Thursday, December 8, 2011

CP Dating

Assalamualaikum. Sorry, galak benar nak update blog. Hehe. Sesiapa yang khusyuk baca belog aku, mesti ingat aku pernah cerita aku dapat 2nd honour untuk paper clinical science and practise aku or famously orang panggil CP. Dan 22 orang je dapat 2nd honour, and seratus something dapat 1st honour and balance balance tu ada yang pass and ada yang fail. Memang down lah, tapi down down pun bukan boleh settle the prob pun.


So, minggu lepas robert gaffney yakni lecturer yang kacak walaupun rambut dia macam dan beruban sikit untuk CP offer lah siapa nak buat appointment dengan beliau. Aku apa lagi, hantar email lah kat beliau nak buat appointment. Jadi sekarang ni aku baru je balik dating dengan beliau.


Seronoknya dating, lalalalala. Before turn aku pukul 9.30am tu, ada student malaysian gak. Bagus betul malaysian students kat cork ni kan?


Pertamanya seronok sebab mencapai lah misi aku sebab nak tahu soalan apa yang aku slack. Hari tu ada 15 soalan mcq. Aku jawab 11 betul and 4 salah. Banyak salah so kena tolak markah lah. Tadi bila check balik soalan, alahai soalan tu senang tapi mungkin masa exam aku ni pemikiran complicated sangat, so tak dapat jawab soalab tu dengan betul. Tu contoh, kalau study bagai nak rak, tapi kalau Allah taknak tolong, taknak bagi hidayah jawab betul, memang salah lah kita jawab. Sebab tu usaha harus diiringi dengan tawakal. Masa kat dewan exam tu, ilmu yang kita ada semua Allah pegang. Kalau nak bagi kita jawab betul, betul dan sebaliknya. Jadi kebergantungan kat Allah sangat penting! Barulah jadi hamba-Nya yang coool.


Lepas tu aku tanyalah soalan cliche tapi taklah cliche pun. Tanya macamana nak belajar CP dengan efektif? And gaffney kata before masuk kelas, tengok learning outcomes. Bila encounter dengan terms yang kita tak tahu, kena baca lah pasal terms tu from reference book ke or search internet ke. So, that bila datang kelas CP, kita boleh grab more informations.


Ermm aku buat macam tu jugak tapi mungkin kurabg keikhlasan sebab tu ilmu susah nak dapat kot. Gaffney kata lagi buat notes sikit sikit before and after kelas CP. And then train otak untuk active learning. Pastu kena train otak generate thoughts. Maksudnya macam okey apa itu supraventricular arrythmia and bla bla bla. Kiranya kena banyak bersoal jawab dengan diri sendiri lah.


Ya, itupun aku rasa harus kena aplikasi dekat subjek lain jugak. Sebab zaman belajar medik ni bukan belajar nak pass exam semata je, tapi knowledge tu later kita kena apply. So, for those yang masih study sebab nak pass exam, it is not too late to change the way we study.


Sekian, rasa lega hari ni sebab dapat jumpa gaffney. HAHA. Beliau seorang yang caring dan pandai ambil hati student. Eventho aku dapat 2nd honour dia kata you're doing grand, doing good. And paling best sekali, dr gaffney kata "malaysian students this year are very impressive,". Ameen. Hope semua akan grad dengan jayanya dalam tempoh lima tahun untuk meramaikan cerdik pandai Islam.


Orite, moga bermanfaat. Wassalam.

2 comments:

Amierah Nabillah said...

suka yang last part tu; apa yg dr gaffney ckp. rasa bangga sebentar hehe :P

Saya Piya said...

apasal ha aku tekan button like dia tak de respon da berkali reload nih.. die mcm seolah2 hanya berada di situ sbg imej hiasan smata2. adakah hnya aku punya prob??