Friday, November 18, 2011

I Don't Set The Fire In The Rain Bcoz I Play In The Rain

Assalamualaikum.


Pagi tadi, bangun dengan azam baru. Azam yang aku cerita dalam entry semalam. Masalah kecik je pun, adoi, apahal lak aku nak kecoh dalam blog. Buat orang menyampah je, tapi sabar je lah dengan aku okey. Aku suka cerita pasal diri sendiri. Bajet selebriti!


River Lee.


Entahlah, aku rasa aku takde rahsia dengan diri sendiri kot. Semua nak cerita kat blog. Simpan sensorang ni penat. Ya, memang lah kita boleh mengadu dengan Allah, but kadang-kadang aku nak share cerita diri sendiri, so harapnya orang ter-baca cerita aku, boleh lah ambik iktibar. Agak pelik, bila ada orang kata entry semalam best. Padahal aku rasa macam "apabenda lah budak ni cuba sampaikan?". Ya, semua orang ada perpektif masing-masing.


Hari ni,lepas zuhur, aku pergi town sensorang. Malas nak ajak tipah, sebab dia dah lah busy minggu ni, kasi time lah dia rehat sensorang dalam bilik. Haha. Sweet kan aku? LOL! Dah lah hujan kot. Aku redah hujan jalan kaki pergi town. Lebih kurang 15minit jugak lah kesejukan dalam hujan renyai tu. Tapi, aku rasa seronok!


Seronok sebab dapat main hujan. Rasa nak bukak je raincoat aku and menari-nari tengah jalan raya. Tapi, aku waras lagi lah. Nak kena masuk Cork University Hospital ke menari tengah jalan? Duhh.


Ermm, aku seronok sebab, aku rasa sebab, otak aku dah ringan sikit sejak berazam untuk menyinglekan fikiran aku. Aku rasa bebas. Entah, susah ah nak describe rasa seronok and happy itu.


Oh pergi town sensorang pun syok jugak. Sebab ikut suka kaki kau je lah nak masuk kedai mana. Rasa macam aku lah the only international student kat situ. Ah aku jeles dengan zuli. (Jangan bangga lah zuli aku mention nama kau dalam entry hari ni). Duk aberdeen yang international studentsnya sangat sikit. Mesti dapat lebih berdikari, lebih berani. Jeles sangat.


Papepun, ain sila lah percaya, ada hikmah Allah letak aku kat sini. Aku je lah yang kena carik hikmah tu.


Oh nak jugak letak video matluthfi yang terbaru. Aku tengok pagi tadi. Haha. Sempat lah nangis. Aku rasa inilah video dia yang paling berisiii! Menyentuh sanaubari, gua cakap sama lu okey. Jadi, pergi ah tengok. Ingat aku saja-saja letak link ni?





Okeylah, aku nak cerita tu je, nak cerita aku suka main hujan hari ni. Rasa coolll! Sekian, take care and wassalam.

5 comments:

ainthanish mom said...

salam...

tak jauh ke jln kaki ke town?
anyway, take a good care makcu...

mira n thaqif just started their school holidays today..mira completed her stdrd 2 dgn sederhananya..dapek no 11/35..but we(me n abglg trust that she can b polished) to make better n better...

pesal citer2 ko sounds mcm frust je doe..relex lar..enjoy your study time..single mingle time..trust me...COOL..........

Norain Ishak said...

ahfong, haha.mana ada frust doe.it just the matter of when u try to ignore somebody yg sebelum ni kita ambik tahu. tak jauh pun dr apartment aku pegi town. ala chillax.aku masa skola rendah tak excel pun.just keep give them support.

ainthanish mom said...

hahaha...tu la pasal...aku really hope she will improve time to time...ye ler..jeles gk aku dgr mmbr2 aku anak dpt no 1 la..no 2 la...tp bila ku kenang2 zmn2 aku dulu..ok la, give her some times to improve..

ko ni byk no play with da emotion...relex (relex je ayat aku..)..bare in mind ;

i) ramai org bcita2 nk g obersi..x dapek..n yet..ko dapek..so, enjoy the moment there..homesick sesikit tu dont mind la..but pls make sure it will not affect your study..

ii) ramai je org msia kt obersi tu doe...lg lama dr ko pun ada...pakcik aman tu ha..duk sudan brp lama...hehehe..far away from family...

iii) 5 thn jer..pastu duk sgt la ko kek jolobu tu...kojo kek klinik kesihatan dpn umah cik aris tu haa...hahaha

pe lagi..nanti arr aku sambung...

byk lg tarbiah aku utk ko nih...

hehehe

AreHadi82 said...

bestnye ain ko jenjalan kaki sengsorang..
cool doe...aku pun teringin...
tp ko ni mak suk gi klawang sorang2, takde maknanya ko nak kan... ehehheh...:-)

Norain Ishak said...

klawang panas dowhh. HAHA.