Friday, May 11, 2012

Parenthood


Assalamualaikum.


Hai! Okey hari ni bukan nak cakap pasal topik kahwin macam hari tu. Haha. Sebab hari tu, kakak senior bagi link ni kat aku, terasa dua tiga hari. Ha ha.




So, nak cakap pasal apa? Parenthood. Atau bahasa melayu-nya bererti keibubapaan. Apa kes, anak pun takde lagi, dah pong pang cakap pasal parenthood? Ni gara-gara tengok KPOP (Kuliah Persatuan Orang Pencen) Ustaz Dusuki. Ya lah, dalam kuliah dia tu, mostly audiences kat masjid shah alam tu orang tua, ibu bapa lah. So, banyaklah advice dia bagi kat ibu bapa secara tidak langsung.


Antara advices yang aku sempat grab ialah :

*jadi pendidik, kena ada azam nak melahirkan generasi Quran 
*kalau hilang khusyuk, ertinya hilang ikhlas 
*orang mukmin buat persiapan menemui Allah 
*hilang ketenangan hidup kerana hilang agama 
*kena ajar anak2 ber-cita2 mati syahid (eg engineer mati syahid, doktor mati syahid) 
*kalau anak degil, suami degil, beli batu nisan untuk sedarkan diri yang kita ni akan mati 
*masa terbaik utk bagi nasihat pd anak2 : dalam kereta, selepas solat, sebelum tido 
*jangan ajar anak2 bercouple2, lebih baik bertunang, dapat pahala


Aspek keibubapaan ni penting lah. Sebab dah cakap pasal kahwin pong pang pong pang, dah ada anak, takkan takde ilmu didik anak pulak kan? So, kena ambil tahu. 


Disebabkan aku takde anak, jadi aku dah pesan kat kakak-kakak aku, suruh didik anak betul-betul sementara diorang masih kecik. Kalau nak tunggu besar baru nak didik, payahlah.


Jadi ibu bapa, bukan sekadar nak bagi anak-anak education, nak bagi makanan untuk perut, tapi kena bagi makanan rohani. Macam Prof Muhaya cakap, ramai ibu bapa melabur insurans untuk pendidikan and keselamatan anak-anak, tapi berapa ramai yang melabur iman dalam jiwa anak-anak? Soalan untuk ditanyakan pada diri yang bergelar ibu bapa. 


Kita tengok pun, parents sibuk nak anak-anak score dalam exam, sibuk hantar anak-anak tuisyen, sibuk nak anak-anak jadi doktor, engineer, ke apa ke, tapi selalu neglect pembinaan rohani anak-anak. Tak salah nak anak-anak jadi doktor, enginner, akauntan ke apa, tapi macam ustaz dusuki pesan, jadilah apa-apa asalkan ada cta-cita nak mati syahid. Sebab hidup seorang mukmin ni ada dua je. Hidup mulia atau mati syahid. Kita tak mahu hidup dalam keadaan hina. Kita tak mahu mati dalam keadaan kita tak beriman.


Sebab, seriau jugak bila ustuz dusuki cerita pasal kubur. Ustaz dusuki kata, kita duduk seorang dalam masjid pukul jam 12 malam pun dah kecut perut, ni bayangkan duduk dalam kubur seorang-seorang, menghadap tanah, dengan bau hanyirnya. Allah. Tapi kalau orang beriman, dia takut ke? Dia lagi gembira sebab nak menemui Allah. Macam Imam Ghazali, tiap-tiap hari cium kain kapan, and bertanya "bila aku nak pakai kain kapan ni?"


Jadi, takde anak tak bererti tak boleh aplikasi ilmu keibubapaan. Buat dengan adik kita kalau ada adik. Kalau ada anak buah ramai macam aku, boleh try kat anak buah. Kalau tak, kat adik-adik sepupu pun boleh. Ingatkan mereka untuk meng-Esa-kan Allah. Ingatkan, kita bukan hidup sekali, tapi dua kali. Sekali di dunia, dan selamanya di akhirat either syurga or neraka. 


That's all. Tapi seriously, aku rasa topik keibubapaan macam best untuk dipelajari. Ingat, anak-anak itu investment. Mereka anak yg soleh lah yang akan doakan kita, bila kita dah tiada. 


Last but not least, aku dedicate lagu ni pada yang bergelar isteri dan bakal bergelar isteri.





Sekian, wassalam.

2 comments:

Durrah said...

Well-said Ain! =D

Yasmin Yahaya said...

haha.. mmg betul. tp asik ckp psl kahwin je ko ni.. haha..