Wednesday, June 15, 2011

Best Gila Armanee Terrace Damansara Perdana


Assalamualaikum.


Rancangnya hari ni nak lepak dekat chalet je, kononnya nak khatamkan nota-nota islaimc studies ustaz malikie lah. Tapi kita hanya mampu merancang, tup-tup dengan izin Allah, hari ni aku keluar dari ky. Yehaaa!


Pukul 9 lebih macam tu masa nak pergi sign invoice mara kat account department, erna pulak tetiba ajak pergi visit rumah madam zaharah dekat damansara. Memula rasa macam malas nak pergi sebab nak kena mintak sign lagi. Tapi sebab chaletmate aku najwa pergi, aku pun nak pergi jugakk!


And naiklah kitorang sepuluh orang dalam van ky. Semua students madam zaharah, cuma aku and shairah je bukan students dia. So, agak segan di situ. Tapi buat-buat tak segan lah. Hoho. 


laila, najwa and erna ditangkap atas tuduhan menceroboh rumah madam zaharah

nasi goreng kampung yang berjaya dihabiskan


hijau pemandangan madam zaharah setiap hari

random

segmen sembang-sembang

Masa mula-mula sampai tu, aku ingat rumah madam zaharah just kondo biasa, sekali, fuhhhhhhhhhh! Best gila  rumah dia! Penthouse kot nama jenis rumah dia tu. Ala, rumah dua tingkat dalam kondominium tu. Serius cun gila! And aku sangat gayat! Sangat!


Pastu sembang-sembang lagi dengan madam zaharah kononnya macam aku students dia pasal harga rumah dia. Harganya, wowwww! RM 600 thousand something-somethings. Itu tak tahu lah tahu bila dia beli. Entah sekarang dah sejuta dua juta ringgit dah kot. Duhhhh!


So, aku pun tetiba dah terpikior nak beli rumah macam madam zaharah. Best gila gila lah. Tapi mana pulak nak cekau duit membelinya? Semoga Allah murahkan rezeki saya dan bakal suami saya untuk beli rumah tersebut. LOL!


Pastu kondo tu siap dengan kolam, dengan kedai makan lagi. Madam zaharah belanjaaaa! Memang kenyang perut hari ni makan kampung fried rice dekat splash cafe. Sedap pun sedap, banyak pun banyak. Sampai aku dah konfius perut aku sakit sebab sengkak perut ke atau sebab makan rendang ayam masa wida' hari tu.


Dan selesai sembang-sembang, say goodbye. And kitorang sambung journey ke One Utama. Ahh bosan gila OU. Barang dah lah tak famous, tapi mahal. Aku just pergi beli roti boy dengan masuk cold storage je untuk beli makan-makan for piknik akak-akak diamond.


Dah ar. Malam ni ada makan-makan lagi sempena farewell party house diamond. Pastu nak kena stay up plak study islamic. Duhhhh. Memang minum nescafe lahhh malam ni! Esok pagi rehearsal awards day pulakkk. 


Orite, sekian wassalam.

2 comments:

latifah said...

menyesalnye xg!!!!!!!! arghh..rindu madam zaharah sgt2! sob2....=(

Norain Ishak said...

tipah, haha.rugi ar tipah.dah la aku yg pegi,mesti seronok~