Monday, February 20, 2012

Manifestasi Cinta


Assalamualaikum.


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."-Surah Al-Imran Ayat 31


Orang bertanding pilihanraya, ada manifestonya. Kalau dia menang, dia nak laksanakan manisfesto dia canangkan itu. Chillax. Aku bukan nak cakap pasal pilihan raya, pasal politik, walaupun hakikatnya, politik itu sangat penting sebagai medium menegakkan pemerintahan Islam yang sebenar-benar-benarnya di country kita ini. (err bukan Ireland)



Aku nak cakap soal manifestasi cinta. Masa aku menjadi "penceramah jemputan" untuk bagi tazkirah subuh, aku bercakap soal istiqamah. Before that, aku buat sedikit pembacaan dan temui ayat berbunyi istiqamah dalam melakukan kebaikan itu adalah manisfestasi cinta kita kepada Allah. Jujurnya, agak berat bila cakap soal istiqamah, apabila aku sendiri pun susah nak istiqamah. Jadi, rasa payah je.



Sebab aku teringat kata-kata seorang kakak senior aku kat sini, "sebelum nak bagi pengisian kat orang lain, bagi pengisian kat hati sendiri dulu, bagi hati tu faham, baru apa yang akan disampaikan, sampai ke hati orang yang mendengar,". So, aku rasa pada hari aku bagi tazkirah tu, mungkin lidah lancar berkata-kata, tapi tak tahu input tu, orang yang mendengar, dapat atau tidak. Harap dapatlah. Huuu.



Manifestasi cinta kepada family? Kita doakan family kita, selalu tolong mereka, jangan menyusahkan mereka sangat. Manifestasi cinta kepada kawan (sama jantina ya)? Kita bersama mereka sama ada dalam keadaan susah atau senang. Manifestasi cinta kepada crush? Special boyfriend/girlfriend? 


Orang warwick bangga lah tengok aku letak poster ni dalam blog. Hee. Kalau warwick tu boleh naik bas je from cork, dah lama dah aku daftar. HAHA. Anyway, aku suka poster ni, buat jadi kad kahwin pun cun. 



Nah, dari hari tu cakap pasal crush. Bosan gila blog ni. Duhhh. Takpe, nak cerita jugak. HAHA. Kau tahu cita-cita seseorang itu. And kalau boleh, kau ringan tangan je nak bagi sources yang boleh bantu orang itu. Kononnya sebagai manifestasi cinta. Tapi andai orang tu berbeza jantina, takut ada yang terperasan, takut pula mengganggu perasaan dia. So, mungkin tak perlu hulur apa-apa, hatta sebijik "LIKE" sekalipun (tipah je paham)? 



Mudahnya nak memanifestasikan cinta kepada manusia, tapi liat nak memanifestasikan cinta kepada Pencipta diri kita ni sendiri. Duhhh. Meskipun kita berpendapat, kita mahu memanifestasikan cinta kepada dia kerana Allah, selidiki semula, betulkah kaedah/cara kita memanifestasikan cinta itu? 



"Lukisan nur iman..
Bersulamkan keindahan santun perkataan...
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan..
Mengusir segala resah di jiwa..
Akanku sambutnya dengan..
Sujud penuh kesyukuran.."



Terjumpa lagu ni masa randomly dengar lagu kat youtube, sangat sesuai dengan feeling mimpi malam tadi. Ok, over.



Alright. Jom istiqamah buat kebaikan. Sekian, wassalam.

No comments: