Tuesday, December 31, 2013

Rahmat Untuk Semua

Assalamualaikum wrt wbt.



Klik PLAY, lagu tema entry hari ini.




Alhamdulillah atas kesempatan yang diberikan. Mula-mula rasa cuak jugak nak pergi, ye lah sebab yang organize dia Kelab Pas Ireland kot. Haha. Tapi sebab fikir, alaa ni ceramah je pun. Takkan lah ceramah dari alim ulama pun takleh nak pergi dengar. Tu dah langgar my right to get the right information. Bukannya aku nak pergi GULING kan diri kan atas jalan raya. 


So, di pagi yang hening pukul 4.40am. Baru sampai dari Dublin kot. Hoho. Aku nak share lah beberapa kata yang diperoleh.. Ada tiga orang yang datang. Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHH), Datuk Mustafa Ali dan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.


Masa Datuk Mustafa Ali cakap, takde sempat catat apa-apa pun. Sebab actually ada beza gaya TGHH cakap dengan Datuk Mustafa Ali cakap. Sebab Datuk Mustafa Ali dia setiausaha agung, so gaya percakapan lebih kepada politik punya statement. Tapi TGHH gaya percakapannya macam kita dengar kuliah agama. After all, ketiga-tiga orang kuat Pas yang ada ni sentiasa complement each others.





And then turn ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Comel sangat ustaz. Lagi comel dari kak Ton. Betul! Wajah ustaz sentiasa tersenyum.. Macam buku yang ustaz karang, Senyumlah!


Antara point-point ustaz TITM
  • antara cabaran hari ini ialah untuk membimbing keluarga kita dengan Islam 
  • negara kita ada banyak bahan mentah eg kayu balak, pantai-pantai yang cantik, sumber minyak, tapi realiti hari ini, rakyat berasa kecewa dan tidak adil dengan bebanan yang melanda
  • mengatakan Pas tidak ada sikap tolenransi sama sekali tidak tepat, sebab Pas dari dulu pernah bergabung dengan Parti Negara, dengan semangat 46, dengan Umno pun pernah cuma situasi sekarang bila Umno rasa lemah, barulah nak ajak Pas bekerjasama
  • Islam bukan satu beban, "Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan." (20:2) 
  • Isunya bagaimana kita nak yakinkan rakyat dengan Islam
  • Isu bangsa. Kita tidak boleh salahkan orang kerana dia berbangsa lain. Bangsa adalah ketentuan Allah. Bangsa bukan alat untuk dianggap mulia. Contohnya zaman Nabi dulu, ketua dilantik di kalangan Quraisy sebab kaum Quraisy mendominasi kaum. Kalau di Malaysia, sebab Melayu mendominasi, maka ketua dilantik dalam kalangan orang Melayu
  • Pengalaman ustaz di Singapura, masa tu nak lalu tempat imigresen kot. Ustaz bagi passport dan dalam tu terselit duit tak sengaja la. And then pegawai tu cakap apa, "Awak ingat ni Malaysia?" Nampak tak maksudnya di situ. Macam nak kata, ingat ni Malaysia ke nak rasuah-rasuah. Pastu ustaz cakap, "Nak je cakap, saya ni Pas lah," haha. 


Next TGHH. Style TGHH remind me to my ayahanda dengan jubahnya dan janggut beliau.. Kadang orang pagi Haji Ishak kot, padahal ayah aku belum gi haji lagi..




So antara kata kata TGHH:
  • Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).(30:41)
  • Silapnya kita, kita melabel Islam sebagai religion, dan bukannya ad-deen (cara hidup). Kita hanya mengira dosa pahala dalam ibadat sahaja.
  • Al-Quran adalah mukjizat ilmu dunia dan juga akhirat
  • Allah letakkan manusia di atas muka bumi untuk memakmurkan bumi dengan membangungkan ruh dengan iman, akhlak mulia dan akal dengan ilmu
  • Islam itu perlu ditunjukkan dan dipraktikkan, bukan syarahan semata-mata
  • Contoh orang ada penyakit kencing manis, perlu dipotong kaki untuk elak merebak. Mencuri dan merompak adalah penyakit masyarakat. Ada hukum hudud untuk memotong tangan. Doktor potong kaki tak dikata kejam. Tapi bila hudud dikata kejam. Undang-undang Islam yang keras adalah untuk menyelamatkan dari perompak pencuri.
  • Pemimpin tidak seharusnya berlagak menjadi Tuhan. Hak rakyat mesti diberi.
  • Islam mengenakan zakat. Contohnya kalau orang yang ada 40 ekor kambing, kena bayar zakat, tapi orang yang ada 5 ekor kambing tak dikenakan zakat. Sama isu seperti cukai. Tujuan menghapuskan bayaran tol sebab ia melibatkan yang kaya dan miskin. 
  • Isu lain seperti GST. Ini melibatkan orang kaya dan miskin. Maka ini akan membebankan lagi orang miskin.
  • Melihat sejarah kerajaan-kerajaan Islam jatuh dahulu, adalah kerana apabila mereka meninggalkan ajaran Islam
  • Kenapa perlu hidup berjemaah? Tak mungkin kalau nak sehelai baju, kita boleh buat sendiri. Baju datang dari kapas. Kapas datang dari pokok la kan. Kena ada orang tanam. Kena ada cangkul etc. Semua orang ada kepandaian masing-masing.
  • "Tahukah anda ada kisah ketika Saidina Ali menjadi khalifah, baju besi dia kena curi, dia nampak pencuri tu, tp bila kat mahkamah S. Ali RA dan pencuri tu mengadap hakim, hakim tanya pencuri tu "betui ka?", pencuri "aku x curi, ni aku punya" S. Ali "dia mencuri, aku nampak" Hakim "ada bukti? saksi sapa2, kamu sorg saja nampak x jadi". S. Ali kata dia sorg ja nampak, maka bukti x kukuh hakim putuskan baju besi tu milik pencuri, pencuri tu tercengang, sambil menangis dan terharu dengan keadilan Islam yg x menghukum dgn sewenang2nya, dia pun mengaku dia yg curi." TGHH ada cerita kisah ni pastu aku google jalan cerita dia macam ni la. Nak katakan adanya pemisahan kuasa kehakiman dan pemerintahan. Tapi dalam Malaysia sekarang? No comment.


So overall, my own feeling, ya Allah teringin sangat nak tengok ada negara Islam yang sebenar-benarnya. Aku sangat tak agree statement, tanda kita negara Islam, kita ada banyak masjid-masjid. Helo, praktikaliti itu lebih penting, bukannya objek. Semoga Allah bukakan hati kita menuju keredhaan Allah. Tak kisah lah hang Pas ke, hang Umno ke. Kalau kita faham Islam, kita mesti nak tengok Islam tertegak di muka bumi ni, kan?


Kalau tanya sebagai anak muda, harapan aku untuk kepimpinan Malaysia buat masa ini:
  • tolong lah solve masalah ekonomi malaysia, bak kata satu tajuk buku siapa entah, rich malaysia but poor malaysians,, huhu
  • tolong lah hati-hati guna sumber negara
  • tolong lah wahai pemimpin yang beragama Islam, praktikkan Islam dalam pentadbiran, didiklah rakyat tentang Islam
  • tolong lah.... tolong lah wahai pemimpin sekalian hatta ketua kelas sekolah rendah bila nak keluarkan statement kat media, tolong minta penasihat anda menasihati anda sebelum memberi statement yang kurang cerdik..

Itu sahaja. . Sekian, wassalam..

2 comments:

Anonymous said...

ohsem doe...

-Asiah-

Anonymous said...

Terbaikk...Mohon share...