Thursday, February 9, 2012

Kita Lah Transformers


Assalamualaikum.


Serius, takde benda penting pun nak cerita. Ada banyak urusan luar rumahtangga dan urusan dalam rumahtangga yang kena diuruskan. Cewwah. Bahajet gila. Oh, ada adik anonymous mintak cerita pasal tips interview and ielts. Oh akak sebenarnya takde lah terror mana, boleh je nak cerita guna youtube, tapi disebabkan kekangan masa, tak dapat nak buat dalam minggu ni. Minggu depan, inshaAllah.




So, for today, untuk korang yang ter-singgah blog aku, aku cuma nak tanya or trigger korang, kenapa kita kena transform diri? Kenapa kita kena berubah? Berubah macamana? Baik ke jahat? Atau jahat ke baik?


Adakah kita rasa kualiti diri kita ni dah cukup bagus untuk kita remain the same?

Ataupun kita rasa, alaa buat apa nak jadi baik sangat, jadi baik biasa-biasa aje sudah. Takyah lah, aku nak remain jadi diri aku je. Fuhhh.

Tahukah korang, syurga Allah tu pun ada macam-macam peringkat. So, terpulanglah pada kita, kita nak masuk syurga yang paling tinggi darjatnya, ataupun just nak cukup-cukup makan je.


Teringat kisah sahabat nabi, yakni Hanzalah. Pada suatu ketika, Hanzalah berkata, bahawa semasa dia menghadiri majlis ilmu, dia rasa imannya tinggi, pastu bila dia pergi kerja semua, dia rasa imannya turun and dia cakap dengan diri sendiri, "hanzalah dah jadi munafik ni,". Pastu Abu Bakar terdengar lah bicara Hanzalah. And Abu Bakar pun rasa macam Hanzalah rasa. So, mereka berdua pun pergi menemui Rasulullah.  And Rasullullah pun explain bahawa, kalau iman kamu sentiasa tinggi, malaikat dah bersalaman dah dengan kamu berdua.


Jadinya di sini, iman kita tu memang ada naik, and ada turun. Jadi, apa yang kita boleh buat ialah berusaha lah sentiasa meningkatkan iman. And kat sini, rasanya boleh relate lah, kenapa kita kena berubah ke arah yang lebih baik, kenapa kena berusaha meningkatkan iman.


Sekian sahaja. Wassalam.

ps: Ayat Quran seperti tertera di poster. :)
ps2 : maaf kalau kisah hanzalah tu ada lacking kat mana2.

No comments: