Tuesday, November 23, 2010

Marathon Lumba Basikal Di Lembah Beringin


Salam. Semalam adalah hari yang agak mereng. Malam tadi main UNO tension gila. Petang semalam sangat seronok. Buat pertama kalinya pergi cycling di sekitar Lembah Beringin or also know as Lame Bar Berry Inn. Huiyoo! Sila ucap tahniah kepada aku.


Para peserta marathon. Poyo doe.


Seingat aku, kali terakhir main basikal waktu form2 waktu tinggal dekat dalam UM. Lepas dah pindah rumah Pangsapuri, haram tak usik basikal. And hari ini selepas hampir 5 tahun, dapat lagi aku mengayuh basikal. Sangat excited ya.


Tujuan aku, Najwa, Laila, Dalila, Mas dengan Tasya pergi cycling cuma satu, yakni nak beli goreng pisang kat kedai makcik tu. So, kami pun bermarathon secara berbasikal. Dekat part jalan menurun, seronok lah laju. Part mendaki, gila sakit kaki sampai sekarang terasa.


Orite, dah kayuh punya kayuh mengharungi onak duri, sampailah kitorang ke kedai makcik tu. Mula-mula serang peti air minuman sejuk tu dulu. Atlet lah konon, minum air 100Plus. Pastu beli goreng pisang and lepak kat bus stop sekolah Lembah Beringin tu.


Sangat cool lah. Makan goreng pisang sambil menghirup udara segar. Sembang merepek sikit-sikit. Tapi sangat enjoy. Pastu mula lah klik-klik. Biasalah aku, fotogenik dan fotogedik. Eheh. Jangan annoyed aku nak mencapub gambar hari ini ok.


Lembah Beringin yang menghijau.


Marathon lumba basikal peringkat Diamond.


Terkenang kembali zaman lumba basikal kat Kg Awal dulu.


Kayuh jangan tak kayuh weyh.


Pulang ke KY semula.


Mas and Tasya sedang merempit.


Tasya cuba menyorokkan sampah beg plastik hijau dia.


Najwa menayangkan gigi beliau untuk menjadi model iklan ubat gigi.


Dalila dengan pandangan tajamnya.


Amboi mas, gembiranya dia.


Budak mana ni?!


Lala Chan! Terima kasih jadi tukang ambik gambar amateur.


Setelah makan-makan angin, balik lah ky. Parking basikal kat tempat asal. The end. Hari ni, diorang nak ramai-ramai serang swimming pool. Erm, aku insyaAllah boleh join. Haih. Tak tahu kenapa minggu ni budak-budak sengal Diamond suka sangat main-main. Tapi sem ni je lah nak main-main pun. Next sem siaplah aku jadi serius balik.


Okey, itu je update hari ini. Tension aku tak dapat internet kat chalet. Ni yang buat aku lagi galak main game Plants VS Zombie tu! Sekian, salam.


p/s-eh aku baru teringat, rumah aku kat Jelebu tu ada basikal anak buah aku la and aku ada main jugak.eheh.

2 comments:

Lala Chan said...

baru nak ckp gambar2 ni mcm kenal...tengok2, nah, gedabak punya muka terpampang..

thanks to Dalila yang share kat fb..=))

najwa karim said...

rindu.=(