Tuesday, December 4, 2012

Home Visit, Lectures, Spiritual Void, Rinduku

Assalamualaikum.


Banyak jugak benda nak cerita ni. Ahah. Baca je lah yer kalau ada masa.


Kat wilton shopping centre..


2nd time home visit..

Hari ni pergi visit patient kat rumah dia lagi. Oh sebenarnya 20 minit jugak lah jalan kaki pergi rumah dia. Sampai je kat rumah patient, wife patient tu ingat lagi nama aku, "Noreenn". Amboi, kemainn kan nama Irish aku, haha. Dia ingat nama aku, tapi lupa nama partner home visit aku. Macam biasa lah, I just let my partner untuk tanya soalan bla bla bla, sebab soalan aku nak tanya, dia dah tanya. And I don't mind he lead the session pun as long as sama-sama dapat maklumat.

Okey, malas lah nak cerita pasal condition patient. cuma nak cerita informal conversation kitorang. Sembang pasal next week exam, pasal cuti winter. Seronok lah cerita nanti nak gi Berlin, nak gi Istanbul and sempat lagi cerita ada Muslim winter gathering kat Glandelough nanti. Pastu pakcik (the patient) tanya la pasal hows christmas celebration kat Malaysia.

Aku just jawab celebration kat Malaysia tak semeriah kat sini. Sebab malaysia kebanyakannya Muslim. And I'm Muslim and I dont celebrate christmas. Lega. Lega sebab at least aku ada cakap pasal Islam walaupun sekecik itu je. Sebab aku rasa tak puas hati kalau tak dapat cakap pasal Islam sebesar zarah sekalipun.

And reaction pakcik tu, "So, you are a Muslim?". OMG. Nampaknya lepas ni aku tak boleh expect semua orang tahu religion kita walaupun kita bertudung. Ohoi~  And so pakcik tu sambung cakap, dia kata kat Turki ada mosque, Blue Mosque, you should visit that place and bla bla bla.


view from 3rd floor western gate building..


Tak efek apa pun tak pergi kelas doe...

Aku manusia biasa, and bukan kuasa aku lah nak kata ponteng kelas dengan sengaja itu dosa. Mungkin lah aku skema dalam bab-bab attend kelas ni. Bukan nak bajet skema or bajet baik, boleh kira dengan jari kot berapa kali aku sengaja tak pergi lectures Malaysian Studies/Islamic Studies. Sebab aku rasa kesian kat cikgu, kat lecturer kalau aku tak datang kelas. Sebab aku rasa macam satu kesalahan besar kalau tak attend kelas tanpa sebab yang munasabah.

Katakanlah dalam satu hari tu, kita ada satu je kelas. Kita rasa macam malas gaban nak gi kelas, fikir balik lah, setiap langkah kita menuju ke kelas untuk menuntut ilmu tu ada ganjarannya. Meskipun kita fikir, dalam kelas kita takleh fokus pun, tapi at least we make effort untuk hadir ke kelas jugak. And itu memang tanggungjawab kita as pelajar pun, attend lectures. Fokus atau tak, itu perkara kedua.

Dan soal berkat. Berkat ni benda yang kita tak nampak. Mungkin berkat kita tak pernah miss lectures, Allah permudahkan kita dalam periksa, itu kita tak tahu. Mungkin orang lain struggle nak score exam, tapi Allah permudahkan seluas-luasnya untuk kita score exam. Kita tak pernah tahu.

And masa sembang dengan home visit partner, dia kata, kalau sekali kita miss kelas, we will tend to miss kelas and miss lagi. Jadi, hadir lah ke kelas. Mana tahu boleh mati syahid menuju ke kelas untuk menuntut ilmu ke. Kita tak pernah tahu.


Spiritual Void...

Pagi tadi sambil breakfast layan NAK kejap. Oh my, sometime memang rasa macam apa yang dia cakap. Kita sibuk buat kerja jemaah, sibuk buat halaqah, sibuk buat kerja amal, tapi bila kita solat, kita susah nak rasa kemanisannya. Sebab apa? Padahal kita dah banyak buat benda baik. Ada masa bila kita bersendirian, kita selalu buat benda untuk keseronokan diri kita, contoh macam main games, tengok video tak berfaedah kat utube. Kita tahu kita patut buat benda lain yang lebih berfaedah, tapi it is like we cant help ourselves to stop doing all those lagha things. Haih.

Jadi sebenarnya, kita ada dua servis yang kita kena buat. Pertama, provide service for others as in serve the community ( halaqah ke, kerja volunteer ke, etc). Kedua, servis untuk memantapkan diri sendiri. Dont know how to elaborate much on this, but I think korang faham kann?

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"- Surah al Baqarah ayat 44.


Cintaku tertinggal di Malaysia...

Sindrom nak exam lah ni. Homesick pulak. Terbayang-bayang kamu wahai Malaysia di mata ku. Rindu gila rumahhh! Huhhh. Berilah aku satu, keyakinan untuk, kekuatan untuk, kesungguhan untuk, untuk tinggal di bumi Eire and study medic,, sobs sobs sobs.



Mirahhh, how are ye???


I miss home so muchhh!!



Rindu ini satu penyakit. Sekian.

2 comments:

ainthanish mom said...

haha...kami ok2 sajer di msia...lorrr...sempat lg rindu2 an yek..ingat ke sibuk2 da x homesick da...ngee...:)

shknhssn. said...

betul Ain. musim2 exam laaagiii gaban homesick dia. haihh. All the best Cik Dokter! :)