Monday, February 10, 2014

GP Attachment in Newmarket Day 1



Assalamualaikum.


Hari ni first day GP attachment. Fyi GP stands for General Practitioner. Kiranya macam kalau kat Malaysia, doktor doktor yang jaga kat klinik tu lah. Seperti mana yang sedia maklum, aku punya rotation sekarang kat luar which is at Newmarket. Agak countryside jugaklah, tapi nasib baik B&B dia best. Hee~


So just nak share lah pengalaman di GP hari ini. Memula sekali hari ni duk kat klinik COPD a.k.a Chronic Obstructive Pulmonary Disease. But first, kenapa ada klinik COPD? Sebab COPD ni suatu disease yang irreversible. So kita tak boleh nak rawat but we can slow down deterioration of the disease. 


Ada seorang respiratory nurse yang take in charge. Tak sangka pulak wujud jawatan resipratory nurse. Kiranya dia nurse yang expert lah bab-bab respiratory laa kot. Dalam klinik COPD ni, ada lah patients yang di-diagnosed with COPD datang untuk tengok FEV1:FVC diorang. Briefly nak tengok how well function lung diorang. And kat klinik COPD ni jugak buat test spirometry. Semput-semput aku tengok pakcik-pakcik ni blow out kat mouthpiece spirometry tu.


Ada satu patient ni, sumpah rare. Dia merokok 65 pack years. Currently smoking 25 per day. And dia punya FEV1:FVC dia normal. Bangga gila je pakcik ni hahah. Pastu tu Respi Nurse tu cakap ar kat aku after pakcik tu keluar, dia nak bagi lecture kat pakcik tu untuk stop smoking tapi macam susah lah bila FEV1:FVC dia normal. Haduhai~


Kat klinik COPD ni jugak, nurse tu suruh patient demo macamana cara patient guna inhaler. Mostly diorang pakai inhaler kapsule. Namanya Onbrez Breezhaler. Camni rupanya.



Next pergi kat bilik lain pulak. Bilik ni memang khas untuk buat ECG, phlebotomy (ambik darah), ambik blood pressure, injection vaccine. Ada seorang nurse yang jaga. Suka sangat kat nurse ni. Dia sangat suka ajar. Ada sekali tu dia suruh aku ambik blood pressure. Aku pun aaa ok. Terkial-kial jugak la. Haha. Pakcik tu dah lah blood pressure dia 160 kot. Aku pulak pump sampai 140, memang laa~ And then after dah takde patient, dia suruh praktis ambik blood pressure dia. Coolio~


Tapi apa yang paling aku kagum dengan nurse ni, pandai dia engaged ngan budak-budak. Boleh nampak laa cara dia nak cheer up ada seorang budak lelaki ni. Dia cakap memang eye contact ngan budak tu. "Dear X, I promised to you that your gonna be better next time you come here. Dont worry too much ya,". Perhh tetiba aku pulak nak sebak. Motif.


And then after that ikut GP pergi Kanturk Community Hospital. Basically macam hospital orang-orang tua la. Bila tengok nenek-nenek ni, teringat kat arwah opah and arwah wan. Mohon simpati ar dah takde nenek-nenek dan takde atuk-atuk dah aku..


After that lagi, pergi Klinik GP kat kawasan lain pulak. Klinik yang ni lagi kecik dari klinik beforenya which means takde receptionist pun. Memang dia bukak klinik tu time petang. So again, GP ajar cara ambik blood pressure in 30seconds. HAHA. Sebab dia timing partner GEM aku ambik blood pressure 4 minit. Lols sangat~ And then, after that, dia ajar phlebotomy. Memula aku buat kat tangan partner GEM, and then partner GEM buat kat tangan aku. Exchange hand for risk. Hehs. Btw, sebenarnya nak feel for vein kat real hand lagi senang kot dari buat kat mannequin. InsyaAllah practise makes perfect~


So, rasanya itu sahaja sharing untuk hari ni. Looking forward for tomorrow! Sekian, wassalam.

No comments: