Saturday, January 4, 2014

Walaupun



Assalamualaikum.

Lagu tema hari ni, KLIK play! 


Banyak benda nak cerita hari ini, buat point form lah senang, haha.


1. Niat bekerja, niat beramal

Dalam hidup ni kita tak boleh nak berkira sangat. Kalau kita tak mampu jadi pemurah untuk menderma wang ringgit, sekurang-kurangnya jadi lah pemurah dalam mengeluarkan tenaga. Kita manusia biasa, jadi normal untuk kadang-kadang kita rasa, "aku dah buat itu, aku dah buat ini, turn dia pulak buat itu ini,". Tapi kita back to basic, at the first place, kenapa kita buat sesuatu kerja atau amalan itu? Adakah sebab kita nak orang kata, kita rajin? Adakah sebab kita nak orang kata, kita ni sangat bertanggungjawab? Atau apa?

Kadang susah jugak kan macam before nak buat something tu kita memang niatkan betul-betul kerana Allah. Aku bagi contoh, kita nak buang plastik sampah letak kat luar rumah. Adakah kita buang sebab kita tak tahan busuk? Adakah kita buang sebab kita menyampah dengan sampah itu? Ataupun kita buang sebab kita nak jaga kebersihan kerana Allah taala sebab Islam ajarkan untuk menjaga kebersihan? Benda paling basic, seperti makan, minum, mandi, bagaimana, makan sebab nak puaskan perut sahaja ke? Aihh perut sendiri terasa haha. 

Kita manusia mudah melihat benda secara zahir terang dan nyata, tapi kita selalu kabur melihat hikmah. Setuju? Kita cuma nampak apa yang nyata. Contohnya seorang ibu yang berhempas pulas kemas rumah, gosok baju suami anak-anak, memasak, membasuh baju, jemur, sidai pastu lipat baju dan macam-macam lagi. Kalau ibu itu gagal melihat hikmah, dia hanya akan rasa, "Ahh penat semua benda aku nak buat, habis tenaga, rasa nak terlantar skang,". 

Tapi kalau ibu yang mampu melihat hikmah, dia tahu, kepenatannya itu Allah akan balas suatu hari nanti sebab dia ikhlas menjaga rumahtangganya kerana Allah. Jadi, selalulah tajdid niat kita dalam nak buat something. Hatta tengah menaip blog ni, niatnya kena jaga, bukan nak bajet aku ada blog MyGabus, tapi harapannya dapat mengingatkan diri sendiri dan yang sedang membaca..




2. Sindrom budak usrah

Sindrom budak usrah yang disahkan positif (HAHA) ialah sindrom bajet baik, bajet amal aku lagi mantap dari kau. Gituhh. Sindrom ini berlaku bila kita melihat orang yang bukan dalam circle kita dari jauh tapi cuba pun untuk bergaul baik dengan mereka. Lalu kita judge, "aihh dia ni teruknya dia, nasib baik lah aku ni ada usrah,". Poyos to the max! Sebab itulah, untuk budak-budak usrah, kadang-kadang ada satu keperluan untuk kita masuk dalam circle-circle lain. Ada once upon a time tu, aku tercuri dengar lah (ampun mencuri~) conversation ni, and that time aku macam, "MasyaAllah pemahaman dia ni kalau polish lebih sikit mesti jadi srikandi Islam yang hebat ini,". So, berkenal-kenal lah dengan ramai orang. Jangan sempitkan dengan usrah basah semata-mata pasti balik dari usrah, kering semedang. Phew~

Teringat satu kata-kata masa pembukaan PUISI, brader tu cakap, "Bila kita hadir ke PUISI, jangan kita rasa kita lebih baik dari orang yang tak ke PUISI,". Ini termasuklah sindrom budak usrah jugak ni. Ada dua sahaja. Pertama, rasa beruntung sebab Allah bagi peluang hadir. Ini ok lah. Kedua, rasa bajet baik. Yang rasa kedua ni, mohon sama-sama kita avoid. And then avoid compare amalan sendiri dengan orang lain in negative way. Kalau katakan kita compare amalan kita dengan para sahabat zaman Nabi dulu, tu kira positif lah sebab itu bagi drive untuk kita mempertingkatkan amalan. Tapi kalau kita compare, eh dia ni dah lah tak bangun tahajud, tak menderma etc, no no no. Siapa kita nak judge amal orang?


3. Ujian hidup

Aku pernah sekali share video Mufti Menk pasal exam in life. Aku paling tertarik bila Mufti Menk cakap lebih kurang macam ni maksudnya, "If we have strong relationship with Allah, we will understand the nature of the test that Allah has give to us..". Nak katanya, golongan mukmin, bila ditimpa ujian, dia tahu ini memang ujian yang Allah nak bagi. Dia kena bersabar, dan berusaha menghadapinya dengan baik. Nature of the test.. 

Kalau ikut pemahaman aku yang minda biasa ni, aku melihat ujian yang Allah bagi, sebab Allah nak ajar kita sesuatu. Kadang tu, kita sedar sendiri je pun dengan silap kita. Contohnya ada si polan nama dia Kiki. Kiki ni failed dalam exam patho sebagai contohnya. One day, Kiki rasa, "Okey I think I know what Allah want me to learn from this, I should not bajet I-KNOW-EVERYTHINGS in front of others. I should stay humble and cool, and sometime should bajet, OH-I-DONT-REALLY-KNOW-ABOUT-THAT,". So Kiki belajar dari situ. And later on, in the next exam, she did better than previous exam. Tapi tunggu apa kata Kiki, "This good mark could be a test on me as well to remain humble and not be a reason for me to relax in studies and still work hard for the final exam,". 

""If knowledge is not attached to taqwa, knowledge becomes means of arrogance." @noumanbayyinah"

Jadi, apa sahaja yang berlaku kepada kita, sama ada benda yang kita suka, atau tak suka, ada benda yang Allah nak ajar kepada kita. Jangan kita lihat pada yang nyata semata-mata, pada angka markah kita, ambillah hikmah. Kat dunia ni memang lah penting score kita, tapi jangan dilupa kat akhirat nanti Allah takde tanya berapa markah patho, tapi bagaimana kita menghadapi dengan memperkukuhkan hubungan kita dengan Allah.




4. Rezeki

Dalam hidup ni, Allah tak bagi rezeki semua orang secara literally nya adil seperti Allah bagi semua umat manusia RM 1 juta ringgit. Takde.

Tapi rezeki yang Allah bagi kepada kita adalah berbeza-beza. Kita melihat orang kaya, kita kata "Allah bagi rezeki kat dia lebih,". Kita tengok orang miskin, kita kata "Allah bagi rezeki kat dia sikit. Tapi KITA. Kita tak tahu yang si Kaya tu ada macam-macam jenis penyakit sedangkan si Miskin itu sihat tubuh badannya dan walaupun hidup tak mewah tapi masih gembira. Rezeki itu datang dalam pelbagai aspek. Kalau kita compare rezeki berdasarkan nilai wang ringgit yang dimiliki, maka kita menafikan betapa kayanya Allah yang bagi rezeki kesihatan, akal yang cerdas, anak-anak yang soleh, sahabat-sahabat yang baik, pendidikan yang baik and macam-macam lagi. 

Sebab aku tengah mode baru lepas dapat results exam, semasa jawab exam pun, itupun rezeki Allah. Ada orang dapat results baik, bukan sebab dia pulun ke ada strategi ke, tapi sebab memang Allah bagi rezeki apa yang dia baca banyak kali, keluar dalam exam, maka dia boleh jawab. 

Dan peluang untuk buat kerja Islam lebih dari orang lain pun satu rezeki dari Allah. Macam hari ni, jeles gak tengok budak-budak gi buat volunteer untuk collect donation for Syria and Filipina. Tu aku cakap, takde rezeki nak join sebab nak tunaikan hak tetamu. Dan hak badan untuk rehat (wah statement kejam ni orang Syria sedang kesejukan, kita pula kesejukan disebalik duvet sobss). Rezeki untuk beramal untuk Islam --> dapat pahala. Rezeki kan?



So, itu sahajalah catatan untuk hari ini. Hari isnin dah start sekolah balik. Waahwahh welcome back to school okeyh! It is okay untuk otak jadi lembab seketika dipermulaan pembukaan sekolah, tapi cepat-cepat warm up kan minda, yeah!


Sekian, semoga Allah tetap menjadikan kita insan insan yang tsabat dalam menuju mardhatillah, insyaAllah. 


No comments: