Thursday, March 24, 2011

Lagu Darjah Enam

Assalamualaikum.

Apa cer weyh? Apa cer? Ni nak cer pasal lagu Darjah Enam. Pernah dengar lagu tu? Mesti tak kan. Mana wujud lagu tu. Cuma yang aku nak cerita ni ialah lagu-lagu masa darjah enam dulu. Kenapa darjah enam eh? Entah lah. Mungkin first time jadi senior kat sekolah. Sekolah rendah je pun.

Tapi saat paling rasa ke-senior-an tu bila ada ribut berlaku kat Alam Shah. Sekolah Rendah Sultan Alam Shah Petaling Jaya ya rakan-rakan. Time lepas ribut tu, senior-senior darjah enam pun tolong tenangkan adik-adik darjah satu yang tengah cuak baba. Rasa macam heroin betul time tuh. Hehe.

Okey berbalik pada lagu. Masa aku darjah enam tu, dua lagu yang kalau aku dengar balik, aku akan cakap, ni lagu time darjah enam nie. Lagunya ialah :

"..Satu dua tiga dan empat tiada apa ku dapat bersamamu hanya penat. Mereka bisa berkata apa kerna tidak merasa beban terpahat di jiwaku sungguh menyeksa ku terpinga-pinga aku dalam dilema kamu kamu kamu kamu bla bla bla bla bla. Khayalan menjelma ketika fikiran melayang menjauh mengenangkan mu. Bla bla bla..."-Khayalan by Ruffedge.

Lagu ni time 2003 tu, memang meletop lah. And memang aku ingat gila lagu time hari perpisahan di mana kitorang tidur kat kelas. Malam tu ada game kotak beracun. Bila aku dapat kotak beracun, kotak tu suruh aku nyanyi miming lagu Khayalan. Bantai je lah miming. Tapi apsal miming, aku kalau boleh nak nyanyi kuat-kuat je. Haha.

Lagu jiwang pun ada masa darjah enam. Biasalah budak-budak baru nak naik. Zaman-zaman crush sana crush sinun. So, bila terkeluar lagu ni dekat radio, wah wah, tetiba nak mengimbau memori zaman lampau.

"..Kenangan manis kau dah aku, takkan terhapus, duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia. Sayang-menyayang cinta dikenang perasaan menjadi rindu, wowowo..."

"...Lihat diriku yang kehilangan tanpa kasihmu sayang siapalah aku. Sayang menyayang saling percaya punca kasih berpanjangan.."

"...Mengapa kita haru bersengketa kerana fitnah dan salah sangka. Apa yang telah terjadi pada kenangan sememangnya aku tak pernah melupakannya..bla bla bla bla...."

"..Marilah kasih kita saling sayang menyayang. Kalau lah ada benci kita sandarkan pada kenangannnnn..."

Mak aihhh! Apsal aku rajin sangat ingat lirik and tulis panjang-panjang ni. Tapi lagu ni memang tak bosan kot kalau dengar banyak kali. Tapi tu lah, bila dengar je ingat zaman Alam Shah, bila dengar je ingat budak Alam Shah sekali. SK Sultan Alam Shah Petaling Jaya ya rakan-rakan.

Jap jap nak test memori aku. Budak-budak Alam Shah : Izzati Najib, Wan Izyan Hanis, Nadhirah Ismail, Nazratul Nazariah, Filzah Nadiah, Zudiana Rahim, Madihah Mahmud, Ilham Nabila Lokman, Nur Nabila, Nur Idayu, Nur Athirah Farah, Zurina, Shashariah, Tengku Eleanor, Nur Syuhada, Amirah Amir, Tania Kat-Lin, lagi siapa eh budak perempuan? Tak ingat dah. Budak lelaki? Sangkaran, Kanna, Arshad, Amzar, Amir Ariff, Fuad, Helmi Azzim, Fitri Nordin, lagi siapa eh? Tapi kira mantop jugaklah boleh ingat. Ingat pun sebab fren kat facebook, kalau tak, harammm lah nak ingat lagi.

Haa ni lagi satu lagu lama yang aku baru suka. Kumpulan Elite kot. Entah ar. Tak sempat nak google lirik dia. Lirik dia memang lah cintan cinton, tapi sesuai untuk golongan pelajar yang ulat buku.

" Semakin sering kita bertemu, semakin terpaut rasa cinta and bla bla bla.."

Semakin rajin tengok buku, semakin suka baca buku, tak gitu?

Sekian, wassalam.

p/s- (2011)-(2003)=(8)
p/s- 8 tahun yang lalu??What???????Sekarang umur aku berapa selepas 8 tahun dari umur darjah enam???

2 comments:

Izyan Hanis said...

kite sgt ingat lagu sandarkan pada kenangan uh, AMIR ARIFF (igt x?) die salu nyanyi lagu uh. hahaha


adoi. RINDU GILEEER!

Norain Ishak said...

iezy, larrr tak tahu ke budak tu buat a-level kat ky juge.tapi tak prasan la plak die suke nyanyi lagu tu dulu.