Sunday, March 27, 2011

Mesti Mau, Mesti!

Assalamualaikum.

Cuti dua minggu dah berlalu. Nak kata kiasu gila tak lah. Sebab just imagine during the second week of holiday, pukul 1pm cerita safa and marwah, pukul 2pm cerita sejuta cinta marsyanda, pukul 3pm cerita marimar, pukul 4pm cerita encantadia, pukul 6.30 cerita kejora dan bintang, pukul 7.23pm cerita smile again.

Tahu, rasa macam wasting time gila, tapi hati kan pandai berdalih, alah kat ky bila masa nak tengok tv. Hehe.

Kebiasaannya bila time cuti, ada gak idea nak buat cerpen, but this time, takde idea setiap kali hati berdetik, ah ain, bio pun tak khatam nak buat cerpen konon, pigi dahhh! So, kalau ada idea pun, terbantut je nak tulis.

And, cuti 2 minggu ni banyak gak lah orang yang dah lama tak jumpa. Paling tak best bila jumpa orang kata, aku dah berisi. Ye ke? Haha. Makan kat ky tu sedap sangat, mana boleh tolak. Pastu duk rumah, duk depan tv je, bergerak kat laman rumah je, mana bakar lemak. Aku pun dah tetiba jadi ObesPhobic ni.

Pastu cuti ni pun tak update langsung status kat fb. Tak tahu nak update ape. Diam bajet kiasu je. Padahal banyak past papers lagi kena buat. Tapi tu lah, aku cuak tu cuak juga lah. Tapi tak sampai stage tension stress ke apa. Nikmat ni kalau tak rasa tensi.

So, macam biasa, goodluck semua. Sebagai muslim, ingat tawakal kat Allah selepas kita berusaha. Usaha sama-sama ok.

Orite, aku nak dedicate satu lagu. Suka aku mendengarnya tiap kali iklan kopok tu.

Pesawat - Mesti Mau

Yang ku mahu hanyalah kamu(padre amoroso & tokey kambing)
Bersamamu selalu

Walau jauh kau menjelajah alam semesta
Ku tahu jawapannya
Walau apa jua rintangan yang melanda
Kita sudah siap sedia(siap untuk final exam april & may)

Luahkanlah isi hatimu(isi hatiku kot)
Agar kita bersama
Kuatkanlah pendirian
Bila kita hadapi dunia

Yang ku mahu hanyalah kamu
Bersamamu selalu whoa oh
Jauh jelajah kau kelana
Kita kan tetap bersama

Bila lidah hakimi ketika berbicara
Engkau tak perlu gusar
Ku kenali warna hatimu yang sebenar
Tak usah pura-pura

Cekalkanlah isi hatimu
Hadapi dugaanNya
Kuatkanlah pendirian
Agar dunia milik kita bersama

Haha. Sekian, wassalam.

2 comments:

M. Faiz Syahmi said...

berapa kali tukar nama blog daaaa...

Norain Ishak said...

haha.bosan lah plak tengok tajuk yang same.