Monday, February 27, 2012

Sindrom Homesick 4 : Himpunan Hijau

Assalamualaikum.

"Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)"?-Surah Fathir ayat3

Family Day Yayasan Dato' Haji Yaakob. Tapi penaung takde, ada mesyuarat. Duhh.


Kau yang terbaik, kau penyabar, kau mutiara yang bersinar. Tiap malam, tiap saat, dirimu nyata nyata indah bahagia. Terlalu dalam rasa ini, dan mungkin aku sendiri. Kini ku jauh, dikau ku tinggalkan, menjauh untuk mencapai impian. Kau yang terbaik, ummi ummi ummi oh terbaik, ummi ummi ummi oh terbaik, ummi ummi ummi, ada juga yang panggil mama.


Ku rindu dirimu setiap masa, dan tidak mungkin lagi aku berkasar. Kisah yang lalu, biarkan berlalu, memang aku degil, buat kau melenting. Aku menangis, kau bebel tak henti, kasih sejati darimu untuk kami. Kau godam dam dam dam dan aku menjadi manusia yang baik, kau terbaik! Ummi ummi ummi oh terbaik, ummi ummi ummi oh terbaik, ummi ummi ummi, ada juga yang panggil mama.


Ku menyesal semuanya, dan tak mahu bertengkar, tunggu nanti ku pulang. Ku kan pohon restu dan kemaafan, ku janji takkan ulang, ku sayang kamu selamanya. Kau yang terbaik, ummi ummi ummi oh terbaik, ummi ummi ummi oh terbaik, ummi ummi ummi, ada juga yang panggil mama.


Semalam entah macamana terjumpa link youtube lagu baby justin bieber versi ummi. Kat atas tu liriknya. Hehe. Walaupun muziknya tak berapa mantap, tapi aku agak suka lah lirik dia. Macam kena je. Hee.



Aku paling suka gambar ni. Cool. Habis semua sunburn.


Next, pagi tadi lepas subuh bukak facebook. Makcik sedara aku dah upload gambar family day belah mak aku. Gila lah. Agak gempak jugak. Paling tak boleh blah, t-shirt tahun ni warna hijau. Dah macam himpunan hijau pulak diorang kat port dickson hari tu.










Hijau habis diorang. Ni colour baju promot PAS lah kot nak PRU ni. HAHAH. Takpun tanda sokongan stop Lynas tu. Heee.






Sekian, wassalam.

2 comments:

ainthanish mom said...

ko taknak tnye ke sape incharge bab2 t shirt tu...

ko nyer pun ada gak..mak da simpan...

Norain Ishak said...

ahfong, siapa yg mengincharge nya?