Sunday, May 26, 2024

2024: Itinerary ke Langkawi 4 Hari 3 Malam

 Assalamualaikum.


Alhamdullilah, baru-baru ni dari 15-18 Mei 2024, keluarga kecil kami berkesempatan untuk bercuti di Pulau Langkawi. Haha walaupun orang kata Langkawi sekarang dah sendu, kesah pulak kita. Untuk orang yang ada anak kecik tapi teringat nak travel naik aeroplane, rasanya Langkawi adalah destinasi yang tepat sebab tak sampai sejam pon naik kapal terbang. So, sesuai sangat.


Actually, takde la sendu sangat pon. Main attraction places still ramai orang. I pergi time bukan cuti sekolah, pon still ramai foreigners. Contohnya untuk yang naik boat untuk mangrove tours, sky cable car, Langkawi Wildlife Park, Pantai Chenang, still ramai jugak orang. Tempat yang tak berapa happening sangat, mungkin tempat orang-orang tempatan melancong kot, macam dekat area kompleks HIG dan Jetty Point. 


So, takde la nak cerita banyak, just nak share itinerary saje untuk panduan yang memerlukan. 


Day 1

- Naik KLIA transit dari stesen Putrajaya jam 5.50am ke KLIA2

- Naik flight dari KLIA2 jam 9.30am

- Sampai Langkawi Airport jam 10.30am, jam 11am pickup kereta sewa, kami sewa kereta Bezza dari https://www.langkawibook.my/ sekali dengar dua biji carseat untuk 2 orang anak kecik kami (4yo,3yo)

- Makan tengah hari di Laksa Ikan Sekoq tepi airport (taste wise 2.5/5), tapi yang best view dia yang cantik tepi pantai

- Check in hotel jam 3pm di Langkawi Seaview Hotel (rate 1/10) - I nak bagi 9/10 tapi sebab dia charge I RM60 sebab jatuhkan remote TV dia yang memang sedia tua

- Belah petang ronda sekitar Jetty Point Kuah sebab nak bergambar background Helang (sebab Dataran Lang tutup untuk renovation

- Ronda di MAHA Tower untuk bergambar kenangan, tak masuk dalam tower pon

- Early dinner di Ayeena Seafood (taste wise 3.5/5)



Day 2

- Naik boat untuk Mangrove Tour, ambik yang untuk 1 jam sahaja sebab sis penakut - sewa dengan FK Travel https://www.fktravelagencylangkawi.com/langkawi-mangrove-tour/ , kawasan yang kami cover fish farm, mangrove sight seeing, eagle watching, gua kelawo, Kilim Geoforest icon 

- Pastu brunch selepas naik boat sebab kelaparan dekat kedai luar area jetty boat

- Langkawi Wildlife Park - dulu dikenali sebagai Taman Burung, ingat tempat ni kecik je hahaah rupanya luas gila. Macam-macam kita boleh bagi makan. Anak-anak memang suka sangat. Overall ambil masa 2-3 jam juga dalam ni. Ada kemudahan surau, jadi boleh sembahyang kat sini juga

- Lunch sebenar di Nasi Arab Kaki Gunung, sedap sangat, mungkin sebab lapor tapi sis bagi 4/5

- Toko Batik sebab mak pesan beli kain batik

- Nusantara Gamat sebab tak cukup Langkawi la kalo tak beli minyak gamat bawak balik rumah haha

- Ambil Angin di Pantai Chenang

- Dinner Sushi King dalam Chenang Mall sambil shopping duty free kedai coklat



Day 3

- Breakfast di Nasi Dagang Pak Malau - taste wise 4.5/5, view bendang fuhh

- Langkawi Skybridge Cable Car + Eagle Skywalk, 3D Animation, overall time spent here dalam 3-4 jam 

- Shopping coklat lagi di HIG dan cari Tshirt Langkawi mak pesan di luar kedai Komplek HIG

- Mandi kolam hotel - air keroh sikit

- Dinner di Desa Permata Ikan Bakar - boleh pilih ikan apa, harga reasonable, taste wise 4/5



Day 4

- Check out dan pulangkan kereta sewa 11am di Langkawi Airport

- Flight ke KLIA2 jam 12.55pm

- Pusing2 dalam KLIA2

- Naik KLIA Transit ke stesen Putrajaya jam 3.15pm


Okay dah cerita pasal itinerary. Ni I cerita sikit roughly berapa belanja yang diperlukan untuk mereka yang nak buat calculation.


1. Airasia ticket flight 4 pax with 4 checked in baggage (haha tapi kami bawak 2 jeh) and inflight meals- RM1600 (booked bulan Oktober 2023 untuk travel May 2024)

2. Hotel 3 star for 3 nights with breakfast for 2 adults - RM570

3. Langkawi Wildlife Park + SkyCab + Skybridge + Eagle Skywalk (KLOOK) - RM390 for 2 adults 2 kids

4. Car rental Bezza with 2 car seats for 3 days + petrol - RM550

5. Makan-makan - RM400

6. Shopping + Souvenirs - RM700

TOTAL RM4210 (takpe duit boleh dicari hahahhaah) apa lah sangat compare orang yang vacation tempat lagi jauh. Tapi I always pegang dengan kata-kata, kalo you ada seratus, berjalan cara orang ada seratus. Kalo ada seribu, berjalan cara orang ada seribu. Jangan la berjalan cara orang ada 20 ribu tapi you ada seratus. Itu yang problematic. 


Yang paling I excited actually about this trip actually untuk anak-anak sebab boleh experience naik train, aeroplane, boat and cable car semua. Alhamdulillah. 


Will I repeat Langkawi again in the future? InshaAllah - hehe tunggu anak-anak dah besor sikit - teringin nak naik Sunset Cruise, Island Hopping, Snorkeling hahaha definitely nak repeat SkyCab lol and nak duduk hotel yang best best sikit hahahah. 


Sekian, wassalam. 



Thursday, May 23, 2024

Pengalaman Ultrasound-Guided Core Needle Breast Biopsy di SMCV

 

Assalamualaikum.


Hehe menaip dari laptop 'baru', so rasa semangat sikit nak berblogging, kuikui. Laptop ni husband beli balik dari company. Alhamdullillah, masih berfungsi elok lagi.


Hari ni, I nak ceritakan pengalaman melalui procedure core needle breast biopsy. Alkisahnya, bulan Januari 2024, saja saja buat screening untuk ultrasound (US) breast. Sebab selalu rasanya macam breast pain, so buat je lah US kat private GP dengan sonographer nak tengok kot kot ada suspicious breast lump ke apa. Bila first time buat US, nampak macam complicated cyst je sebab ada calcification and septation. Sebab size kurang 1cm, so I decided untuk repeat balik US breast lepas 3 bulan.


So, lepas raya bulan April 2024 hari tu, pergi repeat US breast dekat klinik yang sama. This time around, tak nampak macam complicated cyst, tapi nampak macam breast lesion yang ada calcification. So, I decided taknak self managed - so decide jumpa dengan Breast Surgeon, Dr Tan YL di Sunway Medical Centre Velocity (SMCV), dekat je dengan rumah. Kebetulan, SMCV ada Breast Surgeon baru and appointment date pon masih banyak decide untuk consult  Dr Tan YL. 


Masa first time consult dengan Dr Tan YL, I pun cerita my presenting complaints etc etc, and then she asked me, adik you kerja apa. Haha. I pun malu-malu jawab I medical officer. Hehe malas nak poyo-poyo introduce diri ni doktor juga, maklumla kita doktor cabuk jer. So, masa 1st visit, Dr Tan advised untuk repeat US breast dengan radiologist sebab nak dapatkan BIRADS score. 


So, bila repeat US breasts, actually dua dua belah ada fibrocystic changes, cuma yang one side yang one of them ada calcification. Overall BIRADS 3. So Dr Tan YL, bagi option, boleh nak repeat US breasts in 6 months kalo nak tengok new changes, tapi she said, you are a doctor, kalau nak tahu exact diagnosis, kena biopsy la. 


Fikir punya fikir, I pun decided untuk proceed je US guided biopsy. Hehe first time experience. So, hari ni merasa lah. I datang 7.30am dekat Daycare ward level 5 SMCV. Staff nurse pon check vital signs semua, dalam pukul 9.15am, turn I turun ke department Radiology untuk buat procedure dengan Radiologist. 


Mesti nak tahu macamana prosedure dia kan?

So memula baring dekat atas katil dia. Ambik consent. Radiologist akan bersihkan area yang dia nak ambil biopsy. And then dia cucuk ubat bius setempat. Time ni sakit sikit ler sebab cucuk bius kan. Lepas tu sekejap je dah rasa numb. And then dia guna scalpel untuk buat minor incision untuk nanti dia masukkan alat untuk core needle biopsy. Dengan bantuan US, dia akan locate breast lump tadi untuk location ambil sample. Macam I tadi, dia ambik 4 kali sample. Hopefully semua sample adequate je untuk Pathologist baca. And hopefully benign thing je, ameen.




Procedure semua dalam 20-30 minit macam tu je. Nak kata sakit sangat ke? Tidak laa. Sengal-sengal sikit je. Haha lepas ni semua patient I, I boleh recommend buat biopsy sebab dah pernah experience sendiri. 


So itu je la kisahnya. Untuk yang membaca ni pulak, especially perempuan, buat health screening at least setahun sekali. Ultrasound tu patutnya jadi acara tahunan you all untuk detect awal kalo ada apa-apa yang tak normal. 


Sekian, wassalam.

Monday, May 25, 2020

Infertility Journey

Assalamualaikum.

Haha dah masuk bulan Mei 2020 dah. Cepatnya masa berlalu. Previous post dulu rasa macam nak selalu update. Tapi hampeh hihi.

Post hari ni actually aku copy paste dari IG aku je. Sebab IG aku private. So incase ada orang google google pasal infertility, boleh la jumpa post ni. Semoga ada manfaatnya gitu.

**********

Alhamdulillah, I have been waiting this time to share my experience gitu, lol. Kahwin masa September 2017. Masa tu 2nd posting HO lagi, so acah merancang la sebab takut tak mampu nak bawak perut time HO and kena extend lagi HO period untuk bersalin, plus masa tu memang dah kena extend o&g 2 bulan lol.


So after that, bajet bajet macam nak target kalo nak bersalin around nak habis HO, yakni Feb 2019. So try try try conceive, sampai habis HO postinf Anaest tak mengandung lagi. Haha masa tu ada jugak dapat soalan, 'merancang ke?' tapi dengan senyuman seindah sang suria I pun membalas, 'doakan,". Dalam tempoh trying to conceive tu, memang dah set dalam kepala, if by the time habis HO tak pregnant jugak, nak pergi buat check up. So masa tu posting Anaest, bosan bosan dalam OT tu, gigih I google fertility screening yang affordable and macam ok. So terjumpa la Sunway Medical Centre. Fertility screening package dia RM 550, which aku rasa berpatutan la dengan rate private hospital.


So, untuk female - akan buat ujian darah hormon segalan bagai tu and transvaginal scan, untuk male - semen analysis. At first kena book appointment 2nd or 3rd day if menses, sebab nak ambik darah hormon. Time ni tak jumpa doktor lagi, just ambik darah and set appointment untuk jumpa fertility specialist which usually hari ke 12-14 of menses sebab nak tengok ovum. So hari appointment untuk fertility specialist, awal pagi pergi buat semen analysis dulu and then tunggu 2 jam macam tu, untuk jumpa consultant dia untuk review result darah hormon, result semen and untuk scan bawah.


So fertility specialist tu, Dr Kannapan, sebagai aku yang ada sedikit ilmu tak seberapa, aku suka approach dia yang reasonable and appropriate. And dia explained etc etc, kalau ni tak berjaya then kena buat iui or ivf. Masa tu, phew rasa macam weee mahal gila kot sampai level iui and ivf. So subsequent follow up and meds is on your own la yer. Haha rasanya habis nearly rm1000++ jugak.


Alhamdulillah, rezeki sudah tertulis, 1st cycle clomid dah ada rezeki. Tapi tak berani nak heboh mengandung ke apa sebab masih awal. Last last sampai dah term, ada je kata tak tahu pun mengandung sebab tak post sangat gambar buncit. What is on my mind, once I safely delivered, baru nak share pengalaman ni.


So gais, kalo korang dah kawen more than 1 year, and wondering kenapa tak berjaya conceive lagi despite of trying hard, boleh pergi je buat fertility screening. Tak perlu pun nak tunggu sampai 5-10 tahun untuk check up, especially female, lagi berusia, nanti lagi high risk bila pregnant. Kalau ada suami suami yang liat nak check sama, piyuh je telinga. Luckily, my hubsy ok je. Haha sebab kan dalam drama banyak, asal mandul je orang perempuan, lelaki pun ada juga masalahnya ok. So sama sama kena pergi check up. And trust me Sunway Medical Centre yang memang kat Sunway tu memang selesa and macam mall. Untuk yang lelaki, korang pun kena check, kalo sperm count tak berapa cantik, pakar akan suggest supplement nama Profortil untuk improvekan sperm count.


Ok walaupun pengalaman I macam mehhh je sebab tak sampai kena buat iui or ivf, I just nak bagitau orang orang yang fertile di luar sana, jagalah hati pasangan pasangan yang belum ada cahaya mata. Even kalo nak berbudi bahasa pun, just dont ask, bila nak ada anak or bila nak bertiga. You simply don't understand perasaan orang orang yang struggle untuk dapat cahaya mata. So hormatilah mereka... 


After all, semuanya ada hikmah. Allah bagi rezeki sesuai pada waktu ikut kemampuan kita. Merasa pjj mengandung untuk first 4 month je, lepas tu dapat tinggal sekali, so boleh nak mengada2 masa mengandung hehe. Untuk yang sedang berusaha, selamat berusaha.. Gitu sekian duta kebangkitan kesedaran infertility. 

**********

Sekian sahaja coretannya. Kalau ada apa apa soalan nak tanya, roger je norainishak91@gmail.com ok?

Ok till then.