Tuesday, December 24, 2013

10 Perkara Saya Dapat Semasa Winter Trip 2013

Assalamualaikum wrt wbt.


Sudah selesai jaulah. Sudah selesai PUISI. Tapi untuk entry hari ni, aku settlekan pasal Jaulah dulu. Aku takde lah nak cerita from A to Z tentang tempat tempat yang aku pergi. Hehe. Just nak share reflections sepanjang jaulah ni. Lagipun dalam last entry kan hari tu aku cakap, walaupun aku jalan ke tempat-tempat yang bukan ada sejarah Islam, aku harap sangat aku belajar somethings.


Antara nilai dan pengajaran sepanjang jaulah 5 hari 4 malam di Brussels, Belgium dan Paris, France:

1. Muka ganas, tapi dalam hati ada taman.
Masa tu dalam train kat Paris, masa kat satu stesen ni, masuk lah 2 orang mamat black. Perh muka ganas gila. Ni kalau dalam drama, dah macam sindiket ke agent ke whatsoever. Sekali tu sampai kat satu stesen ni, ada dua orang makcik masuk. You know what? Mamat black tu dua dua bangun sebab nak kasik makcik tu duduk. Terharu tak? The moral of the story, don't judge a book by its cover!


2. Be innovative
Masa pergi kat atomium, adalah exhibition. Ada satu tu pasal Expo '58. Kiranya happen tahun 1958 tahun dimana Atomium siap dibina. During this time, actually banyak lah negara-negara ni bina something untuk attract orang visit their country. Macam cool je. Nak katakan kat sini, every country yang agak maju masa tu put effort lah untuk create something, takdelah asyik copycat macam negara tu kan. Haha. Nak jadi innovative ni bukan senang ye dak? Perlu ada sesuatu untuk galakkan negara kita lahirkan pelajar yang berinovasi, bukan robot yang cita-citanya nak jadi doktor, engineer semata.


3. Parenthoods
Takde nak komen sangat. Masa kat mini europe kat brussels and disneyland kat paris, banyak parents bawak anak-anak gi jalan. Diorang ni jenis layan je anak-anak. Seronok je tengok. Duhhh baby baby pulak semua gebu comel bagai. Suka tengok bapa-bapa kat sini, sebab kat Malaysia macam susah je nak tengok bapa-bapa yang rajin dukung anak ke, tolak stroller anak anak ke, layan anak-anak sembang ke. Pastu aku cakap kat Farah, doa orang musafir mustajab kan? So doa nak anak-anak aku dapat bapa yang rajin yang seperti yang aku jumpa, kehkeh.


4. Expect the unexpected
Masa kat disneyland, ada lah satu tempat yang macam naik kereta api, kinda thrill jugak lah. But tak menahannya boleh pulak benda tu tiba-tiba stuck. Dah la kitorang 4 orang kat belakang sekali, and kereta api tu memang betul-betul stop kat tempat mendaki yang curam. Budak-budak perancis kat depan tu dah bising-bising dah cakap bahasa french. Pastu ada orang teknikal dia explain yang ada problem so kena turun. Hahaha. So turun la kitorang. Game tu diclassify kan sebagai agak thrill laa dan bila stuck memang betul-betul thrill!


5. Good things come to those who wait
Ni ada orang selalu kaitkan dengan jodoh. Eh pun takde masalah. Alkisahnya bila kita jalan-jalan beli souveniers, kita rasa macam ok kedai ni dah kira ok kot kalo nak beli souvenier. Sekali the next day, pergi kedai lain, lagi best pulak barangnya. So ada sedikit regret di situ. Tapi normal lah tu kan. Kalau kita kaitkan dengan kesabaran, sabar ni sesuatu benda yang bukan mudah, tapi Allah dah janjikan, orang yang sabar, Allah akan balas dengan ganjaran yang besar. Tapi tu lah, sabar menahan hawa nafsu, is the hardest part! Huhu


6. Duniawi semua ini
Bila jalan jalan kat kedai soeveniers yang murah. Rasa macam nak beli semua je. Sebab rasa, alaa bila lagi nak datang sini. Haybatnya syaitan mencucuk nafsu ku. Tapi always reminds ourselves, beli apa hang patut je. Selebihnya, duaniawiiiiii. Duniawi ni memang semua benda kita nak, tapi kena ingat, beli apa yang memadai untuk orang tersayang dan self reward untuk diri sendiri ok laa.


7. Lajunya masa
One of the best games, space mountain kat disneyland. Perhh memang terbaik sangat. Rasa nak tercabut jantung den. Yang dekat walt disney studio pun boleh tahan gak laju dia. Laju gila okey. I wonder, begitukah lajunya masa kehidupan kita akan di flashback bila kita di hari akhirat kelak?



8. Bantu yang mana yakin
Dekat Brussels, dekat Paris ramai jugak sebenarnya orang susah a.k.a peminta sedekah. Cuma yang tak bestnya diorang pakai tudung and definitely that show they are muslims. At first rasa macam, malu gak laa sebab orang Islam yang mengemis dan nampak lemah. Then balik tu baca surah Al-Balad. Ya Rabbi memang kena sangat zasss dia. Barangkali ada cerita disebalik setiap pengemis tu especially yang memang dah tua sangat wajahnya.

Tapi ada pulak yang mengemis dengan cara lain. Diorang ni macam ada satu group besar tau. Macam ada sekali tu lepak ar kat kerusi area Eiffel Tower, berapa banyak remaja perempuan entah datang tanya, "Do you speak english?" sebab dia nak mintak duit untuk association apa benda entah. Mula-mula rasa macam, OKAY. But bila dah macam ramai gila orang, OKAY this is not OKAY. Annoying kot sebab mula-mula dia suruh tulis nama, but after that dia mintak duit, kurang asam ke tak?

So, as for me, kalau nak memberi ke, bagi kat orang yang kita yakin mengikut firasat hati.


9. Orang kacak everywhere
Ahaha. Tak tahu lah sama ada yang ini kena letak sebagai nilai pengajaran atau tak. Tapi tu lah, kat perancis, banyak gila okey ataupun kiri kanan orang kacak. Penat tau nak tundukkan pandangan. Perempuan perempuan dia pun cantik. And ada satu moment tu dalam train, ada seorang artis jalanan nyanyi. Sedap gak la. Macam random jee.


10. Tarbiyyah Badanniyah at its best
5 hari banyak berjalan, memang tarbiyah betul. So, actually dalam apa sahaja yang kita buat, bergantung pada niat. Kalau kita just pergi bercuti untuk berseronok, itu je laa yang kita dapat. Tapi kalau kita niat berjalan ni supaya dapat kuatkan badan untuk beribadah kepada Allah, insyaAllah ada pahalanya. Tapi pahala dah berkurang dek kerana tak berjaya mentarbiyah nafsu shopping. Sobs. Tapi beli untuk gembirakan family, okey kan? Hehe. Paling tak boleh blah masa kat Paris. Tak ingat kat stesen train mana entah. Kitorang kononnya taknak naik lift, nak sangat naik tangga. Sekali tangga tu tinggi gila. Sakit-sakit tangan angkut beg. Pheww~


Last but not least, dunia ini keseronokan sementara sahaja, dunia ni kan permainan semata sebab yang kekal adalah akhirat. Tak salah nak bergembira di dunia, tapi jangan lupakan bekalan akhirat.


Muzim coklat di brussels

Grand Palace

Rasa macam nak je basuh tangan kat situ. Sedap nya coklat panas!

Belgium flags

Brussels yang terkenal dengan keenakan waffles nya. Sedap gila bohh~


Pemandangan mini europe dari Atomium


Ini pun sedappp! Rasa dia macam biskut sepit.





Dah merantau seluruh europe di Mini Europe. Feeling proud~ Hehs












Eiffel Tower olok-olok~

Rasa seperti giant di sini~



Kat disneyland pulop~

Tak muat beg nak beli, ambik gambar kenangan jadilah ye dak?


Not really a "the smurf" fan. Haha. Tapi macam comel jeee~




Hensem abang kita ni ahha








Aku suka pokok-pokok kat belakang tu. 



Musium de louvre yang ada lukisan ori monalisa





Bergambar dengan tiang besi. Whatcha say? Besi? HAHA. Itupun nak heran. Dop pahe~






No comments: