Thursday, June 16, 2011

" Perlu pakai cantik-cantik ke?"


Assalamualaikum.


Pada suatu hari...


" Eh ain, annual sem dinner pakai baju apa?"tanya seorang sahabat.

" Perlu pakai cantik-cantik ke?"jawab aku. Hoho.


Pada suatu hari yang lain pulak, sahabat yang sama tanya soalan yang sama, cuma tukarkan annual sem dinner kepada awards day. And sahabat ni mimik ayat aku, perlu pakai cantik-cantik ke?


Aku memang tak minat nak bergaya, apatah lagi nak berfesyen. Aku suka gaya simple. Gaya yang orang tak perlu puji, eh smart doe baju kau, eh smart doe cara pakai tudung and bla bla. Jadi, maafkan aku sahabat, aku bukan jenis minat nak pakai baju cantik-cantik dan berfesyen tren semasa. Baju simple sudah.


Salah satu faktor yang buat aku prefer gaya simple sebab faktor kewangan. Maklumlah, family sederhana je. Kalau nak pakai pakaian yang tak simple, sudah tentulah kita perlu mempunyai sumber kewangan kan. 


Jadi, sebab dari zaman kanak-kanak lagi, mak aku tak bawak sangat aku pergi bershopping baju, dan ayah aku pun jenis tak suka teman mak aku pergi membeli-belah, maka aku dicorak menjadi anak perempuan yang tak minat bergaya dan bercantik-cantik.


Faktor lain, mungkin aku ni tak berapa nak ikut orang sangat. Means that kalau orang pakai macam ni macam tu, aku takde lah nak follow dia pakai macam tu macam ni. Sebab aku rasa aku akan jadi buruk kalau aku follow cara depa pakai . Tapi depa pakai nampak okey lah.


And the most important factor, pakai simple, buat aku lebih confident dengan diri sendiri. As long as kita diri sendiri suka apa yang kita pakai, indirectly ke-konfiden-an itu ada sekali. Jadi, just be yourself!


Oritelah, suppose this evening ada piknik dengan diamonders. Solat asar dulu derr. Sekian, wassalam.


p/s-aku memang old-fashioned. so, who cares?

4 comments:

Ryan Ervan said...

yg penting, we like what we wear and confident je. simple is better..

Hanis Amanina said...

sep2 :D

Unknown said...

nice post.. blogwalking n following.. do give me a visit sometimes yea.. =)

Norain Ishak said...

aman,

yeah.less is more~

hanis,

sep2 balik.

nikky,

thanks for ur visit~~