Sunday, February 5, 2012

Shopping?


Assalamualaikum.


Berita hebat untuk wanita yang suka shopping!! Serius, aku tak tipu.


Tahukah anda bahawa shopping itu boleh jadi ibadah?


Serius?


Ya!


Tipu!


Ya!


Cer cerita!


Hehe. Berita ni waktu aku dengar, agak menyeronokkan lah. Tapi still macam don't get the point lah, how shopping can be ibadah. Dengan syarat korang shopping bukan guna duit curik, or korang curik dari rakyat dan jangan sampai shopping buat korang sesak nafas sampai duit kering lah.


Gambar latest anak buah aku yang ketujuh. Heee. Aishah, kau bagi dia makan apa doe?


Rindu ky, rindu lembah yang beringin itu.


Rindu makanan ky. Rindu dining hall. Huhhh.


Shopping tu boleh jadi ibadah, bila contohnya kau pergi beli baju ke, seluar ke, tudung ke, shawl ke dengan niat korang beli pakaian tu untuk menutup aurat lah.


Perihal tutup aurat ni, kalau nak cerita, fuhh mesti ramai je dah muak nak baca. Aku pun muak. Tapi kita ni kan manusia, mudah lupa. So, kena selalu remindkan diri sendiri dan remindkan orang lain jugak.


Jom lah kita tanya diri kita kejap, adakah kita ni dah betul-betul menutup aurat ataupun sekadar membalut aurat. Aku pun still lacking sana sini, so harap kita semua dapat perbaiki. Erm. Tadi aku banyak artikel kat somewhere, and ada lah state macam kesalahan dalam menutup aurat ni. Aku ambik dua je lah.


Pertama, pakai tudung, nampak rambut, leher dan dada. Kat sini aku rasa kena jaga lah kot jenis tudung especially yang tudung bawal yang kita tahu kejarangannya, in this case aku rasa kena la kot pakai inner tudung tu. Kalau nak lagi mudah, pakai je tudung indon. Sarung je. Jarang pun tak jarang. Tapi make sure labuh bawah dada. Duhh. Serious tak sabar nak balik mesia nak beli tudung indon. 


Aku kat sini pakai tudung hitam je selalu sebab ianya hitam and tak jarang and boleh pakai labuh sikit, sikit je la, hee. Kalau pakai tudung colour lain, kena pakai kot sebab nak cover kesingkatan tudung and macam tak cool pakai seksa pakai tudung singkat. (bajetnya budak ni) Ingat nak suruh je kakak aku pos tudung labuh sikit kat cork ni, tapi sebab lagi empat bulan je, takyah lah.


Kedua, pakai tudung lengkap, tapi baju and seluar ketat. Yang ni pakat terasa ramai-ramai pun best. Aku pun tak lari jugak lah dari kesalahan ni. Tapi takkan nak terus terasa kot? Pakat ubah ramai-ramai kan cool. Balik malaysia, nak meningkatkan lah masa spend beribadah dengan shopping baju labuh and longgar, jeans longgar bagai. Eh, serious cool!


Andai kata korang senasib dengan aku in terms of pakaian korang yang menutup aurat sebetul-betulnya itu ciput je, jangan malu and jangan segan and jangan muak lah pakai pakaian itu. Kalau kita meletakkan fesyen itu di hadapan, takut dicop "budak ni takde baju lain ke apa?baju sama je,", aku rasa ada something wrongs some where dengan diri kita. Seumpama perintah Allah tu, kita letak ke tepi, and pandangan hamba Allah yang lain jadi utama.


Okey lah. Panjang lebar lak. Aku nak cakap pasal shopping je. Heee.


Seblogpost Sepotong Ayat Cinta


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 208)


Sekian, wassalam.

No comments: