Aku telah diassignkan untuk bagi tazkirah subuh. Mantap sangat! Haha. So, video kat bawah ni, aku praktis before nak bagi tazkirah ler. Heee. Tapi mungkin ada sedikit perubahan masa time tazkirah. (kalau ada budak cork yang tonton before esok pagi)
“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: ‘Tuhan kami ialah Allah’, kemudian mereka tetap teguh pendirian (di atas jalan tauhid), akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): ‘Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Al-Fussilat: 30)
Oh result second module dah keluar. Alhamdulillah. Rasanya Allah banyak bantu kot. So, sebagai tanda menghargai bantuan Allah, kena lipat gandakan usaha. Don't know why lately aku payah nak fokus dalam kelas. Duhh. Have to do something to settle this problem next week. Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment