Thursday, February 2, 2012

Pilihlah Sibuk Yang Mana Kita Mahu


Assalamualaikum.


Kata-kata aluan untuk entry ni. HAHAH.




Selain busy dengan study, aku jugak busy dengan aktiviti aktiviti di cork dan jugak aktiviti-aktiviti sebagai seorang blogger, youtuber, facebooker, twitterian. Cuma hari ni nak sama-sama reflek diri tentang sibuk.


Sibuk kita ni macam mana? Sibuk benda lagha ke, sibuk benda bermanfaat?


Sibuk kita ni membawa kita lebih mengingati Allah? Atau sibuk kita ni buat kita jauh dari Allah?


Pilihlah sibuk mana yang kita mahu!


Andai kata hati mahu sibuk yang membawa kita kepada Pencipta, gayanya macamana?


Lihat semula list-list sibuk. Sibuk study? Jadikan setiap masa kita spend untuk study itu kerana Allah. Tak kisahlah banyak mana pun nak kena belajar, hadap. And fikir, Allah suka hamba yang rajin menuntut ilmu. Jadi, kata nak jadi kekasih Allah? Takkan liat nak study kot. So, kena always remind and remind diri sendiri niat study before study.


Sibuk dengan aktiviti kokurikulum? Andai kata korang aktif sukan, so kena practise sukan yang korang yang main tu, anggaplah masa itu peluang untuk kita menyihatkan tubuh badan. Kenapa nak sihat tubuh badan? So boleh buat beribadah dan beramal dengan lebih lagi kerana Allah. Andai kata korang sibuk dengan aktiviti macam minggu islamic awareness week ke, anggap itu peluang Allah bagi supaya korang dapat mencurahkan bakti mengembangkan agama Allah.


Kesimpulannya, pucuk pangkalnya, niat kerana Allah. Sebab kalau sebelum buat kerja niat kita tak clear, kita akan merungut dan terus merungut.


Seblogpost Sepotong Ayat Cinta




"Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar"-Surah Al Ahzaab ayat 29.


Sekian, wassalam.


ps : bajet nak planning buat artikel serius-serius hantar kat iluvislam ke ataphijau ke, lolss, berangan. takpe, tanpa angan2, impian takkan jadi kenyataan, tak gitu? 

2 comments:

Adib Safwan said...

perghh...vlogger rupanya kau ni.
selama ni aku pandang rendah ko je...pasni kena tabik spring la kalau jumpa

Norain Ishak said...

adib safwan, takyah nak tabik.video biasa je pun.duh.