanya mendapat first class honours, tapi amal Islami masih berada pada paras gagal seperti solat lewat waktu, rasa berat untuk membaca Quran, dan lain-lain. Sudah berjayakah kita dalam keadaan tersebut? Kita memang takkan pernah sempurna, tapi kita boleh berusaha ke arahnya untuk menjadi pelajar yang cemerlang akademik serta akhlak dan ibadahnya kerana Allah s.w.t.


Istanbul, TURKI (18-21 Disember 2012)






Rasulullah SAW ada menyebut: ”Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.” (Al Hadis)

Istanbul, subhanAllah. Bandar ini cantik, sejuk mata melihat betapa banyaknya masjid di dalam bandar ni. Sejuk juga mata memandang melihat wanita dan lelaki turki yang sama-sama comel. Ahah. Maaf.

Datangnya ke Istanbul, rasa lebih bererti kerana tahun sebelumnya, semasa di PUISI 2011, belajar mengenai Sultan Muhammad 2, atau lebih dikenali sebagai Sultan Al-Fateh. Jadi masa ke Masjid Aya Sofiya yang dah dijadikan muzium oleh Kamal Al-Tartuk yang take over Turki after kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyyah pada 1924, terbayang rasa gembira dan syukur Al Fateh setelah menjaya mengambil Konstantinopel a.k.a Istanbul dari kerajaan Byzantine dan mengubah church Hagia Sophia kepada masjid Aya Sofiya.

Persoalan yang harus setiap kita ambil perhatian ialah sebab musabab kejatuhan kerajaan Islam khilafah Turki Uthmaniyah. Kenapa? Secara ringkasnya dari pembacaan saya, ianya disebabkan bila pemimpin mula gila akan harta, bila pemimpin mula mengamalkan rasuah, bila pemimpin mula berebut kuasa, bila pemimpin dengan hawa nafsu. Bagaimana boleh terjadi sikap begini? Bila akhlak Islamiyah mula luput dari diri, inilah akibatnya.

"Untunglah kita Malaysia aman damai."

Anda pasti? Apa yang anda faham dengan istalih aman damai itu anyway? Andai kata kita masih mahu akan kepimpinan yang memandang enteng akan keperluan menegakkan Islam di atas muka bumi, tak mustahil, negara kita boleh menjadi semakin corrupt dari hari ke hari. Bukan sahaja lemah dari aspek politik, aspek ekonomi, bahkan akhlak sebahagian penduduknya yang mengecewakan.


PUISI 2012 : The Road Not Taken (22-25 Disember 2012)



Intipati PUISI tahun ini ialah mengenai pengurusan hidup melalui Surah Al Kahfi. Penceramahnya Ustaz Hasrizal. Dan seperti ceramah sebelumnya, saya memang takkan pernah puas mendengar ceramah dan cerita ustaz.

Ada seorang peserta share nota nya, boleh klik di bawah.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151389684619602.537914.555494601&type=1

Dalam 4 kisah yang diolah, kisah yang paling saya gemari adalah kisah Nabi Musa dan Khidir. Pesan ustaz, soalan yang hendak kita tanyakan mestilah purpose-guided. Ini based on cerita dalam surah Al-Kahfi ayat 60-82. Hikmah pertama dalam kisah ini, setinggi mana pun tahap pendidikan kita, tahap pangkat kita, kita still kena tuntut ilmu. Sebagai contoh, Musa, yakni seorang Rasul, Allah tetap perintahkan Musa untuk menuntut ilmu dengan Khidir meskipun Musa itu seorang Rasul Allah. Jadi apatah lagi kita yang memakai gelaran hamba Allah yang kerdil ini? Masih mahu bermalas-malas?

Pesan ustaz lagi, dalam proses nak mendapatkan ilmu atau kematangan ilmu, kita tak boleh hangat-hangat tahi ayam, kalau takde determination dalam study, tak apa lagi, tapi kalau takde determination di alam perkahwinan? Nak bercerai macam tu je ke? Jadi, carilah support system yang baik, yang selalu ingat-mengingati.

Pesan ustaz lagi, kesabaran untuk interpret apa yang berlaku dalam hidup ini juga penting untuk mencapai kematangan ilmu. Kalau kita hayati cerita Musa dan Khidir ni, kalau kita berada di tempat Musa, kita konfius kenapa Khidir buat macam itu, buat macam ini tetapi sesungguhnya Allah telah kurniakan ilmu dari sisi-Nya kepada Khidir, dan Allah lah yang Maha Mengetahui.

Suka untuk saya reflek dalam hal ini, kekadang itu macam-macam perkara berlaku, yang kita rasa, kenapa lah macam ni, apa hikmahnya hal ini dan hal itu, dan kita masih tercari-cari. Oleh itu suka juga nak relate dengan doa pemuda Kahfi semasa mereka masuh ke dalam gua untuk berlindung,

 "(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)"." (QS. Al-Kahfi: 10)

Rahmat. Kita semua dambakan rahmat Allah. Tiada apa yang lebih bernilai daripada rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita. Tiada guna jawatan besar, kalau tiada rahmat Allah. Tiada guna rumah besar, kalau tiada rahmat Allah. Tiada guna negara yang kononnya maju, padahal tak disinari rahmat Allah dek kerana maksiat yang berleluasa yang mana pemimpinnya pandang sebelah mata. Astarghfirullahaladzim.


Harapan 2013

Satu saje harapan, semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga esok lebih baik dari hari ini. Okey lah itu mungkin general sangat, tapi secara amnya, nak didik diri lebih suka membaca bahan-bahan di luar bidang akademik, seperti isu global, bahan-bahan haraki, dan seperti biasa bahan-bahan dakwah dan tarbiyah.

It is the time to change. You and me. Ayuh jadi golongan profesional yang mahu menolong agama Allah! Insya'Allah.

Sekian, wassalam.

No comments: