Friday, December 27, 2013

Ibrah Of Strong Winds & Heavy Rain

Assalamualaikum wrt wbt..



Klik PLAY, lagu tema entry hari ni hehe.


Laporan kaji cuaca semasa untuk Ireland atau lebih spesifik di kawasan aku sendiri yakni Cork. Angin kuat. Hujan. Angin kuat. Hujan. Dan begitulah kitarannya. Sekejap-sekejap je sunny. Haha. Depressed sungguh aku dengan cuaca sebegini. Semalam masa tunggu bas dekat kat town nak balik wilton balik, Farah Chan cakap, "kesian orang Ireland sebab kita at least 5 tahun je kat sini dengan cuaca hujan plus angin ribut ni". Tapi orang Ireland mungkin akan cakap balik, "kesian orang Malaysia sebab sepanjang tahun panas terik," HAHA.


rain


Tapi tu lah, ada ibrah yang kita boleh ambil dengan cuaca ni. Allah yang tetapkan kawasan sana ada salji, kawasan sinun ada matahari terik, kawasan sini hujan dan berangin kuat. Nah, masihkan kita mahu sombong dan mendabik dada merasakan kita ni berkuasa?


Seriously, masih kat PUISI Killarney hari tu, kalau angin kuat masa awal pagi, tahan lagi sebab jalan ramai-ramai, tapi masa balik dari dewan ceramah ke hostel, tak ramai sebab faci balik lambat sikit, dengan kepekatan malamnya, angin kuat sangat. One thing je aku risau masa tu, kang ada pokok tumbang atas kepala ke apa ke. Kita bukan boleh agak, malang kan tak berbau..


Ingat masa tu angin kat Dublin and Killarney je kuat, rupanya kat Cork pun boleh tahan jugak angin dia. Rasa macam nak duk rumah 24 jam and malas nak keluar rumah buat masa ni sebab angin-angin seriously make me feel so scared. Duhh hilang terus sifat seorang Warden sebab takut dengan angin kuat.


Ya lah, dengan angin kuat tiup pokok, so tahu tak bunyi dia macamana? Scary bro scary~


So, macam yang aku ada tweet



Firman Allah S.W.T:
Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah (gerun gementar) makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. (Surah an-Naml : 87)

Firman Allah S.W.T:
Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup- Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, - Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, - Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh)," (Surah Al-Haqqah : 13-17)


Kalau yang angin kuat tu pun dah rasa nak melayang, bayangkan pulak masa hari kebangkitan nanti yang ada gegaran semua tu..

Dalam Surah Al-Zalzalah (Kegoncangan), Allah berfirman :

"Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"


Peringatan Allah itu datang daripada pelbagai penjuru, kalau bukan orang sekeliling, boleh datang dari alam sendiri. Macam dengan khabar kat Lahad Datu yang ada ikan naik beribu, orang semua dah cuak takut tsunami kan. Tanda Allah sayang, Allah beri peringatan. Tapi tu lah kadang kita manusia ni, selalu lupa kan. Dan diberi peringatan pun, kadang kita masih buat derk je. Kualiti dan kuantiti amal macam tu juga. Hoho. Bukan nak kata orang ni, kata kat diri sendiri ni yang banyak kelemahan..


Kesedaran itu penting, tapi nak jaga kesedaran untuk berubah ke arah lebih baik, ahaa inilah yang paling susah ye tak. Hari ni sedar diri, esok dah lupa diri. Sebab tu kena minta kat Allah selalu agar Allah jaga kita ni agar tak tergelinicir dari landasan lurus menuju Dia.. 


Masa slot Eternal Glory masa PUISI ustaz tekankan tentang sabar dan taqwa. Well, you know, nak jadi golongan muttaqin (orang bertaqwa) is not easy. Nak implement sikap berhati-hati terhadap apa yang Allah perintah dan apa yang Allah larang dalam diri. Senang ke? Sebab itu again, kita minta Allah kuatkan kita. Salah satu doa yang diajar ustaz..


اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى
"Allahumma inni as-alukal huda wat tuqo wal afaf wal ghina." 
Artinya: Ya Allah, aku meminta pada-Mu petunjuk, ketakwaan, diberikan sifat afaf (dijauhkan dari yang tidak halal dan menahan diri darinya) dan ghina(kaya hati, yaitu hati yang selalu merasa cukup dan tidak butuh pada harta yang ada di tangan orang lain).


Resolusi PUISI 2013 adalah untuk amalkan antara doa yang diajar ustaz selepas solat. So, dalam banyak-banyak doa, ini my favourite!


So, itu sahaja, ingatkan aku bila aku terlupa, kejutkan aku dalam lena indahnya dunia.. Ceh bajet sasterawati~


Sekian, wassalam.


No comments: