Sunday, December 4, 2011

Skills Mendidik Anak-anak?

Assalamualaikum.


Pagi tadi, sambil aku study medical english, aku dengarlah ceramah ikim prof muhaya. Aku kan sangat kagum dengan beliau sejak akhir akhir ini. Beliau kata, bila kita baca buku ke, ataupun menghadiri ceramah yang memberi manfaat, kita share lah dengan orang, supaya orang lain pun turut sama tahu. So, hari ni, aku nak share lah sedikit rakaman ceramah beliau.


Ada seorang pemanggil wanita telefon. Beliau seorang ibu. Dia cerita lah anak dia dua orang, seorang boy and seorang girl. And anak dia sejak kecil di hantar ke sekolah aliran cina. Well, you know aliran cina kan power. Aku pun macam berminat je nak tahu kenapa lah budak sekolah cina ni pandai sangat. Will google about that, later.


And si ibu ni mengakui lah, di sekolah aliran cina, pendidikan agama itu sangat kurang. So, si ibu dengan si ayah, sama sama pakat untuk mengajar sendiri anak diorang cara solat, mengaji Quran. The problem arise, when si anak dua orang ni, bila masa mengaji, menangis, mungkin sebab kena tegur oleh si ayah kerana bacaan kurang betul, barangkali.


So, dah menangis, camna nak continue mengaji? And then si ibu and si ayah ni pun discuss semula. Fikir strategi macamana nak ambil hati si anak anak untuk mengaji Quran. And next time bila mengaji, si ibubapa ni cakap,


"okey hari ni kita ada majlis tilawah al Quran. kita ada abang dari chelsea, adik dari kuala lumpur, jadi dijemput dr dan prof untuk memperdengarkan bacaan Quran masing masing,"


Masa aku dengar cerita pemanggil tu, oh cool gila cara nak ajak anak anak dia so that anak anak suka mengaji Quran.


And benda lain yang terpop-up dalam otak aku masa tu, oh kahwin bukan just sebab oh i love you, you love me, but tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan itu sendiri. Kahwin bukan sekadar tanggungjawab suami cari nafkah, tanggungjawab isteri sedia makan minum, tapi more than that, which is, mendidik ahli keluarga jadi insan berjaya.


Atau lebih spesifiknya, skill mendidik anak anak. Mendidik? Mendidik bukan sekadar pergi hantar sekolah, bagi pelajaran, tapi harus didatangi bersama dengan didikan jiwa atau rohani anak anak itu sendiri. And kenapa malaysia banyak masalah remaja sekarang ni, sebab parents sedikit lalai dalam memberi didikan rohani pada anak anak.


Oh come on! Who are you to talk about mendidik anak anak. Kahwin pun belum, anak pun takde. Well well well, actually aku rasa tak salah kalau nak ambik tahu benda macam ni, and mungkin selain belajar cara cara nak memasak, haha, harus juga belajar cara cara mendidik anak anak. Takkanlah anak dah umur 20tahun, baru nak terkial kial nak tahu cara mendidik anak anak?


Okeylah, anak anak itu mencerminkan siapa ibu bapanya. So, korang tahu ibu bapa korang soleh and solehah, tolonglah sama sama jadi soleh and solehah. Sekian, wassalam.


- Posted using BlogPress from my iPenyayang

2 comments:

nazrinafifi said...

giler ahh kau...

Norain Ishak said...

nazrin afifi, apa yang gila?hehs.