Sunday, February 26, 2012

Selimut Putih


Assalamualaikum.


Play this song sambil baca ya!


Seakan ketandusan idea untuk menulis di blog, tiba-tiba pagi yang hening rasa nak bercerita mengenai teka-teki imam Al-Ghazali. Okey, aku tahu ramai yang dah pernah dengar pun, tapi, tak salah untuk baca lagi and remind kan diri kita sendiri. Tapi untuk hari ni, aku just nak cerita lebih lanjut tentang soalan pertama yang ditanyakan oleh Imam Al-Ghazali kepada studentsnya. Manusia kan mudah lupa, so kena selalu diberi peringatan. Heee



Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya)."Surah Al-Imraan ayat 185


Kalau ada orang berbicara pasal mati, mesti ada sebahagian kecil akan kata, buang tebiat ke orang tu cakap pasal mati, dah dapat sign nak mati ke apa. Tapi ingatkan kita pada sabda Rasulullah yang mafhumnya,
 "orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya,". 


Imam Hassan Al-Banna pula pernah menyebut,
"orang yang bijak adalah orang yang mengolah seni kematiannya,".


So, persoalannya sekarang, kenapa kena mengingati mati ni? Kita tahu and sedar kan bahawa kita akan mati pada suatu ketika nanti. Kita juga sedar, maut a.k.a mati juga melenyapkan kenikmatan atau kesenangan dunia. Jadi, dengan mengingati mati, dapat mengurangkan kita daripada melakukan dosa akibat lalai melaksanakan perintah Allah disebabkan dengan ke-best-an dunia ni.



Ada satu kata-kata pujangga yang agak best,
"maut itu melenyapkan kenikmatan, oleh itu carilah nikmat yang tak berakhir dengan maut yakni amal soleh,"


Oh ingin juga memetik satu kisah, tips macamana nak panjang umur? Before that, kenapa kita selalu doa kita panjang umur? So that kita boleh tambahkan bekalan kita ke akhirat sana kan? Tapi kita tak tahu sampai umur berapa kita hidup, takde jaminan kita akan hidup seratus tahun ke apa, jadi macamana tips panjang umur ni?



Caranya : lahirkan lah anak soleh yang akan mendoakan kita, tuntutlah ilmu bermanfaat dan sebarkan ilmu dan rajinlah bersedekah. Moga pahala dari perkara-perkara ini akan sentiada di-generate eventhough kita dah mati dan dimasukkan ke dalam akaun amalan kita, insyaAllah.



Antara perkara yang boleh mengingatkan kita kepada mati adalah seperti menziarah kubur. Tapi kalau takde kesempatan tu, boleh je pergi bukak youtube, search lah lagu yang related pasal mati macam lagu "sebelum mata terlena" takpun lagu "selimut putih" takpun lagu "pergi tak kembali". Pergi dengar lagu macam tu andaikata korang dapat rasa hati korang ni dah seronok sangat dengan benda-benda keduniaan ni. Jadi, nak cakapnya, remind diri sendiri daripada lalai dengan keseronokan dunia ini dengan mati.



Erm, kenapa pula Allah rahsiakan mati? Aku takde jawapan solid untuk dicatatkan di sini. Tapi cukuplah aku sertakan ayat Quran yang bermaksud,
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat),"Surah Al Mulk ayat 2


Kita tak tahu bila kita mati, so, kena lah menyegerakan amal, yang tak tutup aurat tu, segeralah tutup aurat, yang tak cukup solat tu, segeralah cukupkan solat tu. Buat yang wajib, tambah akaun amal dengan pahala dengan amalan sunat. Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Dah lupa?
"Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud : "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, iaitu masa muda sebelum datangnya hari tua, masa sihat sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya sebelum engkau jatuh papa, masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup sebelum datang saat kematian".


Andai kata pada saat ini, kita menyesal akan perbuatan yang tak elok yang kita dah buat, it is okey. Rebutlah masa yang ada, nafas yang tinggal ini untuk memperbanyakkan amalan. Biar menyesal di dunia, jangan dah kat neraka (na’udzubillahi min dzalik) baru kita nak menyesal. And time tu, tak dapat nak buat apa-apa dah.
"Sesungguhnya Neraka Jahanam adalah disediakan; (21) Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. (22) Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. (23) Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya dan tidak pula sebarang minuman; (24) Kecuali air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir, (25) Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk). (26) Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal, (27) Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami; (28) Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis. (29) (Setelah mereka masuk ke dalam Neraka, dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu. (30)"(An-Naba' [78] : 21 - 30)


Sekian sahaja, moga kita sama-sama insaf, "Datang masanya insaflah diri, selimut putih pembalut badan,". Wassalam.


No comments: