Friday, January 17, 2014

Esok Disayang

Assalamualaikum.


Ring of Kerry



Dalam kehidupan kita seharian, ada moment-moment di mana kita tiba-tiba teringat atau fikiran kita terlintas akan sesuatu perkara atau peristiwa yang TELAH berlaku pada suatu ketika dahulu. Tak kisah lah semalam ke, minggu lepas ke, bulan lepas ke, tahun lepas, dekad lepas ke etc. Kalau perkara itu memberi impak positif kepada fizikal, mental, dan emosi kita, so bila kita ingat, mungkin boleh membawa kepada rindu. Tapi kalau perkara tu something yang memberi impak yang negatif pada kita, bila teringat, boleh membawa kepada trauma.


Tak kisah lah nak rindu atau nak trauma ke, persoalan yang lebih penting untuk diutarakan ialah bagaimana kita mengendalikan situasi ini? Contohnya, kita rindu parents kita, so tindakbalas kita ialah call parents kita. Contoh lain, kita trauma dapat results exam failed, so tindakbalas kita ialah study sungguh-sungguh untuk dapat results yang lebih baik.


Tapi kadang-kadang, kita selalu hanyut dalam peristiwa-peristiwa lepas. Dalam twitter, aku ada tweet "Salahnya manusia, kita mencintai masa lepas dan terlupa hidup kita menuju hari esok,". Kita selalu terkenang masa-masa bestnya jadi kanak-kanak, kita selalu terkenang masa-masa sengal di sekolah asrama, rindu itu, rindu ini dan sebagainya. Tak salah pun nak terkenang-kenang peristiwa lepas, tapi jangan diberatkan otak untuk asyik recall peristiwa-peristiwa yang tidak memberi kesan kepada kehidupan hari ini.


Sebab masa itu dah lepas pun. Tak boleh nak ulang pun, jadi sila lah move on. Kalau tengok dalam drama Melayu, part asyik terkenang-kenang ni pun banyak gak. Contohnya ada seorang suami isteri ni. Pada suatu hari si suami ni bagitahu yang dia nak kawen lagi satu kat isteri. Maka sedih gila laa isteri dia ni. End up bersedih berbulan-bulan, flashback kenangan-kenangan indah dengan suaminya, sedangkan suami dia sedang bahagia mempunyai dua orang isteri... So yang rugi siapa? Isteri ni lah yang nak spend berbulan-bulan sedih. Hidup perlu diteruskan!


So sebab itu, nak teringat peristiwa-peristiwa lepas yang TIDAK MEMBAWA MANFAAT itu boleh tapi for just one second, and then tell yourself, okay that's enough. Kita ada hari ini yang perlu diusahakan untuk menuju hari esok yakni hari akhirat. Kenapa aku highlightkan tidak membawa manfaat tu, sebab ada peristiwa yang memberi manfaat, contohnya macam aku, aku semangat gila nak jadi doktor sebab masa tu ayah aku internal bleeding, so at that time memang membara gila lah nak jadi doktor. So, bila teringat peristiwa tu, sedikit sebanyak menaikkan balik semangat nak belajar sampai jadi doktor berjaya. 



Found this on google,, macam best~

According to ProffessorHouse.com, "living in the past is like visiting and re-visiting history hoping that the past can alter the present, or reminiscing on "what might have been, or chewing on plain, old fashion nostalgia."
You cannot rewrite history, you can only learn from it, and move on.
1. "Create your future from your future not your past." Werner Erhard.
2. "My life is not just about the past." Jeanette Walls
3. "Those who do not remember the past are condemned to repeat it." George Santayana
4. "Learn from the past, look to the future, but live in the present." Petra Nemcova
5. "I like dreams of the future better than the history of the past." Patrick Henry
6. "We are made wise not by the recollection of our past, but by the responsiblity of our future." George Berrnard Shaw
7. "Change is the law of life. And those who look only to the past are certain to miss the future." John F. Kennedy
8. "I like what the future holds. I don't like thinking about the past." John Cale
9. "The past cannot be changed the future is yet in your power." Mary Pickford
10. "Forgiveness is letting go of the past." Gerald Jampolsky

Pastu dengan usia yang menjangkau 23 tahun pada tahun ini, topik pasal kahwin ni pun topik common. Soalan-soalan seperti "siapakah jodohku?", "dimanakah jodohku?". Oh ya Allah... Bukan nak kata orang, yang tulis ni pun sama je hahaha. Normal lah kot, bukak-bukak fb je jemputan walimah itu dan ini, kita pulak, bila lah nak buat event walimah ni.


Tapi, again, how do we react to our own feeling? Terus-terusan fikir pasal,  "siapakah jodohku?",  "dimanakah jodohku?" ??? 


Solusi:


1) Kalau dah kerja - pergi lah merisik mana-mana anak teruna andai tiada anak teruna merisik HAHA
2) Kalau masih belajar - habiskan lah belajar awak tu dulu, come on lah enjoy life as a student before being a wife and a mom. And then kalau dah habis belajar, proceed dengan option 1. LOL~


Ini solusi kalau yang takde calon lah. Kalau yang ada senarai calon-calon berpotensi, well istikharah tu lah yang penting. Mintak pendapat ibu bapa dan ahli keluarga. Setiap calon-calon itu ada kelebihan dan kekurangan, boleh jadi calon yang kita nampak banyak kelebihan dari yang lain, ada kekurangan yang banyak yang kita tak nampak. So, doa yang terbaik dan apa yang Allah tetapkan itulah yang terbaik... insyaAllah. Dengan cara ini hati pun lebih aman..


Okey, out of nowhere tetiba masuk bab kahwin. Sebab bila kita asyik question kan, "bila lah nak kawen ni?", kita lupa nak tanya, "bila lah nak meninggal ni?". Sentap tak sentap!
Moralnya, mati itu pasti untuk semua orang, kawen belum tentu semua orang kannn.


So, bekerja keraslah untuk apa yang pasti. Perkara yang tak pasti pun along the way boleh persiapkan tapi jangan sampai pinggirkan apa yang lebih pasti. Persiapkan lah hari esok, yakni hari akhirat kelak. Apakah bekalan yang telah kita siapkan? Cukupkah? Atau kita masih menyangka kita selamanya akan berada pada hari ini tanpa kedatangan hari esok?


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan."
(Al-Hasy-r 59:18)


Tanda sayang pada hari esok ialah menyemai benih amalan-amalan soleh di dunia ini agar hasil dapat dituai ganjarannya di kampung akhirat kelak, insyaAllah. Sebab tu esok disayang~ Bajet puitis hihi =P



Sekian, move on menuju Allah! Wassalam.~

No comments: