Wednesday, November 30, 2011

Ucapan Hari Lahir Untuk Emak


Assalamualaikum.


Apahal pagi pagi dah update blog? Hari ni besday mak aku lah, haruslahhh! Pukul 3.30pm waktu malaysia aku call mak aku bersamaan pukul 7.30am waktu ireland. Ucapan aku ringkas je, 
"Selamat hari lahir yang ke-57 tahun. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, sihat lutut dan dan semoga mendapat menantu lagi seorang yang soleh, hehehehe"

Mak aku yang pink expert dalam pembuatan jelatah but aku tak inherit gene tersebut.


InsyaAllah nanti aku grad tahun 2016, mak aku dah 62 tahun. Agak berusia di situ sebab tu aku takde perancangan langsung nak buat intern dekat ireland after grad. Aku nak hidup kat malaysia di samping keluarga tercinta. Buat je lah housemanship kat malaysia tu eventho banyak momokan mengatakan buat housemanship kat malaysia kurang bagus and bla bla bla.


Aku tak ingat baca kat mana, tapi maksudnya kalau kita doakan ibu bapa kita murah rezeki, Allah pun murahkan rezeki kita. Jadi hari hari lah doa untuk kebaikan ibu bapa kita yang berlelah payah membesarkan kita yang agak besar ini.


Mak aku cun, gene itu pun aku tak inherit jugak.


Next, mak aku so far dah ada tiga menantu. Ada lagi satu korum lah yakni suami aku. LOL! Sebab tu lah aku doakan agar mak aku dapat lagi seorang menantu yang soleh. Ahah.


Aku orang last wish so far. Mak aku kata, memula ahfong, pastu aishah, pastu angah. Laaa memang lah, waktu si ahfong wish, aku tengah membuta kottt. Duhhh.


Rindu gila.


And then aku tanya mak aku, ayah tak beli kek ke untuk celebrate, and mak aku jawab apa, ayah kopek durian je. Sweeett gituuu. Kalau aku, aku nak suami aku kopek buah manggis untuk aku sebab aku sering mengalami kesukaran mengopek atau membuka buah manggis. Gedik lah aku rasa ayat aku ni. Eheh.


Ohhh i love my family so muchh! Eventho we are not swimming in money, but we are flying in loving atmosphere. Abaikan ayat omputih aku yang berterabur tu. 


This is aishah's family. Abang rizal, nabil yang muka macam Rain and husna and yang anak ketiga dalam perut ecah.


Oh semalam aku call aishah which is kakak aku yang third. Paling susah nak contact dia sebab dia jarang fb and takde skype pulak. Due date beranak anak ketiga dia esokkk! Haha, and semalam aku call dia still kerja. Bila entah nak beranak. Tak sabarnya nak anak buah yang ke-7! 


Okeylah, study lah. Wassalam. 

4 comments:

k adil said...

comel sgt family ain!!
nway, happy birthday mak ain~

AreHadi82 said...

happy birthday pn salmah..aku org ketiga yg wish la... arini bengkel kat luar..

Amanina said...

ainnn, aku pun nampak nabil tu macam muka rain. :D

Norain Ishak said...

kak adilah, insyaAllah nanti saya sampaikan ucapan kak adil kat mak.

angah, i see.

hanis, kan?hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...