Kingdom Of Heaven
Malam tadi dah tengok cerita kingdom of heaven yang ada watak salahuddin. Hmmm actually ceritanya biasa je la kot bagi aku, cuma part yang perang perang tu lah yang macam amazed sikit. And aku tengok pun sebab ada watak salahuddin, bukan sebab orlando blooooomm pun. So, aku agak tertarik dengan beberapa skrip.
"Be without fear in the face of your enemies. Be brave and upright, that God may love thee. Speak the truth always, even if it leads to your death. Safeguard the helpless and do no wrong; that is your oath,"
Breakfast kat rumah kak Adilah : Roti jala, kari ayam gravy tipah and teh susu. So Malaysiaannns!
Bagi aku ayat kat atas ni satu pesanan yang agak power laa semasa nak perang perang. Kalau ikut konteks kat tempat kita, takde perang. Tapi aku rasa applicable juga dalam kehidupan seharian. Lagi satu ayat yang aku suka, part saladin cakap,
" I am not those men, I am Salahuddin,". Salahuddin ni dalam bahasa inggerisnya bererti "The Righteousness of the Faith" or kalau bahasa melayu "kebaikan agama". Cool. Erm lagi satu benda yang aku tertarik, masa part king jerusalem dengan salahuddin bertemu, salahuddin dapat detect la yang si king ni macam tak larat je nak berperang, and salahuddin kata dia akan hantar physicians dia ke king.
Di keheningan pagi. Takdelah hening pun. Time ni pukul 9.30am kot.
Come on! Baiknya lah hati salahuddin ni nak panggil doktor untuk rawat ketua pihak lawan dia. And betapa adilnya diorang tak kan serang kalau satu pihak lagi dalam keadaan lemah. Jadinya, buat baik lah dengan sesiapa. And kata kata motivasi ada mengatakan, kita jangan ingat kebaikan yang kita buat kat orang. Sebab takut nanti kita ni riak, fikir kita ni dah banyak buat baik. Padahal dosa bertimbun.
Bowling Cork
Aku main bowling hari ni. Hehe. First time main bowling di cork. Nak tanya sikit, kita main bowling ni actually tujuan nya apa? Just for fun? Mungkinlah some will say, main bowling lagha je, pergilah baca Quran ke tadabbur Quran ke. Tapi aku percaya pada niat hati. Kalau kita cuba menjadikan main bowling ni sebagai satu perkara yang dapat memberi manfaat, insyaAllah adalah manfaatnya.
Kanak kanak yang sentiasa dapat support from parents will turn up being a successful person in the future, insyaAllah.
Contoh kita datang tempat bowling, niat lah okey hari ni nak main bowling dengan niat nak tingkatkan daya tumpuan, so, mudah nanti masa belajar ilmu Allah, gerakkan otot otot tangan agar kuat and sihat so mudah nak buat ibadah umum yang lain. And dengan itu, barulah kita dapat rasa, yang kita main bowling, bukan just nak "yeayyy strikkeee", "alaa masuk longkang," tapi dapat rasa faedah main bowling tu.
So, kadang aku rasa agak penting jugak lah untuk tahu signifikasi setiap aktiviti yang kita buat. Moga moga ada manfaatnya dan mengingatkan kita pada Pencipta. So people, next time pergi riadah, niat nak sihat tubuh badan kerana Allah s.w.t.
O2, 3(three) & Vodafone
Masa aku beli iPad hari tu, adalah dapat microsim o2 tu, tapi entah macam takleh guna. And after a month memiliki iPenyayang, aku pergi beli microsim baru. Aku pergi kedai o2, cakaplah bla bla bla. Pergi kedai 3, salesgirl macam kekok je, last last pergi vodafone. Dah settle dah. Dah boleh guna skype dekat ipad bila guna vodafone. Kalau ucc nya network takleh pakai skype kat ipad. Entah mengapa entah.
Antara persamaan orang yang jaga kedai tu dengan doktor adalah communication skills. Aku banyak lambat pick up la, and mintak, "can you repeat again, i dont understand,". Hehe. Dan orang kat o2 store and vodafone store memang mantaplah cara diorang treat pelanggan. So, actually seronok sebenarnya masuk je apa apa kedai, and tanya apa apa kat salesgirl or salesman and look how they entertain you. So, you yourself akan tahu actually pesakit kat in the future akan rasa happy kalau korang layan macam mana.
So, aku happy masuk kedai 02 and vodafone. Muka senyum and confident, sabar bila customers suruh ulang apa yang diorang cakap, and penggunaan kata kata yang dapat menyabarkan hati pelanggan yang agak lama menunggu. So, cool. Well yang masuk three@3 store, muka tak senyum, lepas tu macam blur, kamon kalau you jadi my doctor, i would not allow you to treat me, aku panggil di house. Ok, merepek. But that's the truth. Even you dont really know about that product, jangan expresskan lah atleast senyum.
Tak pasal-pasal vodafone untung hari ni aku beli produk prepay diorang.
Okeylah banyak benor ceritanya. Sapa yang berjaya baca hingga ke perenggan ini, tahniah. Haha. Sekian, moga bermanfaat, wassalam.
No comments:
Post a Comment