Friday, July 15, 2011

Cerita Kem Bina Negara

Assalamualaikum.


Selesai Kem Bina Negara yang di mana sebelum aku pergi, aku teruja gila nak pergi. Teruja sebab nak jumpa budak-budak ky mara yang lain lah. Jadi kiranya dah selesai lah hajat nak lepas rindu dengan sahabat sekyuem. Alhamdulillah.


Hari ni, bukan nak cerita kena brainwashed, bukan nak cerita kena pergi "sokong" government ataupun pergi "benci" pembangkang. Cuma nak cerita apa yang aku dapat selepas ber-BTN selama 5 hari 4 malam.


Antaranya, bersemangat untuk menjadi warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada negara. Sebelum ni, persepsi aku just fikir, nak belajar tinggi-tinggi untuk masa depan diri dan keluarga, tapi kurang terfikir pun untuk bagi something for the country. Maknanya, memberi sumbangan yang dapat memajukan negara selangkah ke hadapan lagi. Jadi, ayuhlah berilah sumbangan!


Pastu, belajar berada di luar zon selesa. Waktu ceramah, best lagi lah sebab still dapat duduk dengan kalangan budak mara kyuem jugak. Tapi bila time LDK, haha, masa dah dapat tahu group LDK, memang rasa resah gelisah jugak lah. Resahnya pasal aku seorang je budak ky dalam group aku. Pastu fikir ahhh camna lah nak adapt dengan diorang yang lain.


Yang tak boleh blahnya, budak ky lain, dalam satu group tu ada tiga empat orang budak ky. Group aku pulak aku seorang je budak ky. 


Aku kumpulan 3 : 
MSU : Shahirah, Amalina, Mizi (fly to india, medic,19)
UniKL MeStech : Nada, Liyana, Azry, Anis (fly to jordan, dentistry or medic,19)
Notts Semenyih : Jacinda, Shiao Ling, Loo Jung Min (fly to notts uk, pharmacy,20,21,22)


Tapi ada sesuatu yang best bila tak berada di luar zon selesa. Maksud aku berada di luar kelompok budak ky, di mana tahap keyakinan diri tetiba meningkat. Eheh. Sebabnya, groupmates yang lain tak kenal kita macamana, jadi time tu jugak boleh ubah personaliti diri.


Dan yang paling berharga adalah, polish skills untuk bergaul dengan mereka yang kita tak biasa. Skill communicate dengan orang yang kita baru jumpa. Jadi, insyaAllah, kalau dapat fly ke Ireland, aku taknak lah pergaulan terhad dengan sahabat-sahabat sesama ky sahaja, tapi juga dengan budak kolej lain dan Irish jugak. Kalau mereka Irish ada budaya yang baik, tak salah kita nak ikut en.


Impak yang paling besar ialah, rasa kekonfidenan itu meningkat berganda-ganda bila buat aktiviti LDK dimana boleh gunakan skill tersebut. Aku yang jenis malas nak bercakap kalau jumpa orang aku tak biasa, tiba-tiba jadi banyak cakap pasal nak dapat skor cemerlang for LDK. Jadi lepas ni, kalau rasa macam kurang konfiden berhadapan dengan orang lain, boleh ingat yang aku perlu dapat skor cemerlang ni! Hoho.


Dan dalam banyak-banyak hari di Kem Kuarters KLIA, masa paling aku enjoy malam keempat, yakni malam terakhir di Kem tu. Haha. Persembahan lagu patriotik. Group LDK aku dapat lagu wawasan 2020. Kitorang sanggup laa datang awal time LDK sebab nak practise.


Yang paling seronoknya, group aku menang tempat pertama. Yehaaa! Walaupun tak dapat hadiah pun, tapi suatu kepuasan sebab dapat membuang sikap shy-shy cat yang sometimes agak mendalam dalam diri ini. Haha. Aku rasa lah, budak girls ky pun pelik tengok aku yang macam tak suka mengexposekan diri, tiba-tiba malam tadi jadi suka mengexposekan diri pula. Hehe. Wawasan 2020!


Recap persembahan :

Bendera berkibar di angkasa (azry)
Lambang negara gagah (liyana)
Rakyat sepakat sehati sejiwa (loo)
Tekad berbakti dengan megah (anis)

Hadapi cabaran masa muka (ling)
Penuh tenaga murni (jacinda)
Bakti dicurah searah sehala (nada)
Dengan wawasan yang suci (aku pulak,,perhh dapat chance nyanyi satu rangkap sorang memang bestt dooeee!)

Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rata dirasai
Bersama kita nikmati

Wawasan 2020 (sila buat tanda peace and bulat guna tangan yaa)
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakannnnnnnnnn!


And ada lah gimik kononnya dah habis nyanyi. Actually kami pause kejap kasi budak group lain tepuk tangan dulu. And then sambung chorus. Hehe. Pastu buat tangan kiri aku pun menyenget buat bentuk love dengan nada. Ahhh awesomeee lahh. Maaflah terpuji kumpulan sendiri lelebih.


Kesimpulannya, dua elemen penting yang aku dapat ialah, beri sumbangan pada negara dan sentiasa yakin akan diri sendiri. Macam orang selalu cakap, what are what we think. Bak kata Ustaz Hasrizal pula, erti hidup pada yang memberi. Di sini aku melihat apa yang dapat kita beri kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.


Sekian, wassalam.

1 comment:

latifah said...

kowg amek gambr x last2 tu ? ke tros blk je?