Thursday, February 2, 2012

See You Later, InshaAllah


Assalamualaikum.


Another busy day. Busy busy busy. Belajar busy. Kerja lagi busy. Tapi ada masa pulak update blog, tweet di twitter, update and komen status kat facebook kan? Panggggg muka sekali!


So, pagi tadi kot, aku pergi layan youtube (takde lah busy mana pun, ada je masa pergi dengar lagu kat youtube kannn), and then ter-came-across satu lagu nasyid by unic. Kalau korang ingat lah, zaman kita sekolah rendah ke masa nak masuk sekolah menengah, masa tu banyak gila lah lagu cinta cinta islamik. Tapi aku takde ambik port lah, maklumlah kanak-kanak lagi. HAHA. Pastu tadi terjumpa satu lagu bertajuk See U D IPT. Lagu ni famous tapi aku rasa aku just baru dengar hari ni. Oh lirik dia.



Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekatimu

Sepucuk surat ku tulis
Menyatakan harapan
Walaupun ku kebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan

Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan

Warkahmu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis See You D IPT

Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan

Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan

Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman

Andai kau kembali ku temui
Akan ku menuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis See You D IPT


Erm. Lagu yang err macam best jugak lirik dia. Tapi, sahabat aku, Nur Farahin Ayob sekali dia dah fire aku suruh dengar lagu ni pulak. Ok, insaf skang jugakk.






And next, hari ni aku ada quranic circle. Satu point je yang macam melekat kat aku pasal, "what makes you get out of your bed every morning?". Kita mungkin ada banyak jawapan. Contohnya cam students, kita bangun pagi sebab kena pergi kelas. Kenapa kita kena pergi kelas? Sebab nak tuntut ilmu. Kenapa nak tuntut ilmu? Supaya ada ilmu, boleh cari kerja. Kenapa kerja? Dapat gaji? Gaji untuk apa? Sara family? Persoalan tu memang panjang lebar. Melainkan kalau kita bagi alasan, aku bangun pagi ni untuk beribadah kerana Allah. Fullstop.


Jadi, penting lah, every morning kita bangun, say Alhamdulillah and fikir apa motif kita dihidupkan setiap pagi tu.


Next, terbaca status sahabat Ain Ariffin yang pergi talk specialist. "You don't have to be the best, or the brightest to be whatever you want to be. Work hard.. and you'll get there." - Specialist in Neonatal, Specialities Talk, UCC.


Masih mempernimbangkan nak specialise in apa? Gastroenterology? InshaAllah kalau dapat sokongan dari keluarga and suami. HAHA. Okey lah, cakap panjang pun, korang bukan rajin membaca pun, ye lah korang kan generasi rajin baca Quran.


Seblogpost Sepotong Ayat Cinta



"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan."-surah Al Anfaal ayat 24


Sekian, wassalam.

ps: aku cross cross lirik tu ada makna tu. ;p
ps2 : tawakal itu penting.

No comments: