Monday, November 23, 2009

Khaira & Khairul

salam evrybody...setelah sekian lama meninggalkan dunia penulisan cerpen merepek..aku kembali menulis untuk melepaskan gian aku..hhahah..so,kalo boring,bace la..kalo nak komen boleh..sekian..babai..

‘Yes..! Lepas ni takde kelas. Boleh lah rehat-rehat petang ni,’ bisik hatiku sebaik sahaja keluar dari dewan kuliah setelah satu jam setengah menadah telinga menyalin nota-nota subjek Malaysian Studies. Perutku tiba-tiba sahaja berkeroncong minta diisi, lalu aku membawa langkah kakiku ke cafeteria yang terletak di belakang dewan kuliah itu.

Aku duduk di satu sudut cafeteria setelah membeli dua biji karipap dan sekotak air Milo. Itulah kegemaran aku. Karipap dan air Milo. Kelihatan tidak ramai pelajar di cafeteria ketika itu. Ada kelas agaknya. Kuih karipap dikunyah berhati-hati. Air kotak Milo disedut penuh tertib. Menjaga keayuan lah katakan.

Sedang aku khusyuk mengunyah karipap sambil menyelak-nyelak nota Malaysia Studies, tiba-tiba datang seorang lelaki duduk di hadapanku. Aku tersentak. Khairul? Khairul pelajar ‘hot’ kolej aku sedang duduk di hadapan aku? Biar betul .

“ Hai, makan sorang je ke? Kenapa kau tak ajak aku?” Tanya Khairul selamba. Eh mamat ni, dah lah tak pernah bertegur sapa dengan aku, terus beraku kau pula.

“Kau tak suruh aku ajak kau pun,” jawab aku malas.

Khairul merupakan kuliah’mate’ aku untuk subjek Malaysian studies. Aku memang tak pernah langsung bersembang dengan dia. Segan nak berkawan dengan dia yang kononnya ‘hot’ sedangkan aku ‘cool’. Dalam diam, aku meminati dia dek kerana gayanya yang bajet smart.

“Lain kali makan ajaklah aku. Aku selalu nampak kau makan sorang-sorang. Sebab tu aku datang nak temankan kau. Haa, kuih karipap kau ni, bak sini bagi aku sebiji,” kata Khairul lagi lalu mengambil tanpa izin karipap aku.

“Karipap aku..!” jerit aku perlahan. Haish mamat ni, geram betul aku. Dah la datang tiba-tiba,lepas tu ngap karipap favourite aku pula. Memang nak kena bebel lah ni.

“Eh, kau ni siapa haa? Datang tadi tak bagi salam. Datang mengejut. Lepas tu curik karipap kegemaran aku. Kau nak apa sebenarnya ni?” balasku sedikit marah.

“Oh my God! Aku ingat aku dah cukup popular kat kolej ni, rupanya tidak. Wahai dik Khaira, nama aku Khairul bin Kamal. Sponsor Petronas. Bakal menjadi ahli geologi berjaya. Aku suka berkawan dengan semua orang. Disebabkan aku tak pernah bercakap dengan kau, aku nak jalinkan persahabatan dengan kau, “terang Khairul panjang lebar. Hampir tersedak aku dibuatnya ketika meneguk air Milo.

“Oh, macam tu ke? No probs,” jawab aku ringkas. Dalam hati, Tuhan je tahu bagaimana gembiranya hati aku pabila satu-satunya orang yang aku minat nak berkawan dengan aku. Namun, kegembiraan tersebut hanya tertahan dalam hati. Taknak dikatakan gayat pula kalau tiba-tiba aku melompat-lompat kesukaan.

Khairul berlalu selepas itu. Mana dia pergi? Ke dia nak test market je? Otakku mula ligat berfikir-fikir. Ah, lelaki memang semua macam tu. Ikut dan je. Kalau nak blah pun, cakaplah bye ke, selamat tinggal ke,ini tidak. Pergi macam tu je. Aku kembali membaca nota ku semula.

“Tadaa..! Nah ambiklah,” ucap Khairul sambil menghulurkan aiskrim Cornetto coklat kepada aku. Aku senyum pelik. Tiba-tiba datang bawa aiskrim. Mamat ni penuh dengan kejutan betul lah. Tak baik aku salah sangka dengan dia. Rupanya, dia pergi ke kedai serbaneka di sebelah untuk beli aiskrim ini. Aku menyambut huluran aiskrim dengan senyuman lebar.

“ Terima kasih. Aku suka aiskrim coklat sangat-sangat. Baru je ingat nak beli, tapi kau dah beli dulu, jimatlah duit aku,” kata aku tertib.

“Sama-sama. Aku tahu kau memang suka makan aiskrim sambil berjalan-jalan kan..?” kata Khairul lagi. Khairul seakan mengejek. Aku pula tersenyum malu.

“Oh, kau usha aku lah selama ni? Jahat. Curi-curi tengok orang,”kataku pura-pura marah.

“Hahah. Kau ni lawak lah. Eh, kau ingat aku tak tahu, yang kau pun suka curi-curi pandang wajah aku yang hensem ni kan? Kan? Haa, tengok tu, muka kau dah blushing, memang betul la tuh,”balas Khairul pula mengenakan aku. Sungguh. Memang kata dia itu benar. Aku kehilangan kata-kata. Malu gila.

Sebelum meninggalkan Khairul, aku mencalit aiskrim ku di lengan bajunya untuk membalas dendam.

“Suka hati mata aku lah,”kataku lalu segera berlari-lari keluar dari cafeteria. Khairul hanya tersenyum melihat tingkahku itu.


******************************

Pejam celik pejam celik, hubungan persahabatan aku dengan Khairul dan pun menjangkau 7 bulan. Memang seronok dapat jadi kawan dia. Khairul memang baik gila dengan aku. Selalu belanja aku makan dekat cafeteria. Lepas tu, kalau aku tak faham dalam belajar, dia lah orang pertama yang akan ajar aku. Gembira sungguh ada kawan yang pemurah macam Khairul ni.

Aku pun apa kurangnya. Kalau dulu Khairul bukan jenis solat jemaah di surau kolej, kini tabiat ke surau sudah jadi amalan Khairul. Kalau dulu Khairul liat nak pergi ceramah agama, kini Khairul pula yang mengingatkan aku tarikh-tarikh ceramah agama. Ini sebab aku yang selalu ajak dia solat di surau selepas tamat kelas.

Tapi, sehingga kini, aku masih diburu pelbagai tanda tanya. Hubungan aku dengan Khairul tak ubah seperti teman tapi mesra. Nak kata bercinta, tidak. Nak kata berkawan biasa pun tidak. Kawan-kawan aku masing-masing buat andaian sendiri kononnya kami ni pasangan kekasih. Tension aku bila mendengar tuduhan melulu mereka ni. Khairul pun satu, bila orang tanya dia hubungan kami, dia diam dan sengih macam kerang busuk.

Kadang-kadang aku terfikir juga, Khairul ni suka aku sebagai kawan ke atau sebagai kekasih hati. Aku nak tanya, tapi segan lah pulak. Taknak dicop sebagai gadis ‘over’, aku biarkan pertanyaan itu bermain-main di minda aku.

******************************

“Hoi!” tegur Khairul ketika aku sedang leka menyiapkan homework Mathematics pemberian pensyarah aku. Terkejut aku dibuatnya.

“Kau ni. Suka sangat datang mengejut. Nak apa? Junior-junior yang baru masuk tu takde aktiviti ke petang ni?” kata ku sedikit bernada merajuk. Memang merajuk. Khairul selalu sibuk sempena minggu orientasi junior-junior yang baru masuk minggu lepas sampai takde masa nak tanya khabar aku.

“ Aitt, bunyi macam nak halau aku. Lantaklah, aku nak kacau kau jugak kat sini. Oh pasal junior, minggu orientasi dah tamatlah. Tu pasal lah. Aku mesej kau, kau tak reply. Sebab tu aku cari kau kat perpustakaan ni.”kata Khairul sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah aku.

Aku hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Khairul. Tak tahu nak sembang apa dengan dia. Biarlah dia cari topik sendiri untuk disembangkan. Aku memang betul-betul rasa takde mood nak sembang.

“Kenapa kau diam je ni? Selalunya kau lah orang yang paling banyak cerita. Kau ada masalah ke? Ada soalan yang kau tak faham ke? Eh, bercakaplah, boringlah aku duduk dengan orang bisu ni,” kata Khairul lagi mengharap aku bersuara.

“Aku takde cerita lah. Semua soalan ni aku faham. Dan aku takde masalah pun. Cuma aku, cuma aku..”

“Cuma apa?!” Khairul memotong kata-kata aku dengan nada sedikit tinggi.

“Cuma aku bengang dengan kau. Aku jeles tengok junior-junior mengendeng-ngendeng dekat kau. Kau pula, sejak dah jumpa junior, dah tak ingat dekat aku. Dah habis orientation week, baru nak mesej aku. Bengang la aku. Macam aku ni tak wujud kau buat,” balasku dengan jujur. Sejak kehadiran junior, sedikit sebanyak hubungan aku dengan Khairul menjadi renggang. Ah, benci pula tengok junior perempuan yang menggedik.

Aku masih ingat lagi, seorang junior yang bernama Rissa, suka nak berkepit dengan Khairul sewaktu minggu orientasi. Kebetulan Khairul merupakan fasilitator Rissa. Tak padan dengan junior, dah menggatal. Khairul pula tak menolak. Aku tak nafikan, Rissa tu memang cantik. Wajahnya memang jelita. Senior-senior lelaki yang lain pun cuba mendekati Rissa. Tapi Khairul aku juga, yang si Rissa ni nak.

Khairul aku? Ah, malas aku nak fikir. Aku mengemas barang-barang di atas meja lalu berlalu meninggalkan Khairul begitu sahaja. Khairul melepaskan keluhan berat.

******************************

Sunyi. Sepi. Keseorangan. Aku kembali menjadi solo seperti mana aku sebelum berkawan dengan Khairul. Ke cafe seorang diri. Belajar di perpustakaan seorang diri. Pendek cerita, hubungan aku dengan Khairul tak ubah seperti orang asing. Aku buat-buat tak kenal dia, dia pun buat-buat tak kenal aku. Masing-masing tak mahu menjernihkan hubungan yang semakin keruh. Kawan-kawan aku pun apa lagi. Mulalah buat andaian yang tak berasas tu, kononnya aku dah clash dengan Khairul. Declare pun tak pernah, clash apebendanya. Aku mengomel sendiri.

Khairul dan Rissa. Pasangan paling popular di kolej aku buat masa ni. Cemburu? Tipulah kalau aku kata aku tak cemburu langsung. Apatah lagi aku memang pernah simpan perasaan dekat Khairul. Kadang-kadang jelik juga aku tengok mereka berdua. Di mana-mana sentiasa berdua. Aku dengan Khairul dulu pun takde lah serapat macam tu. Sah, memang mereka menjalinkan hubungan istimewa.

Sedikit sebanyak, aku kesal dengan sikap Khairul sendiri. Jarang benar aku lihat Khairul solat berjemaah di surau. Ketika mendengar ceramah agama, aku curi-curi pandang ke arah pelajar lelaki, tapi Khairul tiada. Memang Khairul berubah sangat sejak bersama Rissa. Salah Rissa kah Khairul liat pergi ke surau? Salah aku ke tak mengingatkan Khairul?

Khairul pun dah lupakan aku. Aku je yang gatal-gatal nak ingat dekat dia. Dari kejauhan, aku memandang Khairul, bila Khairul menoleh ke arah aku, cepat-cepat aku alihkan pandangan dan berlalu dari tempat aku berdiri melihat dia.

******************************

‘Adoi, mana aku letak buku Econs aku..?Kat mana eh..?Entah-entah dekat kelas Econ, baik aku pergi check,’kata hatiku. Aku lupa pula dekat mana aku tinggalkan buku subjek Economics aku. Aku mempercepatkan langkah ke bangunan baru yang lebih dikenali sebagai Business School Block kerana menempatkan kelas-kelas subjek berkaitan ekonomi.

Jam di tanganku menunjukkan pukul 5 petang. Business School Block memang lengang petang-petang macam ni. Kebanyakan pelajar selalunya sudah kembali ke asrama kediaman masing-masing untuk berehat. Aku yang mudah lupa ini je yang terpaksa menapak seorang diri ke bangunan ini yang terletak di hujung kampus kolej.

‘Haa, ada pun. Khaira, Khaira, kau ni pelupa betul lah,’kata hatiku selepas mencapai bukuku diatas meja. Setelah keluar kelas ,aku memulakan langkah untuk pulang ke asrama. Satu langkah, dua langkah, tiga langkah. Aku tiba-tiba seakan-akan terdengar suara berbisik-bisik. Eh, ada hantu ke siang-siang macam ni? Memang aku ada dengar cerita dari senior-senior dulu yang kononnya, bangunan ini berhantu. Takkanlah, aku m
eyakinkan diri.

Aku mencari dari mana suara itu datang. Aku melangkah satu persatu. Makin lama, makin jelas. Suara yang aku selalu dengar. Siapa ya? Dan akhirnya aku menoleh di sebalik dinding. Khairul! Aku menjerit kecil. Sungguh,aku jelik melihat perkara jijik yang mereka sedang lakukan.

Jeritan halusku cukup membuatkan Khairul yang tadinya melekap rapat dengan Rissa tersedar. Sungguh aku tak sangka, Khairul tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Rissa buat muka tak bersalah. Perempuan murahan!

Aku berasa sangat sedih. Sangat-sangat kecewa. Perasaan aku jadi bercampur-baur. Antara sedih, kecewa, marah, geram, aku sendiri tak pasti. Aku berlari meninggalkan mereka berdua. Aku tak sanggup lagi untuk berkata-kata.

“Khaira, tunggu..!”Khairul menjerit nama aku. Takde maknanya untuk aku terus menunggu. Hati aku benar-benar pedih. Bagai ditusuk sembilu. Lelaki yang aku cinta membuat onar dengan orang lain. Ya Allah, kikiskan lah perasaan ku ini daripada mencintai Khairul..!Aku merintih perlahan.

Khairul termangu-mangu sendirian. Dia sendiri keliru. Macam mana dia boleh melakukan perbuatan terkutuk itu. Dia meraup wajahnya dan berisytifar berkali-kali. Perasaan serba salah menguasai jiwanya. Rissa berlalu meninggalkan Khairul bersendirian. Khairul memandang tajam Rissa di hujung mata. ‘ini semua sebab kau, Rissa!’ Namun kata-kata itu hanya tersekat di celah kerongkong. Mana mungkin dia berkata begitu,sedangkan dia juga bersalah.

“Ah, salah aku,”katanya perlahan.

***************************

Hidup perlu diteruskan. Sejak peristiwa hari itu, aku banyak sibukkan diri. Siang hari ke kelas menuntut ilmu. Petang hari pergi berjogging. Malam hari khusyuk menyiapkan homework yang diberikan dan mengulangkaji pelajaran. Tiada segenap masa pun dibiarkan untuk berangan-angan. Aku harus kuatkan diri untuk melupuskan perasaan aku pada Khairul. Dia lelaki tak guna, aku mengingatkan diri.

Namun begitu, semakin aku cuba untuk melupakan dia, semakin dia galak mendekati aku. Ke mana aku pergi, dia ada. Pernah satu ketika di cafeteria, ketika aku sedang menjamu selera dengan rakan sekuliah aku,dia datang ke mejaku untuk makan sekali. Aku dengan selamba terus beredar dari situ. Di perpustakaan, perkara yang sama aku lakukan. Aku terlalu benci dan menyampah melihat muka dia. Aku tahu, tindakan aku ini agak kurang ajar. Tapi tak sekurang ajar apa yang dia buat dengan Rissa tempoh hari.

Aku tak berniat nak balas dendam, tapi entahlah. Aku memang langsung tak boleh nak bersemuka dengan dia. Tak boleh walau sesaat! Begitu tebalnya perasaan benci aku pada Khairul.

“Khaira,”sapa pensyarah yang mengajarku subjek Economis.

“Ya saya,”sahutku sebaik tersedar dari lamunan.

“Awak ni tak nak balik ke. Pelajar lain semua dah beredar,” katanya lagi.

“Eh, maaflah Puan Hani. Hari ni saya banyak berangan sikit,” kataku sambil kelam kabut menyimpan nota-nota kertas ku ke dalam beg.

“Nasib baik saya tegur,kalau tak sampai ke malam la awak kat sini. Okeylah, saya balik dulu ya,”balas Puan Hani lagi lalu beredar keluar dari kelas.
Aku berjalan longlai keluar dari kelas. Letih. Letih memikirkan peperiksaan A level yang bakal bermula tak lama lagi. Letih memikirkan soal hati dan perasaan. Khairul, Khairul,kan bagus kalau aku tak pernah berkawan dengan kau. Tak payah nak sakit hati. Tak payah nak peduli pasal kau. Ah, nasi dah jadi bubur.

Sedang aku berjalan meninggalkan bangunan Business School Block, lenganku direntap. Aku ditarik masuk ke salah sebuah kelas yang kosong. Khairul?

“Khairul, kau nak apa ni? Tarik-tarik tangan orang. Apa, kau ingat aku ni macam Rissa yang boleh kau pegang sesuka hati, ini Khaira lah!”kataku bersuara tegas. Aku tahu Khairul tak berniat begitu. Saja aku nak melepaskan marah.

“Khaira, aku tak bermaksud apa-apa. Kejadian yang kau tengok hari tu,di luar jangkaan aku. Aku sendiri tak sedar.Rissa yang goda aku. Aku mintak maaf,”kata Khairul bersungguh-sungguh.

“Tak guna kau nak mintak maaf dengan aku. Tak guna! Kau sepatutnya mintak maaf dekat Allah, bukan dekat aku. I got nothing to do with you. Dah, aku nak blah. Malas aku nak layan kau,” kataku lalu keluar dari kelas.

“Khaira! Nanti dulu. Aku tak habis cakap lagi dengan kau. Tolonglah! Aku tahu kalau aku biarkan kau pergi sekarang, kau memang akan terus mengelak dari aku,” kata Khairul sambil memegang lengan baju kurungku. Haish, suka-suka je main tarik-tarik. Takpe, hari ini aku beralah.

“Haa, apa benda yang kau nak cakap ni? Masa aku ni diminishing resources. Sangatlah berharga. Aku taknak buang masa aku dengar ceramah kau yang entah apa-apa ni,”kataku kasar.

“Khaira, aku tau, aku dah lukakan hati kau sebagai seorang kawan. Aku tau kau kecewa sebab ada kawan yang tak guna macam aku. Sebab tu aku nak mintak maaf dekat kau. Aku nak kita jadi kawan macam dulu, bukan macam orang asing, macam musuh, macam sekarang ni,” kata Khairul mengharap aku mengerti. Aku diam.

“Aku..aku..bukan berniat nak bermusuhan dengan kau, Khairul. Kau tak faham. Kau tak faham apa yang aku rasa,”kataku perlahan. Nada suara yang tinggi sebenatar tadi direndahkan.

“Habis tu, kenapa kau jauhkan diri aku?” tanya Khairul meminta penjelasanku.

“Aku rasa inilah masa terbaik untuk aku jelaskan semua yang dah lama terbuku dalam hati aku ni. Aku nak kau tahu, sejak kita mula-mula berkawan, aku dah jatuh hati dekat kau. Tapi aku simpan kan saja sebab taknak rosakkan hubungan persahabatan kita. Tapi, sejak kau mula rapat dengan Rissa, hati aku jadi tak keruan. Aku jeles tengok korang bersama. Aku benci dekat kau sebab kau tak hiraukan aku. Dan kebencian aku dah sampai tahap maksima bila kau buat perkara entah apa-apa dengan Rissa. Kalau kau bukan Khairul yang aku cinta, mungkin aku tak kisah. Tapi kau adalah Khairul yang aku harap suatu hari nanti akan jadi milik aku. Anggapan aku selama ini silap belaka. Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Sudah lah Khairul, aku tak mampu untuk berdepan dengan kau lagi,”kataku panjang lebar. Lega hati aku dapat memberitahu Khairul perkara yang sebenar. Lapang dada kurasakan.

Khairul menatap aku dengan mata redupnya. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Terkejut mendengar penjelasan aku barangkali.

“Apa yang kamu sedang buat ni?” tiba-tiba masuk seorang pengawal ke dalam kelas. Aku sekadar diam, lalu beredar meninggalkan Khairul sendirian.

***************************

“Hello bro! Kau ni apasal? Macam down je kau sejak akhir-akhir ni? Ada probs ke? Rissa taknak keluar dating? “tegur Amin melihatkan roomatenya yang selalu muram belakangan ini.

“Takde kena mengena dengan Rissa lah! Aku takde apa-apa dengan dia. Dia dah quit daripada kolej ni. Kau jangan nak sebut-sebut nama dia depan aku,” balas Khairul tegas.

“Habis madu sepah dibuang. Senang-senang je kau dump dia. Dahlah Rissa tu cun. Malang betul lah dia dapat boyfren macam kau. Kau bukan hensem sangat pun. Hensem lagi aku kalau nak compare dengan kau. ,”kata Amin lagi.

“Hei, kan aku cakap jangan sebut nama dia. Kau tak faham bahasa Melayu ke? Rasa nak makan penumbuk aku ke kau ni?!” marah Khairul sambil menunjukkan penumbuknya ke muka Amin. Amin terkejut melihat reaksi tiba-tiba rakannya itu.

“Rileks la bro. Yang kau tiba-tiba jadi mamat sensitif ni ape cer? Jadi garang pulak,”kata Amin selamba.

“Pasal perempuan gedik tu, aku dengan Khaira tak sehaluan. Kerana perempuan gedik tu, Khaira dah taknak jumpa aku. Kerana perempuan gedik tu, aku dah buat perkara tak senonoh. Aku benci dia! Benci!” teriak Khairul tiba-tiba. Sungguh dia sangat terkilan dengan apa yang telah terjadi. Kalau dapat diputar kan masa, dia tidak akan melayan Rissa. Tiba-tiba, Amin jadi simpati dengan sahabatnya itu. Tak pernah dilihatnya Khairul tertekan sebegitu rupa. Tak sangka dia orang yang selalu gembira juga ada masalah.

“Cool la dude. Setiap masalah boleh selesai. Aku tahu, aku ni jenis ‘huha huha’. Tapi, kalau ada problem, cerita je kat aku. Mana tahu aku boleh tolong,” kata Amin ikhlas. Dia benar-benar mahu meringakan beban masalah yang dihadapi kawannya itu.

“Sorry. Aku tak bermaksud nak marah kau tadi. Aku cuma tertekan. Rissa blah macam tu. Khaira dah tak mahu jumpa aku. Aku rasa macam nak gila. Aku keliru. Confuse dengan perasaan aku. Aku tak pasti adakah aku benar-benar cintakan Rissa. Atau sebenarnya aku cintakan Khaira? ,”kata Khairul pula.

“Oh itu je masalah kau. Masalah kecil la bro. Kau sekarang kisah pasal Rissa lagi?” tanya Amin ringkas. Khairul berfikir-fikir seketika.

“Aku tak perlu nak kisah pasal dia lah,”balas Khairul.

“Kau kisah pasal perasaan Khaira sekarang,”tanya Amin lagi.

“Dia lah yang sedang bermain-main dekat otak aku ni,” jawab Khairul pula.

“Haa, itu maknanya kau tu cintakan Khaira. Ya dulu kau kata kau cintakan Rissa, tapi itu cinta ikut nafsu kau je sebab Rissa tu cantik. Orang yang kau cintakan itu mesti seseorang yang benar-benar kau kisah. Of course lah orang itu Khaira,” terang Amin meyakinkan Khairul.

“ Khaira? Aku memanglah kisah pasal dia, sebab dia kawan perempuan yang paling aku rapat,”jawab Khairul selamba.

“Haish, kau ni memang sengal. Memang kau tu keliru dengan perasaan kau sendiri. Aku ni kawan juga dengan perempuan. Dengan Marina, Shakira, Azza, tapi takde la sampai bagi coklat, say good night before tidur, main mesej 24 jam. Aku pun tak cukup paham lagi kot dengan sikap kau ni. Cara kau treat dia, macam kau treat kekasih tau tak?” kata Amin mengeraskan suaranya sedikit untuk menyedarkan Khairul. Khairul senyap. Memikirkan kebenaran kata-kata kawannya itu.

“ Aku..aku memang suka dekat dia. Tapi aku tak dapat luahkan. Dia tu macam terlalu baik untuk aku. Aku takut nak bagitahu dia yang aku suka dia. Aku takut dia tak boleh terima aku dan menjauhkan diri aku. Sebab tu aku dekati dia sebagai kawan. Sehinggalah aku bertemu Rissa yang membuatkan aku terlupa perasaan aku pada Khaira,” terang Khairul dengan penuh kesayuan.

Amin menghampiri Khairul dan menepuk-nepuk bahu Khairul untuk memberi semangat kepada Khairul. Tak pernah dia melihat kawannya sedih sebegitu rupa. Siapa sangka, lelaki yang dianggap macho itu, ada sisi kesedihan juga dalam dirinya.

“Dan apa yang paling mengejutkan aku, Khaira pun sebenarnya simpan perasaan dekat aku,” sambung Khairul lagi.

“Apa? Lorh, bagus lah macam tu. Kau boleh la bagitahu perasaan kau dekat dia,”cadang Amin.

“Min, dia jumpa aku pun tak mahu. Nak bercakap dengan aku apatah lagi,”kata Khairul dalam nada kecewa.

“Dia masih marah dekat kau lagi lah. Tunggulah sampai dia sejuk,”kata Amin lagi.

“Sampai bila?! Dia memang bencikan aku selamanya. Bagi dia, aku ni kotor. Aku pernah buat perkara tak senonoh. Dia takkan terima aku lah, Amin!”balas Khairul,geram mengenangkan salah diri sendiri.

“Kau kena sabar. Kau banyak-banyak lah doa, agar dia dapat terima kau semula sebagai kawan. Doa tu penting. Walaupun aku ni bukanlah alim sangat, tapi perkara-perkara basic macam ni aku tahu lah,”nasihat Amin lagi.

Khairul diam. Ya, dia tahu dia perlu bersabar. Sabarlah wahai hati,bisik Khairul sendirian.

***************************

‘Khairul’. Tiba–tiba saja aku menyebut nama lelaki itu. Kenapa eh? Aku rindu dekat dia ke?Aku tertanya sendiri. Sudah lama kami tidak bersua muka. Perasaan benci aku pada Khairul sudah menipis. Bagi aku, setiap manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan. Aku telah pun memaafkan dia. Tak guna untuk mengenangkan kesalahan orang lain. Buat sakit hati aje.

Sebentar nanti, aku bakal mengambil paper 1 Biology untuk A level. Aku rasa aku sudah bersedia. Teman aku yang lain masih sempat lagi membelek nota latihan mereka. Aku sekadar setia berdiri di depan pintu dewan peperiksaan dengan riak wajah yang tenang. Sekali-sekala aku menjenguk-jenguk kan kepala mencari kelibat Khairul.

“Assalamualaikum Khaira,”satu suara memberi salam dari belakang. Aku menoleh. Khairul?

“Waalaikumsalam,” lembut aku menjawab salam. Aku sudah penat bermusuhan dengan dia. Aku mahu berdamai.

“Good luck okey jawab exam nanti. Cakaplah good luck kat aku jugak,” kata Khairul sambil tersengih.

“Good luck jugak. Terima kasih eh ajar aku topik-topik yang aku tak paham. Aku terhutang budi dekat kau,” kataku sambil tersenyum lebar. Hatiku gembira dek kerana Khairul menegurku. Meskipun kami berdua macam gugup sebab dah lama tak berbual, tapi masing-masing buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Khaira, kau marahkah aku lagi?”tanya Khairul.

“Dulu marah. Sekarang tak. Kau kan kawan aku, takkan aku nak marah lagi pulak,” kataku sambil tergelak kecil.

“Khaira, kau masih cintakan aku?” tanya Khairul tiba-tiba. Terkejut aku mendengarnya.

“Kau rasa?”saja aku membiarkan dia berteka-teki. Aku memang masih cintakan kau lah, Khairul!

“Eleh, kau cintakan aku kan?Kalau tak, kau takkan carik muka aku kat sana kan?” kata Khairul sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah kelompok budak lelaki.Khairul tersengih lagi.

“Perasan,”jawabku pendek sambil tersenyum. Aku tahu, dia dapat baca perasaan aku.

“Janji dengan aku, kalau aku berjaya dapat straight A’s, kita akan jadi kawan macam dulu,”kata Khairul pula.

“Kawan? Kita ni memang bukan kawan ke?” tanyaku buat-buat tak faham.

“Okeyla, aku tukar janji.Kalau dapat straight A’s aku akan sayangkan kau seorang je. Aku cintakan kau seorang je. Aku akan terus ajar kau. Terus belanja kau di cafeteria,macam mana?”tanya Khairul lagi. Aku buat muka kononnya berfikir-fikir nak terima atau tidak janji Khairul tu, sedangkan dalam hati dah lama kata ya.

“Candidates, please enter the hall right now and take your sit,” arahan diberi oleh pengawas peperiksaan. Aku dan Khairul masih lagi berpandangan.

“Ya, aku terima janji kau,” kataku sambil aku dan Khairul melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Khairul tersenyum yakin. Dia pasti dapat menunaikan janji dia. Berusahalah Khairul! Kataku dalam hati.

**************************

Khairul menunduk lemah. Dia hanya berjaya memperoleh keputusan AAAB dalam A Levelnya. Nampaknya, dia tidak dapat menunaikan janjinya.

Aku menghampiri Khairul. Wajahnya kelihatan sangat kecewa. Sedangkan sebenarnya results nya itu antara yang terbaik kalau dibandingkan dengan pelajar lain. Aku pun sekadar berjaya memperoleh AAB.

“Assalamualaikum encik Khairul,” ucapku sambil tersenyum lebar.

“Waalaikumsalam,” jawab Khairul sambil membalas senyumanku.

“Khaira, aku tak dapat straight A’s ”sambung Khairul lagi.

“So?”jawabku pendek.

“Takkan kau tak ingat janji kita depan dewan dulu,”ujar Khairul mengingatkan aku.

“Aku ingat la. Kau ni apa lah. Apa kau ingat kisah cinta kita macam dalam novel ke, drama ke, nak berjanji-janji. Aku saja je layan janji kau tu.Kita ni hidup dalam dunia nyata. Habis tu, kalau kau tak dapat tunaikan janji kau, siapa nak ajar aku kan,” balasku pula sambil tersenyum lagi. Khairul tersenyum lega.

“Oh macam tu ke? Kau ni kelakarlah bila sebut pasal kisah cinta kita. Hmm..sebab tu la aku suka kau. Kau ni sempoi. Hidup dalam realiti bukan dalam awangan macam aku. Haha.,” kata Khairul tersengih. Mamat ni memang suka tersengih. Sebab tu jugak la aku jatuh hati kat kau, Khairul.

“ Kau ni smart jugak aku tengok,” aku memuji Khairul tiba-tiba. Tak pernah aku puji dia. Apa salahnya aku puji dia hari ini.

“Ala, kau ni puji aku sebab nak aku puji kau kan? Okey-okey. Hello everybody, I would like to let you guys know that Khaira binti Nazrin is the the most beautiful girl I ever met,”lantang Khairul berkata-kata dan itu menarik minat pelajar-pelajar berhampiran kami mendengar pujian Khairul terhadap aku. Mereka memandang aku. Masing-masing memberi tepukan gemuruh.

Aku jadi malu gila. Segera aku berlari-lari anak dari situ. Khairul mengejar aku.

“Hei, tunggu,” Khairul terus mengejar aku.

Begitulah akhirnya kisah hari itu. Sejak hari itu, hubungan kami semakin mesra. Kebetulan, kami mendapat tempat di University of Leicester, UK. Panjang lagi jodoh aku dengan Khairul. Aku tersenyum gembira yang amat. Terima kasih Khairul, sebab cintakan aku.

9 comments:

Ate3_y said...

muahahah!! gile bes citer ni ain..

hadoi2..

leicester siap...:P

apesal xkasi khaira dpt AAA?? ape laa ko..haha

adila-chem said...

haha.tak tahan gelak aku bace cite ni..siapa dan dimana ko dpt sumber inspirasi ni? hahaha

eh, khaira tu baik sgt..kenapa dia mesti maafkan si khairul tu..?

Ate3_y said...

kite kene saling memaafkan adila..people make mistake..

ekeke.

khairul tu kn dah insaf..

safiamira said...

best sgt2
muehehehe

::PaRad!se 0f loVe:: said...

cite yg best!! bgus2..hehe~

zue said...

kotor btulla khairul 2..aku se dye xlayak ngan khaira..a good girl 4 a good boy!

wany said...

best2.haha

eju said...

ain!!! best cite ni.. tapi.. asal eju rase nak nangis eik bile baca? eeee xnak dapat junior!!!!! hahaha=P

norain ishak said...

atiqah:kau lah khaira!!khairul tu ehem ehem..kihkih..
adila:name pun cerita..mestilah kne maapkan..kalo tak ,sad ending lah..heheh
safiamira:bez sgt ker?hhhah..btw,tq..
paradise of love:thanks atas pujian..hehe..
zue:maafkanlah dia..khairul dah insaf..hahah
wany:tq2..
eju:hhha..samellah..tak suke junior..dari dulu kot,tak suke.kihkih..