Saturday, February 4, 2012

Of Ayam Merah, Kiasu, Roomate & IMTLC

Assalamualaikum.


Sakit kepala. Pening. Mamai. Confused. Lambat pick up. Aku rasa sleeping pattern aku sangat tak betul minggu ni. Ada dua malam aku tidur lambat gila, ada malam aku tidur awal. Tidur tak baca bismillah kot. Pastu bangun pun terkejut. Anxiety. Itu tandanya stress. Padahal exam baru lepas. Hmm. Stress pebenda entah. Have to sit back. And make a schedule. Fullstop.


Demam terkejut? Demam terperanjat? I have no ideas. Banyak benda baru kot nak kena belajar. So, rasa macam agak messy sikit kepala ni. Sebab tu la headache kot. Have to absorb this knowledge properly. Yeah, very properly. This is part of my life yakni belajar and belajar and belajar pelbagai aspek kehidupan. Tak boleh belajar satu subjek je dalam hidup ni, kena belajar banyak subjek. Allah dah bagi otak berserta akal berserta tubuh badan yang sihat, haruslah fully utilise, kan?


Tapi, aku ada satu perasaan yang sangat indah. Bukan perasaan cintan cinton ke angau ke apa yer. Aku macam nak sangat buat sesuatu perkara-perkara ini, and Allah memang Maha Mengetahui, Allah kurniakan sesuatu kepada aku sebagai batu loncatan untuk aku buat sesuatu perkara itu. Faham tak? Perasaan yang sangat cool, aku rasa.


Contohnya, aku nak gilap skills as a future mom, lepas tu dengan percaturan Allah, kakak aku mintak aku jaga anak-anak dia masa dia pergi honeymoon, so kiranya Allah bagi aku peluang jaga anak-anak buah aku, so that aku boleh gilap skills sebagai mak yang caring. LOL! Itu contoh je la, dear my biological sisters, jangan nak harap lah aku nak jaga anak korang ye. Heee.


Ini ayam masak merah masa januari 2010. Ambik gambar untuk buat assignment IELTS. Hee. Rindunya ayam merah. Tipah, aku nak ayam merah camni.


Hee. Poster masa kat ky. Obses gila dengan word kiasu.


Aku kenal tipah sejak belum masuk ky lagi. Kitorang mula-mula jumpa kat iluvislam. Masuk ky, we became good friends. Dah jodoh, now we are roomate in cork. And yeah terlalu banyak persamaan antara kami yang malas aku nak ceritakan. Yang tak sama, taste tipah and taste aku bab jodoh lain-lain. Heee. Ini pun percaturan Allah yang indah bagi aku.


IMTLC. I Miss Them Like Crazy. T_T


And perasaan yang cool ni, harus digunakan sebagai pembakar semangat untuk capai perkara yang aku nak capai. InshaAllah.


Bila difikirkan balik dari A to Z, aku rasa percaturan Allah terhadap hamba-Nya memang macam best je.

Ada benda yang kita nak, mungkin tak baik untuk kita di mata Allah, Allah tak bagi kat kita.

Ada benda yang kita taknak, mungkin baik untuk kita di mata Allah, Allah bagi kat kita.

And and ada benda yang baik di mata Allah, and Allah bagi kat kita dan kita memang nak benda tu, fuhhh, rasa teruja.


Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah s.w.t.


Seblogpost Sepotong Ayat Cinta




"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".Surah At Taubah ayat 105


Sekian, wassalam.


ps: tipah, tabahlah menghadapi ujian ini. aku tak bermaksud membebankan kamu.lolsss.

No comments: